Saturday, February 18, 2012

Politik samseng masih ada lagi zaman ini

Pemuda PAS kesal samseng politik berleluasa

Hazayani Zakaria,18 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan budaya samseng yang terus diamalkan pihak-pihak tertentu dalam politik.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata demikian sebagai mengulas insiden gangguan persiapan ceramah politik di Temerloh, Pahang awal minggu ini termasuk perbuatan mengoyak poster ceramah dan cubaan mencederakan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Shukri Shuib (gambar).

"Pemuda PAS sangat kesal dengan trend politik akhir-akhir ini yang dipenuhi dengan provokasi dan perbuatan pukul memukul," kata beliau kepada Harakahdaily, semalam.

Shukri yang dihubungi hari ini berkata, insiden itu berlaku Isnin lalu di Taman Sri Serinau, ketika beliau sedang menampal poster ceramah yang akan berlangsung pada malamnya.

Shukri yang sedang menampal poster di batang pokok seorang diri, disergah oleh seorang lelaki awal 40-an, dipercayai penduduk tempatan.

Beliau tidak menghiraukan sergahan itu sebaliknya bertindak berlalu dari tempat itu.

Namun lelaki tersebut yang tidak berpuas hati menghalang beliau daripada berlalu dan menumbuk ke arah mukanya sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, tumbukan itu tidak mengena mukanya kerana beliau memakai topi keledar.

"Pada mulanya saya cuba pergi dari situ sebab nak elakkan kejadian tak diingini. Tapi dia halang saya dan tumbuk dua kali tapi nasib baik saya pakai topi keledar, jadi tak kena mukalah," katanya.

Tambah Shukri, kejadian poster program PAS dikoyakkan sudah kerap kali berlaku di kawasan itu.

Perbuatan ini katanya sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehadiran di setiap ceramah yang dianjurkan PAS.

"Biasanya poster kita memang kena buang. Kalau tampal malam, paginya tak ada. Selalu sangat berlaku.

"Agak susahlah bagi PAS sebab kita memang bergantung pada poster. Nak gantung banner memang tak dapat.

"Lainlah kalau program Umno, memang boleh gantung banner, dan kita pun tak pernah kacau banner dan poster mereka," luahnya.

Sementara itu, Nasrudin meminta pihak yang berkenaan menghentikan perbuatan samseng sedemikian sebaliknya berpolitik secara matang.

"Kita minta mana-mana pihak khususnya pihak lawan tidak terus provok beginilah. Pihak berkuasa pun kena peka dengan kejadian sebegini," katanya.

Wednesday, February 15, 2012

MARILAH KITA SAMA-SAMA 


HADIR KE PROGRAM USTAZ 


AZHAR IDRUS 


PADA 25 FEBRUARI 2012 


HARI AHAD 


SEMPENA KARNIVAL 


MAHABBAH RASULULLAH 


S.A.W, BERTEMPAT DI TAMAN 


KUBANG GAJAH. TEMERLOH.


SEBARKAN.

Monday, February 13, 2012

Sejadah rukuk dan sujud, kekayaan Tuhan

video


Meskipun pelbagai reaksi dirimbulkan berkaitan deretan sejadah yang seolah-olah rukuk dan sujud menghadap kiblat, namun tidak dapat dinafikan itulah kekayaan Allah SWT. Subhanallah!

Kejadian berlaku di Madrasah Darul Hijrah Paya Pasir, Maran, Pahang. Ia ditubuhkan oleh mantan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Alwi Abdul Hamid dan kini dipimpin pula oleh balunya mantan Ketua Muslimat PAS Pusat / Pahang Ustazah Azizah Khatib Mat.

Kejadian berlaku di surau lama (berusia hampir 70 tahun) kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.

Kejadian yang menggemparkan itu turut mendapat liputan media.

Seorang pelajar, Filza, bercerita begini, pada jam 6.45 petang sebelum kejadian, pengetua maahad itu meminta dia bersama tiga rakan lain, Badlishah Sadino, 11, Aiza Zamri, 10, dan Norsyamira Ismail, 13, mengangkat 45 sejadah yang dijemur di penyidai kerana hujan.

