Monday, May 25, 2009

Program disana sini

Program ziarah YB Kuala Semantan.Beliau yg baru keluar dari IJN setelah menjalani Pembedahan jantung kelihatan sihat dan begitu bersemangat utk meneruskan kerja2 sebagai YB
Ustaz Tuan Ibrahim merasmikan Sukan Pasti Pahang di Kompleks Sukan Jengka.

Pasukan bolasepak Pasti Temerloh bergambar kenangan bersama Pasti Rompin sebelum perlawanan


Adik Yusri dari Pasti Temerloh berjaya menjaringkan gol dlm penentuan tempat ke 3




Forum bersama 4 Peguam yg diadakan di Markas MTD Dong.




Program sambutan Majlis kesyukuran,hari Ibu dan hari Guru peringkat Pasti Az-Zahra`











AWAS! BERHATI-HATI DENGAN LELAKI INI!


AWAS.., kumpulan penyembur asap profesional. Modos operandi lelaki ini.. datang kerumah mangsa dan menyembur asap kononya untuk membasmi nyamuk / selsema babi secara paksa (datang sembur asap dikawasan rumah tanpa kebenaran) kemudian minta wang RM30.00.

Kumpulan ini terdiri daripada dua lelaki Melayu menaiki sebuah Van Ford berwarna coklat NO pendaftaran WCA 8570. JIka ternampak lelaki ini datang kerumah anda jangan benarkan dia menyembur asap. Lelaki ini mendakwa mendapat kontrak dari kerajaan untuk menyembur asap dirumah mangsa terutama penduduk kampung kawasan pedalaman.

Sunday, May 24, 2009

PR Lancar Mogok Lapar di Perak


Mogok lapar adalah satu pernyataan protes oleh rakyat terhadap sesuatu ketidak adilan, kezaliman dan penindasan ke atas mereka. Di Barat, mogok lapar sanggup dibuat sehingga kebuluran. Dan mogok lapar yang dianjurkan akan diberi perhatian serta publisiti oleh media, dan ia cukup berkesan kepada pihak kerajaan atau majikan yang menindas rakyat.

Mogok lapar biasanya diadakan sebagai jalan penyelasaian terakhir setelah berbagai usaha sebelumnya dibuat termasuklah proses undang-undang.

Mogok lapar yang kadang-kadang turut dianjurkan di negara ini tidaklah sehingga kebuluran, mereka masih boleh minum. Dianjurkan pula dua tiga hari sahaja. Samada tuntutan dipenuhi atau tidak, mogok lapar akan berakhir selepas tempoh yang dianjurkan.

Orang Islam boleh menganjurkan Puasa Sunat dan Solat Hajat sebagai ganti mogok lapar. Puasa Sunat dan Solat Hajat yang dianjurkan mestilah dengan niat untuk mohon pertolongan Allah supaya perjuangan kita diberi kemenangan. Ia juga sebagai satu pernyataan protes kita melalui pengaduan kita kepada Allah swt di samping usaha-usaha lain yang telah dibuat sebelum ini.

Jadi tidak ada salahnya mogok lapar dianjurkan, pelaku-pelakunya pula orang-orang bukan Islam sebagai tanda protes terhadap kezaliman yang berlaku. Orang Islam yang terdiri dari ahli PAS dan PKR pula berpuasa sunat dan Solat Hajat sebagai satu proses mohon pertolongan daripada Allah swt supaya perjuangan kita diberi kemenangan. Puasa Sunat dan Solat Hajat boleh dilaksanakan setiap masa, cuma sebagai satu pelancaran, bolehlah diisytiharkan supaya boleh dikerjakan secara serentak di seluruh Perak atau negara.

Allah swt yang menganjurkan kaedah ini sebagaimana firmannya yang bermaksud "Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat". Antara hikmah puasa adalah sabar. Dengan berpuasa, kita boleh bersabar berhadapan dengan kemelut ini, bersabar melalui puasa merupakan satu jalan mendekatkan diri kepada Allah swt, doa akan mudah dimakbulkan oleh Allah swt, begitu juga solat.


7 Perkara Pelik : Saidina Usman Ibn Affan



7 Perkara Yang Menghairankan :-

1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya. (Usman Ibn Affan )

Thursday, May 21, 2009

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob kembali ke Rahmatullah


Al Fatihah................
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai, Haji Ismail bin Yaacob, 60 meninggal dunia selepas subuh sebentar tadi.

Haji Ismail dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya (penyakit gaot) sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Paksu Wel antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim, Tetapi tewas kepada calon BN.

TERKINI : Keputusan jam 3.30 petang esok !!


