Monday, November 28, 2011

Pemukiman Taujihat PAS Temerloh berjalan lancar

TEMERLOH: PAS Kawasan Temerloh telah mengadakan program Taujihat Amilin PAS pada 28hb yang lalu. Program ini disambut bersempena dengan kedatangan 1Muharam 1433H yang jatuh pada hari Ahad bersamaan 28hb November kelmarin.

Program ini telah diadakan di Surau Bukit Angin Temerloh. Turut hadir adalah YDP PAS Kawasan, pimpinan Kawasan yang lain serta ahli-ahli PAS seluruh kawasan Temerloh.

Sambutan program separuh hari ini, adalah di rangka bagi memperkukuhkan jati diri, memupuk semangat dan displin petugas tanpa mengabaikan aspek kerohanian para aktivis pendokong dan pemimpin parti PAS itu sendiri.

Seawal jam 3.30 pagi pimpinan dan ahli bermunajat kepada Allah mohon membersihkan diri dan disucikan hati dan diredhoi perjuangan ini. Solat Munajat para petugas ini telah dipimpin oleh Al fadil Ust Ahmad badawi Abdullah Al hafiz. Kemudian diikuti dengan pengisian Kuliah Subuh oleh ketua Urusan Ulama Kawasan Ust Ariffin Abdullah.

Selain itu, para peserta dibawa beriadah mengelilingi kawasan taman berdekatan. Dan disusuli dengan kuliah Dhuha serta diakhiri dengan program kebajikan

Adun Kuala Semantan Lancarkan Bot Amal



TEMERLOH: YB Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohammad melancarkan operasi bot Amal Temerloh di sini kelmarin.

Sempena pelancaran gerakkerja Amal Temerloh, majlis melepaskan sebuah bot Amal Temerloh diadakan di Sungai Semantan berdekatan Taman Espalane Temerloh.

Turut hadir sama YDP PAS Kawasan Temerloh Hj Md Jusoh Darus, Pengerusi DAP Temerloh En Hoo Wee Choon, Setiausaha PAS Kawasan En Ahmad Zuber Omar, Ketua Amal Temerloh En Shafie Idris serta beberapa orang jawatankuasanya.

Dimajlis berkenaan Syed Hamid dibawa dan diringi meninjau ke memudiki Sungai Semantan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Temerloh dengan disertai bersama juga oleh pasukan Amal.

Menurut, Shafie Idris walaupun Amal hanya mampu memiliki hanya sebuah bot, tetapi ia cukup bermakna. Ini kerana pada banjir 2007 yang lalu, Amal Temerloh gagal diaktifkan dan digerakkan secara tersusun, tetapi kini alhamdulilah atas kesedaran kerja-kerja kebajikan ia berjaya menambat hati-hati anak muda kita dengan melibatkan mereka bersama. Dan sebagai buktinya, lihat sahaja pada hari ini kehadiran anak-anak muda ini lebih daripada 30 orang.

Bot yang sebuah ini akan beroperasi dipengkalan hadapan bagi melakukan kerja memindah, menyelamat dan menghantar bantuan banjir dari semasa ke semasa.

Sebab itu, pada hari ini kita mengkoordinasi dengan pihak Bomba dan Penyelamat Temerloh, agar kehadiran pasukan sukarelawan ini tidak disalah ertikan. Manfaatnya dalah akan dirasai masyarakat. Kami golongan muda yang perihatin.

Inilah juga wawasan negara bahawa belia adalah harapan dan masa depan negara, tegas beliau.



Amal Temerloh Ingin Berbakti Kepada Masyarakat



TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS Temerloh, bersama Amal Temerloh berjaya mengumpulkan lebih 30 orang sukarelawan lelaki bagi bersiapsiaga menghadapi banjir di sini semalam.

Sehubungan dengan itu, satu majlis taklimat ringkas telah diadakan ditepi tebing Sungai Semantan di Taman Espalene Temerloh. Majlis berkenaan diserikan sama dengan kehadiran dua orang Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Temerloh berserta 20 orang kakitangannya.

Pihak Bomba dimajlis berkenaan telahpun mentaklimatkan tatacara kaedah penyelamatan mangsa di dalam air, yang betul dimana telah disimulasikan oleh seorang pegawai bomba.

Disamping itu, beliau juga turut memberi tips tips langkah keselamatan kepada para sukarelawan berkenaan. Beliau juga mengingatkan keselamatan mesti diutamakan, cita-cita murni semua sukarelawan yang hadir mendapat panduan langkah keselamatan yang betul dan tepat dengan menjadikan kerja kita ini berbaloi, dengan yang menyelamat dan orang yang diselamat kedua-duanya selamat, ujar beliau.

Turut hadir adalah, YDP PAS Kawasan Temerloh,Hj Md Jusoh Darus, Adun Kuala Semantan, YB Syed Hamid Syed Mohammad, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh En Ahmad Zuber Omar, Pengerusi DAP Temerloh En Hoo Chee Woon bersama rakan dan lain-lain sukarelawan serta masyarakat setempat.