“Umi (Kak Zah) meminta kami mengangkat sejadah terbabit untuk dihamparkan di surau lama ini memandangkan semua sejadah masih lembap.

“Selesai solat Maghrib, saya bersama seorang rakan, Najwa Baderi, 14, naik ke tingkat itu untuk mengambil wuduk yang terbatal. Selepas mengambil wuduk dan melintasi bilik mengaji ini, saya terkejut apabila melihat sejadah di hadapan pintu berbentuk seakan sedang sujud menghadap kiblat.

Filza berkata, mereka segera ke tingkat bawah dan memaklumkan kepada pengetua maahad mengenai kejadian pelik itu.

Thursday, February 09, 2012

Semasa Bacaan Talkin dan Tahlil

 
 


Seluruh AJK PAS Kawasan Temerloh serta Ahli PAS 


mengucapkan salam takziah kepada keluarga abg Khalid 


(Ketua PAS Cawangan Bangau Tanjung) dikenanli khalid ikan 


patin di atas kematian anaknya mengalami accident serta 


rakannya dan berdoa agar kedua-dua arwah pemuda tersebut 


mendapat lindungan rahmat Allah. Al-Fatihah.

Monday, January 30, 2012



 Sila sebarkan dan berikan komitmen kepada Pakatan Rakyat Kawasan Temerloh

Sunday, January 22, 2012

YB Semantan Santuni Masyarakat Cina Sempena Tahun Baru Cina

TEMERLOH: YB Kuala Semantan YB Syed Hamid Syed Mohammad menyantuni masyarakat Tionghua dekat sini kelmarin.

Program turun padang beliau adalah sempena Perayaan  Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Dalam majlis berkenaan beliau dengan rombongan pejabat Adun pimpinan PAS Kawaasan , rakan Pakatan DAP berjalan dari kedai ke kedai sekitar bandar ini bagi menyampaikan cenderahati kepada masyarakat berketurunan Cina.

Ini adalah sebagai tanda terima kasih beliau atas sokongan masyarakat Cina terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Kekuatan Pakatan Rakyat diserlahkan  menerusi kerjasama erat dan sikap saling faham memahami dan hormat menghormati antara kaum dalam negara ini akan lebih membawa kemakmuran rakyat pada masa depan, ujar beliau kepada penulis selepas selesai program berkenaan.


Di majlis yang sama YB Syed Hamid mezahirkan rasa gembira dan optimis terhadap sambuatan yang diterima. Insyallah peluang Pakatan dalam PRU13 akan datang amat cerah beralih ke tangan Pakatan

Saturday, January 14, 2012

YB PAKATAN RAKYAT TURUN PADANG


TRIANG: ADUN DAP YB Leong Ngah Ngah adalah seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Ini tebukti dengan tindakan luarbiasanya mengikut sama kerja-kerja pengukuran tanah rakyat yang telah dijalankan oleh pihak yang berkenaan.

Turun padang YB Leong Ngah Ngah ini menyebabkan Dun Triang kekal bawahnya selama 4 penggal . Jika semua wakil rakyat menunjukkan sikap cakna seperti nya itu, maka banyaklah masalah rakyat dapat diselesaikan.

Seorang penduduk Triang yang ditemui melahirkan rasa bangga dengan sikap cakna beliau, jika sesuatau perkara dimaklumkan kepadanya. Beliau akan memmastikan bahawa masalah itu diselesaikan dengan kadar segera.


Beliau turun ke padang bersama-sama dengan isterinya ke dalam hutan bagi melihat sendiri kerja-kerja pengukuran sempadan dilakukan.

Friday, January 13, 2012

SYABAS SEMUA EXCO P. PINANG & WAKIL RAKYAT ISYTAIHAR HARTA

[SH] GEORGETOWN - Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh adalah Exco yang paling kaya berdasarkan borang perisytiharan harta Kerajaan Negeri semalam.

Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG. 

Boon Poh memiliki beberapa rumah dan tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta. 

Beliau juga memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu itu juga memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund. 