Hakim baru mengumumkan sebentar tadi kewputusan penghakiman akan diumumkan pada jam 3.30 petang esok. Keputusan yang dinanti-nanti itu nampaknya akan berlaku pada hari Jumaat.

Pengumuman itu menyusul setelah kedua-dua pihak dan termasuklah peguam pencelah Ghani Patail mengemukan hujahnya masing-masing dalam prosiding pembicaraan.

Perbicaran telah dimulakan sejak pagi tadi diMahkamah Rayuan Putrajaya. Dato' Seri Hj Nizar hadir bersama isteri, turut hadir YB Zainuddin EXCO Kerajaan PR negeri Perak dan isteri. Sebelah pagi tadi peguam Zambry telah selesai berhujjah, diikuti Peguam Negara yang turut mencelah. Hujah mereka tidak ada yang baru, sama sebagaimana yang dihujjahkan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah ditangguhkan atas permintaan Peguam Hj Nizar buat seketika bagi membolehkan semua yang beragama Islam Solat Zohor. Perbicaraan petang disambung oleh peguam DS. Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah dengan hujjah-hujjah yang penuh keyakinan.

Berdoalah mudah-mudahan kemenangan di pihak Hj Nizar dan rakyat.

Wednesday, May 20, 2009

DEBARAN HARI ESOK ...


Esok, Khamis, 21 Mei 2009 Pendengaran kes Mohamad Nizar di Mahkamah Rayuan di Putrajaya bagi mengenepikan permohonan menangguhkan perlaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengistiharkan Nizar Menteri Besar yang sah.

Semalam, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel 5 hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya untuk mengenepikan perintah itu. Menurutnya, alasannya kerana ia melibatkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan.

Pada 11 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim mengistiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majority Ahli Dewan Undangan Negeri.

Berikut keputusan itu, keesokan harinya pada 12 Mei, Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan menangguhkan perlaksanaan pengistiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali.

Dato’ Seri Nizar yang ditemui wartawan semalam berkata beliau tetap meneruskan kerja sebagai Menteri Besar sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lalu. Ini kerana atas inisiatif dan tanggungjawap kepada rakyat untuk melihat dan mengetahui serta menyelesaikan segala masalah yang timbul di kalangan mereka.

“Jika Mahkamah memutuskan keputusan (dari mahkamah Tinggi) tidak menyembelahinya, saya akur keputusan berkenaan dan pemimpin Pakatan Rakyat berharap Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Barisan Nasional dapat memahami kehendak Rakyat bubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Tuesday, May 19, 2009

PILIHANRAYA PERAK : SILA BERSEDIA








TEMERLOH -
Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengarahkan Petugas PAS di negeri ini bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dun Perak yang berkemungkinan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.


Arahan diberikan Tuan Ibrahim dalam program penerangan PAS Temerloh, di Markas PAS Cempaka, dekat sini, baru-baru ini.


Tuan Ibrahim amat bimbang dengan situasi yang berlaku di Perak yang memerlukan semua pihak dalam parti bersiap sedia untuk diarahkan pada bila-bila masa.


"Petugas PAS perlu bersedia untuk diarahkan pada bila-bila masa. Pilihanraya kecil Dun Perak kali ini jika ada adalah pilihan raya kecil berbeza dari sebelumnya kerana ia dijangka melibatkan pembubaran DUN Perak.


"Keperluan persiapan petugas lebih besar dari sebelumnya. Saya harapkan setiap ahli melakukan pengorbanan yang termampu. Bila masa untuk kita diminta bertugas kita segera berangkat,"katanya.

PAS BAKAL MEMPUNYAI KOMPLEKS MODEN DAN CANGGIH


KUALA LUMPUR : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal dekat sini, baru-baru ini.

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya suatu masa nanti.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

“Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini,” kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.
(misabah.blogspot)

Monday, May 18, 2009

YB SYED HAMID SEMAKIN SIHAT


Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Muhamad 57, selesai menjalani pembedahan jatung di Institut Jantung Negara, 14 Mei lalu.

Pagi tadi sewaktu dihubungi oleh Blogger PAS Temerloh, Adun Kuala Semantan tersebut mengesahkan pembedahan ‘pintasan jantung’ beberapa hari yang lalu selamat dan kini sedang berehat di Wad Tanjung IJN, Kuala Lumpur. Beliau tidak menolak kemungkinan akan segera keluar dalam tempoh terdekat ini.

Pesan YB ; “Kirim salam kepada semua petugas dan ahli PAS dan Pakatan Rakyat, saya semakin sihat cuma masih batuk. PAS Temerloh kena bersedia menghantar petugas dalam pilihanraya di negeri Perak nanti,” katanya.

