Thursday, November 22, 2012

MADRASAH DAN QIAMULLAIL SIRI 2.

PAS KAWASAN TEMERLOH AKAN MENGADAKAN madrasah dan Qiamullail siri 2 PADA HARI SABTU 24.11.2012 JAM 6.30 PETANG  HINGGA AHAD 25.11.2012 JAM 7.00 PAGI
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI -RAMAI .WALAUPUN KITA HENDAK MENGHADAPI PILIHANRAYA MASALAH TARBIYYAH JANGAN DIKESAMPINGKAN .

Tuesday, November 13, 2012

KURSUS TENAGA CERAMAH MINI

SG.GAU  13.11.2012 LAJNAH PENERANGAN PAS KAWASAN TEMERLOH TELAH MENGADAKAN SATU KURSUS TENAGA CERAMAH MINI DENGAN DI HADIRI OLEH KIRA-KIRA 50 ORANG PESERTA  - DUA KERTAS KERJA DIBENTANGKAN OLEH US.YOUSLYIDDY DESA  :
1.STRATEGI DAN GERAK KERJA PENERANGAN
2.PENGUCAPAN AWAM
DAN SEDIKIT PENERANGAN MENGENAI CARA MENGEDIT GAMBAR DI POWER POINT.
SEBELUM KURSUS DIJALANKAN  EN.FAIRUZ  KETUA PENERANGAN PAS TEMERLOH  TELAH BERUCAP DENGAN MENGALU-ALUKAN KEPADA PESERTA KURSUS YANG DATANG  DAN UCAPAN PERESMIAN OLEH YDP PAS KAWASAN TEMERLOH HJ MD JUSOH DARUS. MAJLIS DIPENGERUSIKAN OLEH SYAM POMEN TIMBALAN KETUA PENERANGAN PAS TEMERLOH . BERIKUT GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAM OLEH US.ZAKARIA OMAR   PENULIS BLOG INI  WASSALAM  SELAMAT MAJUJAYA PAS KAWASAN TEMERLOH .
EN.FAIRUZ  KETUA PENERANGAN SEDANG BERUCAP
SYAM POMEN TIM.KETUA PENERANGAN PAS TEMERLOH
YDP PAS TEMERLOH  HJ JUSOH DARUS  DAN EN.YOUSLYIDDY DESA PENGARAH JAPEN
EN.YOUSLYIDDY DESA PENGARAH JAPEN
EN.ZULKIFLI  TAN SEDANG MEMBERI ULASAN 



 

Friday, November 02, 2012

UBAH SEKARANG PAHANG SELAMAT

KUANTAN : Pakatan Rakyat Pahang melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan konvensyen kali pertama bertajuk “Ubah sekarang Pahang selamat” di sini 21 Oktober lalu.
Konvensyen sehari yang dihadiri kira – kira 630 pemimpin tertinggi PAS,KeADILan dan DAP  daripada 14 kawasan Parlimen itu membabitkan pembentangan tiga kertas kerja yang menyentuh isu penting bagi negeri Pahang sperti isu Felda, tanah dan tanag Orang Asal, pembangunan Bandar dan luar Bandar .
Namun kerana kesontakan masa isu- isu berkenaan hanya dapat dibentang dan diulas oleh ahli panel sahaja, manakala  para peserta tidak berpeluang untuk membahaskannya.
Kemuncak konvensyen pemimpin ketiga – tiga parti dalam pakatan rakyat menandatangani pernyataan bersama yang dibacakan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
Penyataan bersama Pakatan rakyat Pahang adalah seperti berikut :
Konvensyen Pakatan Rakyat tahun 2012 yang berlansung pada hari ini (21 oktober) menzahirkan iltizam untuk menawan Pahang, iltizam ketiga –tiga parti dicerminkan daripada persetujuan bersama dasar dan polisi yang menguntungkan rakyat di kala kerajaan BN Pahang terbukti gagal mentadbir urus negeri Pahang dengan efisyen, telus dan amanah .
Kami juga memperakui janji kami untuk menawarkan  dasar yang benar- benatr berpaksi kepada kebajikan rajkyat menjaga dan melestarikan alam sekitar  membela masa depan peneroka Felda dan mengembalikan hak – hak Orang Asal .
Pendekatan kita  berasaskan kepada keadilan  dan kesaksamaan kepada semua tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit  juga meraikan partisipati  wanita  dalam pembangunan negeri.
Menyedari bahawa rakyat Pahang khasnya dan Malaysia keseluruhannya telah ditipu oleh BN selama 55 tahun yang telah mentebabkan kualiti hidup, ekonomi dan integrasi antara kaum – kaum bukan sahaja merundum malah berada  pada tahab kritikal, maka Pakatan rakyat Pahang menzahirkan komiitmen untuk melakukan islah bagi kesejahteraan rakyat serta megangkat martabat rakyat bagi menikmati keadilan dan kekayaan negeri.
Demikian itu  kami memberikan komitmen dan akujanji untuk merialisasikan segala tawaran kepada rakyat seperti yang dipersetujui bersama bagi menyelamatkan negeri Pahang.
Turut hadir pada kovensyen itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu Naib Presiden KeADILan Fauziah salleh dan Naib Pengerusi DAP,.Dr.Tan Seng Giaw .(HARAKAH KELUARAN  2-4 NOV 2012) .