Ketua Menteri, Guan Eng berkata, perisytiharan itu dilakukan syarikat swasta untuk memastikan perisytiharan dilakukan dengan telus. 

“Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (termasuk ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-undang Negeri) sudah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. 

“Ini memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang,” katanya kepada media semalam. 

Guan Eng pula memiliki simpanan tetap RM298,785 serta saham amanah berjumlah RM25,989. Beliau juga memiliki dua rumah kedai di Melaka yang keseluruhannya bernilai RM965,000. 

Selain itu, beliau memiliki saham antaranya 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad dan 2,000 unit DRB-Hicom. 

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman pula memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Nibong berharga RM140,000 dan rumah flat di Teluk Kumbar berharga RM25,000. 

Mansor juga memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819 serta sebuah kereta Toyota Camry berharga RM140,000. 

Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy pula memiliki sebuah banglo di Semenyih, Selangor berharga RM328,000 serta tanah pusaka di Sitiawan. 

Beliau turut memiliki dua kereta iaitu Perodua Kelisa berharga RM36,000 dan Mercedes 230E berharga RM200,000. 

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow disenaraikan memiliki dua flat di Bukit Gambir dengan nilai RM196,000 serta sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM590,000. Beliau memiliki sebuah kereta Proton Waja berharga RM65,000. 

Kon Yeow juga memiliki saham yang disenaraikan antaranya 20,500 unit di Public China Select Fund, 21,000 unit di Public China Titans Fund serta 10,000 unit di Public Dividend Select Fund. 

Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim pula tidak mencatatkan sebarang harta miliknya melainkan Proton Tiara berharga RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000. 

Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng pula memiliki beberapa rumah antaranya di Seberang Jaya dan Vistana Perdana serta sebuah kilang di Permatang Pauh. 

Beliau juga memiliki saham di Kotindak dan Kojadi serta beberapa kereta antaranya Volvo 2406L berharga RM61,000 dan Honda CRV berharga RM104,000. 

Exco Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang pula memiliki sebuah kondominium di Island Glades yang berharga RM239,000 serta sebuah kereta Honda Civic 1.8 berharga RM114,000. 

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Air, Law Choo Kiang pula mempunyai sebuah rumah di Bandar Cassia berharga RM392,000 serta beberapa unit saham antaranya 100,000 unit di Ramunia, 100,000 unit di Poh Kong serta 100,000 unit di MNC. 

Manakala Exco Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai pula memiliki sebuah apartmen di Paya Terubong berharga RM97,000 dan sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM600,000.

Thursday, December 29, 2011

Ayahnya Hj Shamsuddin Ahmad Telah Kembali ke Rahmatullah

TEMERLOH, 29 NOVEMBER 2011, Ayah Hj Shamsudin Ahmad atau dikenali dengan Sham Bengkel di Taman Temerloh Jaya telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi, Jenazah tersebut akan di kebumikan di masjid cempaka lancang pada malam ni. PAS Kawasan Temerloh mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga Rohnya termasuk orang-orang yang syuhada. Al-Fatihah 

Peniaga Bantah Saman Parking



MENTAKAB: DAP Temerloh dan Mentakab bersama-sama masyarakat setempat membantah keras tindakan saman parking secara membabi buta oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) Temerloh.

Ini berdasarkan aduan ramai pemilik premis perniagaan dalam bandar berkenaan yang melanggan secara bulanan petak parking hadapan kedai mereka di bandar Mentakab  ini dan mereka juga sudahpun meletakkan serta mempamerkan  tiket-tiket parking tetapi masih juga di saman.





Kes saman ini sudah berlarutan berbulan-bulan lamanya, dan tiada jalan penyelesian dicapai. Walaupun mangsa-mangsa berkenaan turut membuat aduan kepada pihak berkenaan, dan juga berusaha bertemu dengan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Seorang pemilik premis yang di saman yang nilainya sejumlah RM20,000 menunjukkan bukti bahawa beliau pada tarikh-tarikh berkenaan membayar parking petak yang beliau gunakan tetapi masih juga di saman.