Syed Hamid adalah salah seorang daripada dua calon PAS yang berjaya dalam pilihan raya umum 2008 lalu, seorang lagi ialah Syed Muhamad Tuan Lonik yang memang kerusi Dun Beserah, Kuantan.

PRK DUN PENANTI : UMNO TIDAK MAHU DIMALUKAN SEKALI LAGI


Najib boleh cakap apa sahaja alasan untuk tidak bertanding. Rakyat tetap percaya, UMNO BN tidak berani bertanding kerana tidak mahu dimalukan sekali lagi. Alasan pembaziran tidak boleh diterima. Siapa yang membazir duit rakyat kalau bukan BN. BN boleh bertanding macam PR bertanding.

Perbelanjaan yang BN keluar sama juga macam PR keluar, deposit calon dan poster, perbelanjaan sepanjang tempoh kempen. Jangan rasuah pengundi dengan duit, jangan buat projek mee segera yang menelan belanja berjuta-juta, polis tidak perlu kerah seluruh anggota sehingga berbelas juta hangus untuk perbelanjaan polis, FRU, SB dan sebagainya.

Jangan upah petugas dengan bayaran tinggi, jangan upah samseng, jangan beli pengundi, jangan buat jamuan makan besar-besar, jangan libatkan jentera kerajaan, agensi kerajaan dan sebagainya untuk menganjurkan program sempena pilihanraya, jangan luluskan apa sahaja projek atau peruntukan sepanjang kempen.

Insya Allah kalau UMNO BN tidak buat semua itu, perbelanjaan pilihanraya tidak membazir. Biar SPR sahaja yang boleh guna peruntukkan untuk pilihanraya, cetak kertas undi, perbelanjaan pegawai dan petugas-petugas SPR sahaja.

UMNO tidak akan berbuat demikian, pasti kalah lagi teruk, berbuat demikian pun kalah juga di Permatang Pauh, Kuala Terenggganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Pengalaman PAS bertanding dalam pilihanraya peringkat DUN paling tinggi pun tak sampai mencecah RM 100 ribu. Jadi, yang membazir adalah UMNO BN. Duit kerajaan diguna untuk kepentingan UMNO BN. Pilihanraya kecil yang lain sekalipun sebab kematian atau sebab hilang kelayakan sebagai ADUN seperti bangkrap dan disabitkan kesalahan jenayah, UMNO BN tetap akan membazirkan wang rakyat juga.

Kesimpulannya UMNO BN tidak letak calon sebab tidak mahu sekali lagi dimalukan oleh rakyat dan Pakatan Rakyat. Kali ini giliran UMNO BN akan kalah berterusan dalam pilihanraya kecil sehinggalah ke pilihanraya umum. Itu sebab UMNO BN begitu takut kalau DUN Perak dibubarkan.

Saturday, May 16, 2009

TG PRESIDEN PAS DI BERA




















Presiden Pas,Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menyampaikan ceramah umum di Markas Pas Darul Ikhwan, Mengkarak.Antara perkara yg disentuh ialah keadilan islam kpd semua rakyat.Beliau juga mengupas isu2 semasa yg berlaku di Perak.Turut menyampaikan ceramah ialah Ustaz Mokhtar Senik yg mewakili BPPNP,Sdr Mazlan Aliman selaku Presiden ANAK dan wakil PKR,Sdr Nizam Hamid.Turut hadir dipentas ialah YB Leong Ngah ngah,Aki Nik,Cikgu Majid dll.Majlis yg dipengerusikan oleh Timbalan YDP Bera,Sdr Musanif.
Program yg sepatutnya diadakan diFelda Rentam terpaksa dipindahkan kesini kerana Polis enggan memberi permit.



Tetamu tehormat menyaksikan tayangan Multimedia BPPNP sempena Bulan Infak.





Slide besar terpaksa dipasang utk keselesaan ribuan hadirin

Tuesday, May 12, 2009

PERAK : SUHAKAM SURUH SERAH KEPADA RAKYAT


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Osman.

Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Artikel 21 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kesungguhan seseorang hendaklah menjadi asas kuasa kerajaan.

"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar, insiden pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei dan keputusan Mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat," kata beliau.

"Tindakan Mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak," kata Abu Talib.

(Tan Sri Abu Talib Osman tu bekas Peguam Negara dan dia bukan orang PAS, DAP, atau PKR. dia pernah jadi orang penting suatu ketika dulu, peranan nya sangat besar ketika kes Dato Harun Idris, namun beliau pun menyarankan supaya serahkan kepada rakyat untuk menyelesaikan kemelut di Perak.

