MENTAKAB: PAS mengingatkan semua orang Melayu hendaklah sedar dan berani membuat perubahan mulai sekarang, jangan lah lagi percaya dengan memberi undi kepada Umno. Kerana Umno ternyata gagal untuk urustadbir negara apatah lagi mahu menjaga hak-hak orang Melayu.
Walaupun dalam masa yang sama mereka mendakwa berjuang kerana Melayu. Mereka juga mendakwa sebagai parti Melayu, ternyata semua itu bohong belaka. Sebagai contoh selepas merdeka simpanan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan penjajah kepada kaum bumi adalah seluas 3,000 juta hektar. Kini selepas 54 tahun mereka tanah simpanan melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar.
Kenapa dan mengapa situasi ini berlaku, ke mana pergi jumlah tanah yang begitu besar gagal dipertahankan. Justeru itu, dulu dan kini yang berkuasa adalah Umno, maka merekalah yang wajar dipertanggungjawabkan. Ini juga adalah menandakan Umno yang khianati dan tidak amanah. Mereka habiskan tanah-tanah tersebut, mereka jual dan faraid tanah ini sesama kroni dan dijual kepada bukan Melayu.
Sewajarnya tanah rezab Melayu yang terjual terambil oleh kerajaan maka hendaklah diganti dengan nilai dan lokasi yang sama nilai dengan apa yang telah diambil.
Demikian penjelasan Sdr Hashim b Abdullah ketua penerangan PAS Temerloh semasa berceramah di Batu Kapor dekat sini kelmarin.
Turut hadir adalah Dr Zulkafley Ahmad MP Hulu Selangor, YDP Kawasan Hj Jusoh Darus, YB Syed Hamid Syed Mohammad Adun Kuala Semantan.
No comments:
Post a Comment