Bantahan aman berkenaan dibuat ditengah-tengah pusat bandar ini berhadapan sebuah pusat perniagaan terkenal dan turut mendapat sambutan luarbiasa para pengguna jalanraya dan pemilik premis perniagaan lain di bandar Mentakab yang rata-rata rasa teraniya dan dianayai.
Kami bukan penduduk yang engkar, kami membayar parking berkenaan dengan meletakkan tiket – tiket parking yang dikeluarkan PBT berkenaan. Selepas digoreskan tarikh dan masa waktu parking kami pamerkan. Tak kanlah parking reader masih buta dan tidak nampak, ini mustahil, jelas seorang pengguna dengan nada yang marah.

Kami sudah beberapa kali bertemu dengan Adun Mentakab En Chua Boon Seong yang mewakili penduduk Dun ini bagi mengadu masalah berkenaan. Tetapi beliau mengambil sikap mendiamkan diri sahaja.

Sikap lepas tangan dan enggan bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah rakyat ini mengundang masalah rakyat di adukan kepada pihak DAP setempat.
Sehubungan itu, bagi melahirkan rasa keperihatinan dan simpati atas nasib yang menimpa masyarakat Tionghua berkenaan En Ahmad Zubir Omar selaku wakil PAS turut hadir bagi memberi sokongan moral dan tanda simpati kepada mangsa-mangsa yang teraniaya.

Tuesday, December 27, 2011

PAS Temerloh anjur program kerohanian

TEMERLOH: Kemantapan jati diri dan pembentukan syaksiyyah adalah menjadi teras utama dalam pembangunan jemaah PAS. Program sehari Taujihat Dun Mentakab bawah parlimen Temerloh baru-baru ini di markas PAS Bintang.

Majlis itu dimulakan dengan qiamulail pada sebelah awal pagi yang dipimpin oleh Al fadil Ust Abd Satar b Rani diikuti pula dengan pengisian kerohaniah sebelah pagi dan berakhir sebelum waktu tengah hari.

Majlis ini adalah  anjuran serta pimpinan Urusan Ulama Kawasan. Ia bertujuan mengumpul ahli-ahli PAS setempat bagi memperkukuhkan nilai-nilai dan menyuburkan pembinaan jati diri sebagai rijal dalam gerakan Islam.

Turut hadir adalah pimpinan JPr Dun Mentakab dan penduduk setempat

Bob Lokman Gegarkan Temerloh

TEMERLOH8: PAS Kawasan Temerloh semakin rancak menggerakkan jentera pilihanraya menjelang PRU13 tidak lama lagi.

Sehubungan itu sebagai satu usaha bagi menyuntik semangat perjuangan para aktivis rakyat setempat. Seorang selebriti tanahair terkenal Bob Lokman telah diundang ke majlis berkenaan bagi tujuan tersebut.

Bob yang terkenal sebagai pelakon, pelawak, pengacara, penulis lirik lagu yang tersohor tanah air ini yang digilai ramai anak muda kini telah merasmi Bilik Operasi (BO) Peti Undi Sanggang Seberang di satu majlis yang diadakan khas secara ringkas di Sanggang Seberang baru-baru ini. Ini adalah sebagai tanda kesiapsiagaan jentera Peti Undi bagi menghadapi PRU13 pada bila-bila masa sahaja. Turut hadir dimajlis tersebut adalah Pengarah JPr Kawasan Temerloh Sdr Hassan Omar, Ustaz Fairuz Hisyam Nordin, beberapa ahli jawatankuasa PAS Kawasan dan Pengarah JPr Dun Mentakab serta ahli-ahli jawatankuasa yang lain. Manakala di sebelah malam pula telah diadakan ceramah gempur khas oleh Bob Lokman, Ust Suhaimi Saad, Ketua Penerangan PAS Pahang dan Ybhg Ustaz Fadil Mohd Noor exco DPPNP. Kehadiran penduduk setempat ke majlis berkenaan adalah turut memeriahkan program berkenaan.

Monday, December 19, 2011

PAS TEMERLOH ANJURKAN JAMUAN MAKAN AMAL

TEMERLOH: PAS Kawasan Temerloh maju dengan melangkah setapak lagi dengan penganjuran Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat peringkat parlimen Temerloh diadakan baru ini dekat sini.

