Sunday, October 25, 2009

KURSUS MEMBINA BLOG


Lajnah Penerangan Pas Pahang menganjurkan Kursus membina Blog yg diadakan di Pejabat Badan Perhubungan Pas Pahang.Program tersebut di rasmikan oleh Setiausaha Perhubungan Pas Pahang, Roslan Zainal Al-Ahmadi sementara penutupnya di sempurnakan oleh Naib Presiden Pas Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Sessi sebelah pagi di jalankan oleh Blogger Sidang Online, Ustaz Taufeeq lebih menekan soal membina dan mengindahkan Blog, sementara sessi petang di isi oleh Blogger terkenal Pahang Daily iaitu Cucu Mat Kilau.Beliau memberi tip utk peserta bagaimana utk menjadikan Blog kita sentiasa di kemaskini dan diminati.
Temerloh yg menjadi tuan rumah, ramai menghantar peserta diharapkan berhasil menjadikan Medium baru ini sebagai alat utk penyebaran maklumat dengan lebih berkesan insyaallah.

Wednesday, October 21, 2009

DAIRI PAS TEMERLOH

22 Okt 09 - Usrah Dewan Pemuda di B`Muslim, Tmn Temerloh Jaya.

24 Okt 09 - Kursus Pemantapan Blogger di Pej. BBPNP. 9 pagi.
- Kuliah Dhuha di Kerdau oleh Ust Tuan Ibrahim jam 9 pagi.

25 Okt 09 - Qiamullail di Surau Darul Izzah.
- Wacana Pemerkasaan Parti di Green Park Oleh YB Salahudin Ayub.
Sambutan Aidil Fitri di Pasti Az-zahra`,Taman Temerloh Jaya menarik hadirin hampir seribu orang termasuk kanak2. Pada hari tersebut sambutan yg sama turut diadakan di Taman Sri Semantan, Pasti Al-Amin di Sg Gau, Surau Taman Tinah, Masjid Bt 4 dll. Sementara Sambutan Di Markas Pas Bangau Tanjung malam berikutnya menutup tirai Syawal pada tahun ini.


Mesyuarat program "Jom sertai Pas" diadakan di Pajabat Kawasan.Perbagai program yg menarik dibincang utk dijalankan dlm program tersebut.


YB Syed Hamid sedang berceramah dlm program bersama Naib Presiden yg diadakan di Kampung Paya Jauh. Turut menyampaikan ucapan pada mlm tersebut Hj Jusoh Darus sebelum Penceramah utama Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.



Kemalangan ngeri yg berlaku berhampiran jambatan Temerloh ini meragut nyawa pemandu Radicare yg baru sahaja keluar dari Hospital temerloh.



Sunday, October 11, 2009

Sambutan Aidilfitri PAS Temerloh

Open House Pas Kawasan Temerloh telah diadakan semalam di Lorong Reformasi yg terletak di belakang CIMB Bank temerloh.Sambutan yg sangat menggalakan daripada orang ramai termasuk dari Non Muslim.Ribuan menyerbu tapak program sejak awal pagi lagi utk sama2 menyertai sambutan Aidilfitri ini.
Walaupun tapak asal sambutan ini telah diubah,namun sambutan yg agak luar biasa ini menandakan Pas sudah diterima oleh semua sesuai dgn sloganya "PAS FOR ALL"
Hampir semua pimpinan Pas Kawasan termasuk Dewan2 hadir kecuali mereka yg pergi ke PRK Bagan Pinang.

Turut hadir memeriahkan sambutan ini ialah Ketua PKR Temerloh, Nizam Hamid.Juga bekas YB Kuala Semantan sessi lepas, Haji Hamdan.Tidak ketinggalan pimpinan DAP Temerloh dan Mentakab.
YDP Pas Kawasan, Ustaz Abd Rahim menyampaikan Duit Raya kpd kanak2.Sebenarnya anak2lah yg menjadikan suasana Aidilfitri ini lebih meriah. Oleh itu jangan lupakan mereka.

Turut hadir ke majlis ini, Dato` Shakar Shamsudin, yg disambut oleh ADUN Kuala Semantan, YB Syed Hamid.


Friday, October 02, 2009

CERAMAH & SOLAT HAJAT PRK B.PINANG

Ceramah dan Solat Hajat Utk Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Tarikh ; 8 Okt 2009
Hari ; Khamis
Masa ; Selepas solat Isya`
Penceramah ; 1) Ustaz dari Negeri Sembilan
2) Ustaz Junaidi Ishak ( S/U Dewan Pemuda Pas Pahang )
Tempat ; Balai Islam Kg Paya Kechik, Temerloh.
Semua dijemput Hadir

JAMUAN AIDILFITRI PAS TEMERLOH

TARIKH :10/10/09 ( SABTU )
MASA : 11 AM - 3 PM
TEMPAT : BERHAMPIRAN LHDN
"Persembahan istimewa dari Kumpulan Nasyid Huffaz"

SEMUA DI JEMPUT HADIR