Saturday, July 09, 2011

PAS Temerloh Berjaya Sasarkan Kehadiran 3,000 ahli Ke BERSIH 2.0



Hampir seramai 3,000 orang ahli PAS Kawasan Temerloh turut menyertai Himpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur Kelmarin.

Menurut Ketua Delagasi BERSIH 2.0 yang merangkap YDP Kawasan penyertaan ahli PAS Kawasan adalah untuk memberi sokongan dan arahan Presiden PAS ke arah menuntut 8 Perkara BERSIH 2.0

Ahli rombongan penyertaan bergerak mulai petang hari Jumaat dan menginap samada di rumah saudara mara , masjid surau sekitar KL. Mereka yang turut sertai selepas ditemui walaupun mengakui tidak dapat berkumpul ke destinasi yang diprogramkan.

Sementelah 32 laluan jalan ditutup rapi oleh pihak berkuasa, sedikit menyukarkan pergerakan. Namun mereka berjaya membolosi sekatan melalui pelbagai cara.

Penyertaan BERSIH 2.0 kali ini dikira amat berjaya. Rata-rata semua pihak yang ditemui puashati dengan sokongan mereka kepada tuntutan demokrasi ini.

Justeru, seruan Presiden bahawa BERSIH 2.0 adalah sebagai muqadimmah Demokrasi wajar kerajaan fikirkan nasihat dan pandangan pemimpin rakyat ini.

Selamatkan Malaysia...



No comments:

Post a Comment