Majlis Makan malam ini adalah sebagai simbol komiten dan persepakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat  setempat. 


Selain itu, majlis ini adalah untuk mengumpul dana PRU 13 bagi tabung pilihanraya MTD Kuala Semantan  untuk menghadapi pilihanraya akan datang.




Majlis ini turun mengundang pimpinan kanan PAS Tuan Hj Mohammad Sabu, YB Tan Seng Giaw  Naib Pengerusi DAP Pusat sebagai tetamu utama bersama-sama dengan pimpinan Pakatan setempat.












Foto 2: Pimpinan Pakatan Rakyat Temerloh yang turut hadir








Foto 3: YB Mohammad Sabu sedang menjamu selera di majlis berkenaan





















Saturday, December 17, 2011

Umno Semakin Celaru Dan Keliru - YDP Temerloh






TEMERLOH:  Strategi Umno yang terdesak kini adalah terkial-kial berusaha memenangi hati golongan pertengahan dalam masyarakat atau kumpulan ‘middle class’. Inilah sasaran kerja utama Umno terasa kedudukannya semakin terancam dan tidak selamat kerusi mereka di kawasan-kawasan ini. Kerusi yang menjadi ancaman dan libaliti Umno untuk terus kekal dalam PRU13 akan datang. Demikian penjelasan  Tn Hj Md Jusoh Darus selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh .

Rakyat semakin cerdik dan tidak boleh ditipu lagi. Penyelewengan kerajaan jelas dan mereka amat faham. Bukti pada PRU12 lalu 6 buah negeri jatuh. Semua undi majority golongan bandar yang bangun dan bangkit menolak Umno.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di majlis Rapat Umum Rakyat di Darul Amin Sg Gau dekat sini baru-baru ini. Turut hadir di majlis berkenaan Hj Mohammad Sabu Timbalan Presiden PAS, YB Tan Seng Giaw Naib Pengerusi DAP Pusat, pemimpin – pemimpin Pakatan Rakyat setempat yang lain.

Umno semakin terdesak. Walaupun  ia yakin dan tetap dapat mempertahankan kerusi-kerusi selamat mereka di seluruh kawasan luar bandar. Sebabnya rakyat kurang maklumat yang seimbang. Mereka terikat dengan maklumat dan pandangan Utusan dan rangkian TV Nasional Negara.

Cuba tuan-tuan bayangkan hukuman kepada Teo beng Hock yang dikatakan melesapkan duit kerajaan Selangor sejumlah RM2,500 sahaja dengan tindakan dan hukuman ke atas pemimpin melayu Umno yang menggelapkan RM250 juta duit rakyat ,apa tindakan kerajaan ? ujar beliau



Kenapa PM TPM dan Wanita Umno bangun mempertahankan kedudukan Shahrizat Jalil. Yang terang mereka salah dari segi moral dan undang-undang. Kita diajak bersama-sama mempertahankan pemimpin melayu macam ni ? tegas beliau.

Friday, December 16, 2011

Anwar Gempur dan Gemparkan Temerloh

TEMERLOH: Umno sanggup akan habisan ratusan juta atau billion ringgit dalam PRU13 akan datang. Dan sangguop akan berbuat apa sahaja demi kuasa mereka. Dan dia akan lakukan apa sahaja untuk pertahankan Putrajaya, jelas Anwar 

Semua ini tidak ada maknanya kerana KUASA RAKYAT akan menentukan segala-galanya.
Kenapa saya dia orang marah, kerana saya berjuang kerana mempertahankan prinsip dengan izin Allah dan juga kerana rakyat. Saya mahu semua yang hadir ingat, ini Negara saya, ini tanahair saya dan saya berhak  berjuang  dan mempertahankannya.  Negara saya ada rakyat Melayu Cina dan India kerana ini adalah tanah tumpah air saya bersama.

