Saturday, July 30, 2011

PERUTUSAN RAMADHAN YANG DIPERTUA PAS TEMERLOH


Bismillahhirohmanirohim, segala puji dan puja bagi Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabien dan seluruh para pejuang Islam sekalian.

Saya bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Temerloh mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak , bulan penuh berkat dan ganjaran Allah.

Kedatangan Ramadhan adalah sebagai bulan tarbiyyah. Maka jadikan lah kedatangan Ramadhan kali ini dijadikan ia sebagai sekolah bagi meningkatkan jati diri dengan bersama-sama menggandakan amalan serta sedekah kita.

Bulan ini bukan sebagai bulan rehat, kerja-kerja islam perlu diteruskan sebaiknya. Kita perlu memperkukuhkan seluruh organ parti melalui ifttar jamal yang dianjurkan bersama. Tautan amal jamie seumpama ini bakal mengegar dan mengerunkan musuh .

Ramadhan adalah sekolah yang dapat melatih, mendidik, mentarbiyyah kita. Ramadhan bakal dan akan memberikan suntikan modal untuk menjana energy kepada kita sebagai bekalan kekal amal yang dikaut daripada sekolah ramadhan untuk menemui Allah kelak.

Dan insyallah selepas tamat ramadhan ini, kita akan berdepan dengan kerja-kerja pilihanraya yang semakin hampir menjelma. Marilah sama-sama kita nyahkan politik jijik dan bobrok yang menjauhi roh ramadhan.

Marilah sama-sama mengambil kesempatan bukan sahaja membentuk peribadi sahaja dengan mengerjakan ibaadat yang diwajibkan dan disunatkan. Dalam masa yang sama kita membuka minda dengan mengkaji memahami mempelajari kisah yang berlaku di bulan yang mulia ini. dan kita menjadikan diri kita sebagai orang yang mendapat kebahagian di dunia dan akhirat.

Sekian terima kasih

HJ MD JUSOH BIN DARUS



No comments:

Post a Comment