KENAPA PEMIMPIN UMNO JADI KEPALA BATU? TIDAK MENGHIRAUKAN KEPENTINGAN RAKYAT MAJORITI DAN TIDAK DEMOKRATIK. AKU RASA SEBAB AGENSI PENTING (POLIS, SPR, SPRM,PEGUAM NEGARA, KETUA HAKIM NEGARA) SANGGUP JADI BARUA DEPA. INSAFLAH WAHAI ORANG2 BERKENAAN, BANYAK MANA PUN HARTA DIKUMPUL, MAKANAN ENAK KETIKA MELALUI LIDAH SAHAJA (FAHAM KE?) DAN MATI HARTA DITINGGALKAN.)

MB HARAM BERJAYA TANGGUHKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI


Menteri Besar Perak yang haram Datuk Seri Dr Zamry Kadir berjaya menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengishtiharkan Datuk Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Permohonan Zamry itu dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan pagi tadi dan akan didengar secepat yang mungkin. Oleh itu, Nizar yang baru sahaja memulakan tugas sebagai Menteri Besar Perak pagi tadi terpaksa mengosongkan pejabat menteri besar.
Keadaan ini merumitkan lagi situasi politik di Perak. Zamry dalam kenyataan peguamnya tindakan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur penting bagi menghalang pembubaran DUN Perak.
Jelas sekali BN keseluruhannya amat takut untuk menghadapi pilihanraya kecil di Perak memandangkan angin perubahan rakyat yang kian ketara beralih kepada Pakatan Rakyat.

Monday, May 11, 2009

ENAM TINDAKAN SEGERA OLEH MB PERAK YANG SAH

Enam langkah segera diumumkan oleh YAB DS Nizar Jamaludin sebaik sahaja Mahkamah Tinggi memutuskan yang beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Tindakan itu adalah :

1. Memecat Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta.

2. Pihaknya akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan dan meminta restu baginda.

3. Semua keputusan yang dibuat oleh Zambry sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Besar secara tidak sah akan dikaji semula dan tidak dianggap tidak sah sehingga notis seterusnya diberitahu kelak kecuali keputusan berhubung mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu.

4. Meminta Zambry dan Exco-exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

5. Mesyuarat Exco akan diadakan dengan segera

6. Pihaknya tetap berpegang bahawa DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009

(Ini baru anak jantan... menang belum pasti, kalah belum tahu. Yang pasti, kuasa akan diserah kepada rakyat. Mahukan BeNd atau PR. Nasib baik Nizar jadi MB, kalau kome ler, dok tahu ler nasib puok-puok ni. tanggalkan baju, ikat kat pokok jambu, letak pulok kerengga. hahahhaa)

Mahkamah : Arah Zambry kosongkan pejabat dengan segera.


Mahkamah memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

TAKBIR! SUJUD SYUKUR ATAS KEMENANGAN!


Seluruh umat Islam penyokong Pakatan Rakyat di seru Sujud Syukur di atas kemenangan Hj Nizar sebagai MB yang sah. Sujud Syukur sebagai pernyataan syukur kepada Allah swt yang sekali lagi menganugerahkan kemenangan setelah kemenangan pertama di Bukit gantang. Ahli PAS jangan sombong dan angkuh di atas kemenangan. Kita ditarbiyyah supaya meraikan kemenangan dengan bertasbih, bertakbir, bertahmid dan beristighfar kepada Allah swt. ALLAH SENTIASA DI PIHAK YANG BENAR, SABAR DAN SOLAT.

TAKBIR ! TAKBIR ! TAKBIR !

Monday, May 04, 2009

JAWATAN : Antara REBUTAN di dunia dan BEBANAN di akhirat.

Renunglah amanat pemimpin yang kita sayangi Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang.

Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu nabi menyatakan

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan akan dukacita dan menyesal ; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya".

Hadis ini seharusnya menjadi dasar pegangan setiap kita agar tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan, kerana beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti.

Muawiyah bin Abu Sufyan disaat kematiannya menungkapkan kata-kata masyhur

‘Alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan’.

Rasulullah juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya

jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’.

AlHamdulillah, semangat keimanan tersebut telah tersemat kukuh dalam jamaah kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut. Tetapi kita juga sedar dengan apa yang diucapkan oleh Presiden, menerima jawatan dalam jamaah adalah perlumbaan untuk membuat kebaikan dan memperjuangkan Islam.

Kita rasa seronok bilamana kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada jamaah, walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Betapa ramainya golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini sanggup korbankan harta, masa dan tenaga untuk kemenangan Islam, walau mereka tidak memegang apa-apa jawatan dan jauh dari dipilih sebagai calon dalam pilihanraya.