Beliau minta rakyat jangan jadi penonton dan pengikut yang membuta tuli. Membela Melayu dalam Umno kerana Melayu UMno lah yang tuan-tuan angkat itu , Melayu yang jadi pemimpin pegawai dan sebagai yang memusnah dan memporakperandakan Negara. Hutang Negara RM230 billion, hutan balak difaraid sesuka hat 20 dan 15 tahun dulu bumi in(Pahang nikaya), sepatutnmya limpahan kekayaan Negara ini.

Saya rela dipenjarakan, kerana saya berjuang demi rakyat dan untuk rakyat. Pada 9hb januari ini mahkamah akan bersidang menjatuhkan hokum. Sama ada saya ke penjara atau ke mana, saya tidak akan berundur.

Umno cuba cari apa sahaja salah saya, sepajang dalam kerajaan samada sebagai TPM, mantan menteri kewangan saya satu sen pun tidak pernah ambil wang rakyat ke, tanah ke dan sebagainya. Depa terpaksa merekayasa cerita merosakkan moral saya dengan tuduh saya kaki betina, kaki liwat dan macam-macam, tetapi rakyat tahu.

Saya hairan orang muda Muda, ejek saya pengkhianat Melayu, ejen Amerika ajen al Qade, ajen Yahudi, tapi depa lupa yang ejek saya (pemuda Umno) yang khianat depa buka saya tetapi pemimpin Umno, yang sepetutnya depa mengaji (sekolah masuk IPTA) sepatutnya dapat biasiswa tetapi pinjam(hutang_ dengan Tabung PTPTN.

Jika kita ambil alih Putrajaya kita akan bagi biasiswa kepada semau anak-anak yang neka sekolah (masuk IPT) Kita akan hapus kan PTPTN. Semua bukannya payah Cuma mahu dengan taidak mahub uat sahaja.

Saya tidak janjikan jika Pakatan dpat Putrajaya kita nak bagi RM10,000 seorang kepada rakyat. Tetapi saya nak rampas harta kerajaan isu NFC dan nak aguh-agihkan lembu itu kepada penternak miskin Melayu Cina dan India.

Ini tidak rakyat melayu Cina dan india yang puluhan tahun duduk dalam Negara ini mohon mahu dapatkan tanah sekangkang kera untuk tapak rumah kediaman. Kita (Pakatan) beri dilabelkan pengkhianat, tetapi pemimpin Umno yang kaya raya beri seekor lembu bersekali dengan 6 ekar tanah seorang (merujuk dengan isu NFC). Rakyat tunggu lebih 30 tahun nak dapatkan tanah, ada setengahnya dah mati, disambung oleh anak, anaknya pun mati  sampai pula ke cucu. Masih tak dapat lagi. Jdi ini kerja siapa, kerja kita DAP ke, dak pemimpin Melayu, pegawai Melayu.

Kita sokong kalau pemimpin Melayu betul, kita sanjung jika pegawai melayu yang amanah dan sebagainya atas Melayu yang baik dan betul. Kalau Cina pemimpin tidak betul apa faedah.
Saya nak tanya lagi, punya teruk Umno ambil cukai lesen, permit. Siapa yang dapat , dati Tan Sri dan sebagaiya.

Ada satu kes seorang tan Sri dating jumpa saaya dia ada 15 permit teksi umur dia 75 tahun. Saya Tanya tan Sri pandu sendiri ke teksi. Dia kata dak dia hanya nak permit sahaja. Saya kata tan Sri balik pandu teksi lepas tiga hari jumpa saya. Lepas 3 hari mai jumpa saya dia kata dia tak larat pandu, dia pun ada kereta lain.

Ha ini saya nak bagi tau kalau Pakatan memerintah saya nak ambil balik permit teksi saya nak bagi balik terus kepada semua pemandu teksi yang pakai lessen permit ornang aramai pemandui kalangan tentera yang kerja dengan orang ada permit pemimpin Umno lah tu. Ni kita nak buat nak bagi samada adil



Wednesday, December 14, 2011

ISU LYNAS: PENAFIAN FITNAH MB PAHANG ATAS ADUN PAS

Adun PAS nafi terlibat projek Lynas| Print |
Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 14 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad hari ini tampil memberi penjelasan menafikan keterlibatan beliau dalam kontrak melibatkan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng sebagaimana disiarkan sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini.

