Sunday, July 17, 2011

Peneroka Perlu Celik Politik, Bukannya Celik Ekonomi Sahaja - YDP Temerloh



TEMERLOH: Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh, Tn Haji Md Jusoh B Darus menyeru masyarakat FELDA khasnya bersikap terbuka teristimewa semasa mereka mengundi nanti. Walaupun tuan puan tinggal di kawasan komuniti FELDA kebenaran terhadap apa yang benar adalah menjadi asas kepada pilihan kita nanti.

Nastolgianya jasa-jasa FELDA dari sudut ekonomi amat banyak dan besar kepada kita, FELDA berjaya merubah asas hidup dan kehidupan kita, ini kita perlu akui sebagai seorang manusia yang pentingkan kebenaran, ujar beliau

Justeru jasa-jasa FELDA mengubah taraf hidup kita dari segi ekonomi tidak mengikat kita sama sekali untuk terus menerus bagi kita menyokong Umno Bn seperti mana kisah tersohor dalam Al Quran masyitah tukang sikat anak Firaun yang bangkit menentang kemungkaran tuan atau majikannya demi semata-mata kerana kebenaran, tambahnya

Oleh itu, saya menyeru kita semua bangun pada PRU 13 ini menyatakan sikap dan pendirian persis Masyitah dan Firaun dalam hal ini. Kita jangan takut peganglah prinsip kebenaran, jelas beliau.

Beliau menyatakan demikian di hadapan ratusan peneroka Felda Lakum kelmarin. Bersempena Ceramah Perdana Road Show ANAK di Felda Lakum dalam parlimen Temerloh.

Di majlis berkenaan beratus-ratus borang Felda Palntation diagih-agihkan kepada mereka yang hadir. Ini adalah sebahagian daripada janji Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga jika dapat memerintah Putrjaya tanah Fedla Plantation akan ditutup dan diisi dengan para peneroka kelak.

Turut hadir adalah Pengerusi Anak Pahang Ust Aris Faizol dan Ketua DPP Temerloh Ust Muhammad Shukri Shuib.



No comments:

Post a Comment