Wednesday, June 26, 2013

RISALAH AS-SOLIHIN

RISALAH AS-SOLIHIN
ISLAM : ANTARA KEILTIZAMAN DAN KEBEBASAN MENGANUT (SIRI 1)
US.NASARUDDIN BIN HASAN
AHLI PARLIMEN  TEMERLOH
KEILTIZAMAN BERAMAL.
1.     Islam adalah agama wahyu.Ia diturunkan oleh Allah SWT Tuhan Yang Maha Mencipta kepada Nabi Muhammad saw. Ia adalah cara hidup yang sempurna dan dimuktamadkan oleh Allah SWT sebagai satu – satunya jalan yang lurus dan benar.
        ﭾﭿ               ﮆﮇ              
Maksudnya :” Dan bahawa sesungguhnya Inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”( Surah al-An’am : ayat 153 .)
2.Seorang yang mengaku Islam (muslim) wajib melaksanakan peraturan dan ketetapan syariah Islamiah sebagai komitmen bergama .Mereka tidak boleh mengingkRI syariat yang telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya SAW.Juga mereka tidak boleh mendustakannya. Tiada pilihan dan kebebasan bagi mereka yang mengaku beriman kepada Allah swtmelainkan mesti akur dan patuh pada ketetapanNya.




a)Tiada kebebasan memilih .
                                        ﭠﭡ                        
Maksudnya :” Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.  (Surah Al-Ahzab :Ayat 36 ).
b.Tidak boleh ingkar (menolak) dan menafikan syariat >
                                      ﮘﮙ              
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit Yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
c.Tidak boleh dustakan syariat.
                                                            ﮟﮠ          

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. (alaraf ayat :40)
3.Seorang muslim bukan sahaja tidak boleh mengabaikan perintah dan larangan Allah SWT,malah mereka juga mesti memastikan aqidah atau keyakinan mereka kepada Islam adalah muktamad tanpasebarang keraguan atau berbelah bahagi terhadap kebenaran Islam.Berpaling daripada Islam selepas menganutnya (murtad) adalah satu jenayah besar dalam Islam justeru ia satu pengkhianatan dan pensendaan terhadap Agama Allah swt .Tuhan yang mencipta sekelian alam termasuk manusia .
    ﭿ                                                     
Bermaksua :”sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.” Surah An-Nahl : Ayat 106 .
Biodata Penulis Artikel :
Nasaruddin bin Hasan
Universiti Al-Azhar Tanta Mesir
Pendakwah Bebas
Ahli Parlimen Temerloh (PAS) .

Friday, June 07, 2013

Salam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan-Cawangan dalam Kawasan Temerloh telah bermula mesyuarat pada 25 Mei 2013 sehingga 28 Julai 2013, harap maklum. 
Ini Ucapan Yang Di Pertua PAS Kawasan Temerloh TUAN HAJI MD JUSOH BIN DARUS