Dalam sidang medianya di pejabat Perhubungan PAS Pahang, beliau mendakwa ia berpunca daripada kesilapan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dalam kenyataannya ketika membentangkan Bajet 2012 yang mengaitkan beliau melalui rakan kongsi telah mendapat kontrak Lynas.

Kenyataan tersebut telah dipetik dan dieksplotasi oleh akhbar harian berkenaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa, saya menafikan sekeras-kerasnya terlibat dengan sebarang kontrak dengan syarikat berkenaan walau setengah sen pun seperti yang dipetik akhbar berkenaan.

“Malah pada ucapan penggulungan oleh Menteri Besar, beliau telah membetulkan kenyataannya sebelum itu bukannya rakan kongsi tetapi rakan seperjuangan yang merujuk kepada ahli PAS lain yang telah menerima kontrak daripada syarikat berkenaan.

“Malangnya pembetulan tersebut tidak disiarkan oleh akhbar berkenaan membuatkan pelbagai tanggapan buruk terhadap saya,” katanya mengulas laporan yang disiar Berita Harian.

Beliau juga kesal dengan sebuah blog yang mengambil kesempatan memainkan isu berkenaan namun yang menyedihkan gambar yang disiarkan kononnya bagi mengaitkan saya dengan Lynas ialah gambar yang tidak ada kena mengena langsung kerana ia gambar sewaktu kempen pada Pilihan Raya Kecil Kerdau.

“Saya agak dukacita dengan cara akhbar harian memuatkan berita di mana banyak perkara yang saya sebagai wakil rakyat sebutkan di dalam Dewan Undangan Negeri untuk kepentingan orang ramai, telah tidak disiarkan.

“Umpamanya dalam sidang baru-baru ini saya telah menyentuh tentang kewajaran PBT membenarkan banyak program konsert di Taman Kubang Gajah sedangkan kesan kepada kerosakan akhlak muda-mudi sepatutnya juga diambil kira.

“Saya juga telah membangkitkan kerugian PBT yang membina jambatan gantung merentangi sungai di Kuala Semantan yang melibatkan kos sebanyak RM399,000. Tetapi hanya boleh dinaiki oleh dua orang dalam satu-satu masa. Ini sudah tentu membawa kepada pembaziran.

“Saya juga menawarkan pemuda-pemuda PAS untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Namun semuanya tidak diketengahkan oleh media,” katanya.

Mengenai Lynas, beliau berkata prinsipnya ialah sentiasa bersama rakyat, selagi mana rakyat tidak meyakini keselamatan mereka terjamin maka saya tetap bersama rakyat.

Sementara itu menjawap soalan pemberita beliau tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang kepada mana-mana pihak kerana menganggapnya sebagai salah faham semata-mata.

Monday, December 12, 2011

PUSAT KHIDMAT KEBAJIKAN TEMERLOH DILANCARKAN


TEMERLOH: Pusat Khidmat Kebajikan Setiap Masa PAS Temerloh telah disempurnakan perlancarannya oleh Adun Kuala Semantan YB Syed Hamid Syed Mohammad di sini baru-baru ini.

Turut hadir, YDP PAS Kawasan Hj Md Jusoh B Darus, Setiausaha Kawasan Temerloh En Ahmad Zuber Omar dan En Sohaimi b Abd Latif selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS yang juga merangkap pengarah program berkenaan bersama ahli-ahli jawatankuasa yang lain serta puluhan penduduk setempat.

Menurut Sohaimi , pusat ini menjadi pilot projek kebajikan bagi PAS. Dan insyallah akan dikembangkan ke dua kawasan lain pada masa akan datang iaitu Dun Mentakab dan Lanchang. Pusat ini antara lain satelit mengaktifkan pusat kebajikan, mengalakkan masyarakat membuat kebajikan, memberitahu atau mempromosi perkhidmatan dan aktiviti yang di tawarkan.

