Adalah paling bahaya bilamana institusi penguatkuasaan dalam negara hilang integriti dan krediabialiti. Terbaru adalah pendedahan PDRM terhadap Himpunan BERSIH 2.0 yang memaparkan 'kekejaman' pendemo tanpa senjata, niat Tuntutan 8 Perkara telah dengan sengaja disalah ertikan sebagai 'tujuan menggulingkan kerajaan yang ada.
Bagi sesetengah orang yang rasional, desakan rakyat tidak 'meluap-luap' sebegini jika kerajaan atau pihak berkuasa yang ada jujur, amanah dan bertanggungjawab.
Paling tidak kerajaan rakyat takut dengan rakyat. Sebaliknya kerajaan yang ada meremehkan rakyat. Walaupun sudah dihujahi, dianalisa, disokong dengan pandangan para cendakiawan, ahli politik, kerajaan tetap berdegil dan enggan tunduk dengan pandangan-pandangan bersifat untuk kebaikan bersama.
Kerajaan yang ada memperalatkan semua institusi yang ada termasuk PDRM untuk mengelapkan Himpunan 9 Julai sebagai himpunan ganas, mengundang kepada kekacauan, kumpulan gila kuasa dan tidak perlu disimpatikan.
Inilah paparan dan gambaran untuk memberi kecelaruan kepada rakyat terbanyak. Di samping dengan menggunakan taktik memujuk, meraih simpati dan mengkambinghitamkan BERSIH 2.0 adalah kumpulan pengkhianat negara.
Sementelahan pula kegagalan media arus perdana memberi laluan seimbang antara keduanya bagi rakyat menilai dan mendapat info secukupnya.
Kini, kebenaran terserlah sebelah siapa antara keduanya. Paling tidak rakyat teramai mendapat info maklumat daripada media-media alternatif berkembang bak cendawan tumbuh.
Justeru itu rakyat tidaklah selalu boleh dibohongi, janganlah pasukan keselamatan kita menjadi pasukan keselamatan kelas 3. Cukuplah jangan kita diperalatkan dan selalu menjadi alat. Inilah usaha BERSIH 2.0 adalah untuk membersihkan perkara-perkara seumpama ini.
Walaupun nampak sukar usaha ke arah penyuburan dan pembersihan perlu dan segera diusahakan.
No comments:
Post a Comment