Di majlis yang sama juga, sukarelawan berkenaan di bawa meninjau ke kawasan lokasi di Sg Semantan bersama 3 buah bot bomba berkuasa kuda tinggi, serta beberapa buah bot sukarelawan.



Friday, November 25, 2011

Pemuda Amal lancar Kayuhan Hijaukan Temerloh

TEMERLOH: Seramai lebih 30 orang anak muda menyertai Kayuhan Hijaukan Temerloh pada pagi tadi.

Para peserta dilepaskan oleh Adun Kuala Semantan YB Syed Hamid Syed Mohammad bertempat di dataran Kubang Gajah. Hadir sama YDP PAS Kawasan Tuan Hj Md Jusoh Darus, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh En Ahmad Zuber Omar bersama En Woo Chee Wan pengerusi DAP Temerloh serta rakan-rakan Pakatan yang lain.

Sebelum berlepas Ust Anuar Suhaimi Abdullah selaku wakil ulama Kawasan memimpin bacaan doa bagi mengiringi perjalananan para perserta berkenaan.

Kayuhan Amal Hijaukan Temerloh ini, memilih beberapa laluan kampung sehingga ke pekan Kuala Krau. Dan kayuhan ini akan berpatah balik ke bandar Temerloh.

Semasa berucap beliau merakamkan ucapan terima kasih atas keperihatian Amal Temerloh bagi menyedarkan generasi masyarakat muda tentang kerja-kerja kesukarelaaan.


PAS Temerloh giat menambah keahlian baru


TEMERLOH: Yang Dipetua PAS Kawasan Temerloh Hj Md Jusoh B Darus , telah menyempurnkan penyampaian sijil keahlian PAS kepada seramai 30 orang ahli baru cawangan Sg Gau Temerloh.

Majlis berkenaan diadakan disalah sebuah kedai makan di Batu 6 Jalan Maran Temerloh. Seramai lebih 30 orang hadir ke majlis berkenaan.

Semasa berucap, beliau mengingatkan ahli PAS bertanggungjawab menjaga akhlak dan tatasusila dalam masyarakat setempat. Masyarakat amat peka dengan sebarang kesalahan kecil kita dan akan menjadi bahan bualan masyarakat. Kehadiran dan keberadaan kita sentiasa mendapat perhatian masyarakat, ujarnya.

Cemuhan masyarakat kepada kita menunjukkan mereka amat sensitif dan memerhati semua gerak geri dan gerak kerja kita. Ini bermakna perjuangan kita dinaungi oleh Allah.

Beliau memuji cawangan ini yang berjaya menganjurkan majlis penyampian sijil ini. Keahlian ahli PAS sudah menghampiri 1 juta. Kini sahaja sudah melebihi 900 ribu orang iaitu setakat no sijil yang tuan puan terima pada hari ini.

Di majlis yang sama juga, Adun Kuala Semantan YB Syed Hamid b Syed Mohammad menerima penyerahan borang keahlian baru daripada seorang bekas tentera.

Turut hadir dimajlis berkenaan Sdr Ahmad Zuber Omar selaku Setiausaha PAS Kawasan , dan bersama beberapa orang lagi jawatankuasa PAS Kawasan





Monday, November 21, 2011

CERAMAH ISU SEMASA

PAS KAWASAN TEMERLOH AKAN MENGADAKAN CERAMAH PENERANGAN ISU SEMASA PADA 23 NOVEMBER 2011 (HARI RABU MALAM KHAMIS ) BERTEMPAT DI RUMAH TUAN HAJI HAMDAN KG. SANGGANG (BERDEKATAN SEKOLAH KEBANGSAAN SANGGANG) DALAM DUN MENTAKAB

PECERAMAHNYA :

1) US AZMAN SHAFAWI ABD RANI
(TIMBALAN PESURUHJAYA NEGERI TRENGGANU)
2) HASSANUDDIN SALIM
( AHLI JAWATANKUASA PAS NEGERI PAHANG)
3) MR. HOO CHEE WAN ( BENDAHAR DAP NEGERI PAHANG)
4) US. ARIFFIN ABDULLAH ( NAIB KETUA DEWAN ULAMA PAS PAHANG)
5) HJ MD JUSOH DARUS ( YDP PAS KAWASAN TEMERLOH

Wednesday, November 09, 2011

MAJLIS KORBAN AIDILADHA

Dewan Muslimat PAS Kawasan Temerloh telah menganjurkan Majlis Korban Hariraya Aidiladha pada 6 November 2011 (Ahad) di Balai lslam Sungai Gau, Temerloh.





Selesai solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Us Abirerah Awang Chik, lbadah korban sebanyak 5 ekor lembu pada hari yang pertama dan diikuti oleh 5 ekor lembu pada hari kedua.

Pn. Salamiah Mohd Nor selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Temerloh menyatakan program ini untuk mencari Dana menyiapkan pembinaan Balai Islam Sungai Gau. Turut hadir AJK PAS Kawasan, AJK Dewan Muslimat dan penduduk tempatan. Daging-daging korban tersebut telah diagihkan kepada fakir miskin di sekitar kawasan Temerloh.