Selain itu juga, pusat ini bakal menjadi tempat mengumpul sumbangan dari mereka yang berkemampuan dengan menjadikan ia sebuah badan mengurus dan mengedarkan sumbangan kepada golongan rakyat yang memerlukan tanpa prejudis .
Begitupun, pusat ini juga akan bertindak, sebagai pusat persediaan awal menghadapi musibah seperti banjir, kebakaran dan bencana yang lain. Selain itu ia juga bertindak juga menjadi penyelaras bagi pengumpulan tenaga para sukarelawan bagi menghadapi sebarang bencana tanpa mengira fahaman dan ideology kepartian. Seterusnya pusat ini menjadi makenaisma ke arah penganjuran program aktiviti yang boleh meningkatkan silaturahim antara penduduk dan jemaah Islam PAS dalam mencari keredhaan Allah .
Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh para dermawan, orang perseorangan atau mana-mama individu yang ingin menghulurkan sumbangan amatlah dialu-alukan. Sumbangan adalah tidak dihadkan dalam sebarang bentuk.
Pusat ini yang terletak di tepi laluan utama Jalan Temerloh Triang akan mula beroperasi mulai hari ini. Seorang petugas tetap akan ditempatkan di pusat ini sepanjang masa. Dan orang ramai yang ingin berurusan dipersilakan hadir ke pusat ini pada bila-bila masa sahaja.
Dan semua barangan yang di sumbangan insyallah akan diagihkan kepada golongan sasar yang dipilih iaitu terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, ujar beliau.
Dengan ini setidak-tidaknya keperihatinan, kehadiran dan kebersamaan PAS dalam masyarakat diperlukan dan amat dirasai. Dan kehidupan rakyat marhein terbela dan menceriakan hidup serta kehidupan mereka, jelas beliau.

HARI KEBAJIKAN PAS TEMERLOH MERIAH





TEMERLOH: Konsep negara berkebajikan berjaya di terjemahkan dan direalisasikan oleh PAS Kawasan Temerloh kelmarin. Pilot projek kebajikan yang dikendalikan oleh Halwa Temerloh bertempat di Kg Pamah Kasih berjaya menarik ratusan penduduk setempat.


Program Kebajikan ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Antara acarana menarik program kebajikan amal ini meliputi jualan amal barang keperluan harian, sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan, pemeriksaan kesihatan, gunting rambut percuma, sumbangan pakaian sekolah, jualan barangan terpakai.



Turut hadir bagi memeriahkan hari kebajikan yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh Hj Md Jusoh Darus, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh En Ahmad Zuber Omar dan Naib Ketua Kawasan YB Syed Hamid Syed Mohammad, yang juga merasmikan hari kebajikan berkenaan.
Program Kebajikan ini turut menerima tetamu kehormat ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat Dr Najihah Solehah bersama rombongan.

Wednesday, December 07, 2011

Dewan Muslimat PAS Kawasan akan mengadakan HARI BERKEBAJIKAN berikut :-

Tarikh : 15 Muharram 1433H / 11 Disember 2011 (Ahad)

Masa : 8:00 pagi hingga 1:00 tengahari

Tempat : Kg. Pamah Kasih

Perasmian : YB ADUN Kuala Semantan

Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan program ini puan dijemput untuk menghadiri program tersebut.


Tuesday, December 06, 2011

PAS KAWASAN TEMERLOH KHUSUSNYA DUN KUALA SEMANTAN AKAN MENGADAKAN CERAMAH PERDANA PADA 15 DISEMBER 11 (HARI KHAMIS) BERTEMPAT DI BALAI ISLAM DARUL AMIN, SUNGAI GAU, TEMERLOH. CERAMAH TERSEBUT ADALAH MENGUTIP DANA PRU KE-13 UNTUK DUN KUALA SEMANTAN.

PECERAMAHNYA :
1) TUAN HAJI MOHAMAD SABU
(TIMBALAN PRESIDEN PAS)
2) DR. TAN SENG GIAW
( TIMBALAN PENGERUSI DAP PUSAT)
3) YB. SYED HAMID SYED MOHAMED
( ADUN KUALA SEMANTAN)
4) HJ MD JUSOH DARUS
( YDP PAS KAWASAN TEMERLOH