Jamaah kita didokongi oleh ahli yang ikhlas, kepimpinan yang wibawa dan kemantapan jamaah yang hebat. Kita sedar musuh amat cemburu dengan muafakat jamaah yang kita ada. Mereka cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita, kerana itu kita harus sedar agar tidak jadi jurucakap bagi pihak musuh.

Dalam kebimbangan dan ketakutan untuk menerima amanah ini, kita juga diberi amaran oleh Rasulullah antara lain Baginda mengingatkan sesiapa yang ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga maslahah mereka, lalu dia melarikan diri (enggan menerima) maka aku tak ingin berjumpa dengannya nanti di padang mahsyar. (Nauzubillah).

Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara takut dan harap. Takut Rasulullah murka, dan harap Allah bantu dengan amanah ini.
Oleh itu menjadi tanggungjawab perwakilan yang menerima amanah ahli bawahan meneliti dengan keilmuan, menolak sentimen dan emosi, meletakkan kepentingan jamaah di hadapan agar membuat pilihan yang sebaik-baiknya bagi menerajui kepimpinan jamaah kita.

Namun kemungkinan pilihan kita bertepatan dengan pilihan ramai, lalu yang kita cadang menerima amanah; atau mungkin juga berlaku sebaliknya. Kita harus sedar, setelah diputus oleh jamaah maka kita mesti wala’ kepada kepimpinan yang dipilih. Perlantikan sebagai pimpinan menuntut kita taat dan wala’ kepadanya ‘ walaupun dari hamba berkulit hitam, berbangsa Habashi sekalipun’. Ini lebih penting dari pemilihan, kerana soal pemilihan boleh selesai dalam sehari, tetapi soal wala’ akan berpanjangan sehingga muktamar akan datang.

Kepada yang terpilih menerajui kepimpinan kawasan, dewan dan akan terpilih dalam muktamar pusat, ingatlah akan doa saidina Umar Al-Khattab

Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”.

Ingatlah kita sebenarnya belum diuji oleh Allah dengan kemenangan besar yang menanti kita- Semoga Allah tidak menguji kita sebagaimana Allah menguji umat sebelum kita, Wassalam.

Mau'izah untuk ana dan para sahabat;

Tuan Ibrahim Tuan Man,
Temerloh - 30hb Mei

c/p : najwasuhaimi.blogspot.com

Sunday, May 03, 2009

KEJOHANAN BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI PERINGKAT KAWASAN TEMERLOH

Hari ini berlangsung Kejohanan Bolasepak dan Bolajaring anjuran PASTI Kawasan Temerloh bertempat di Taman Bukit Bendera. Program ini menerima penyertaan dari hampir kesemua PASTI dalam kawasan Temerloh termasuk Pasti Ansar dari Lanchang.

Aturcara dimulakan dengan nyanyian lagu Pasti, bacaan ikrar seterusnya majlis perasmian yg disempurnakan oleh Timb. YDP PAS Kawasan, Hj Jusoh Darus.

Pertandingan kali ini diadakan secara liga berbanding secara kalah mati pada tahun lepas, kerana jumlah padang yg mencukupi. Walaupun cuaca agak panas,semangat anak2 pasti harus dipuji kerana semangat mereka dibakar oleh ibubapa dan guru2 yg turut hadir.

Acara untuk anak-anak tahun 1,2 dan 3, acara untuk kaum ibu danbapa ternyata mendapat sambutan yg menggalakan dari hadirin.

Buat Tahun 2009, Johan bolasepak diungguli oleh Pasti Az-Zahra`, sementara Johan bolajaring pula dimenangi Pasti Aqliah.

Tahniah utk semua para pemenang. Yang kalah tidak bererti tewas selamanya, apa yg penting semangat kesukanan mestilah dipupuk kerana bersukan dgn betul adalah dari ajaran Islam itu sendiri. Tahniah juga kepada penganjur dan petugas yg berjaya memastikan sukan ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

Tuan Hj.Jusoh Darus merasmikan sukan Pasti kawasan Temerloh
Johan Bolasepak, Pasti Az-Zahra` dari Tmn Temerloh Jaya sedang meraikan kemenangan menewaskan Pasti Ummu Khalidah dari Tmn Temerloh Makmur.

Sdr Hasanudin Salim sedang menyampaikan hadiah kepada Johan Bolajaring, Pasti Aqliah dari Paya Pulai


Bacaan Ikrar dari Pasti Al-Haq Taman Bukit Bendera



Acara Bapa mendapat sambutan menggalakkan. Jaringan Emas.





Kaum Ibu juga mempunyai acara khas iaitu Balingan Emas.