Monday, February 03, 2014

PENGAJIAN HADIS SIRI 2






Pengajian Hadis :Siri 2 .
Sambungan Hadis pertama .
Nikmat yang kedua ialah kelapangan : Waktu lapang  tidak sibuk dengan berbagai –bagai kebimbangan dan pekerjaan -  fikiran aman dan tenteram tanpa menghadapi kesulitan hidup inilah masa yang dianggap sebesar –besar nikmat Allah .Maka wajarlah  bagi manusia yang bijak merebut peluang keenmasan ini untuk beramal soleh.
Waktu kelapangan ini adalah berhubung rapat  dengan kesenangan dan kekayaan hidup yang boleh menimbulkan aman tenteram mengenai diri dan harta.Demikian pula suasana keadaan jiwa  yang tenang adalah juga termasuk kedalam nikmat kelapangan, yang bererti jiwanya aman dan tenteram tidak keluhkesah oleh kerana ia mempunyai pekerjaan yang tetap dan keyakinan yang penuh kepada masyarakat di sekelilingnya bahawa ia tidak kehilangan hak-haknya ketika itu barulah ketenangan akan meresapi perasaannya .
Dalam keadaan tersebut kedapatan banyak manusia tidak menggunakan dengan sewajarnya bagi kepentingan yang sebenar untuk dunia dan akhirat . Mereka pandai menghilangkan masa  dan membuang peluang baik dengan bermacam-macam aneka perkara yang sia –sia seperti duduk di kedai – kedai kopi,ditengah-tengah jalan, dengan mengukur jalan kehulu dan kehilir yang tidak mendatang sebarang faedah, mereka menghilangkan masa yang berguna .
Menakala bersua dengan kegagalan lalu mereka menyalahkan untug nasib atau dengan  mudah menyatakan Masa tidak mengizinkan dan tidak bernasib baik dan lain –lain lagi .
Contoh –contoh yang diberi itu adalah gambaran orang –orang yang dikurniakan Allah nikmat kelapangan dan kerihatan, diberi peluang tetapi mereka tidak merebutnya, dengan itu mereka telah menipu dirinya sendiri atau merugikan hidup, tersalah pilih , menukarkan benda mahal bernilai lalu mengambil yang murah dan tak bernilai.
Pengajaran hadis :
1.Badan yang sihat sebesar –besar nikmat Allah kepada kita kerana  dengannya menyedarkan kesedaran terhadap nilai tenaga dan kecergasan supaya digunakan dengan wajar bagi faedah diri sendiri dan masyarakat ramai sehingga tiap –tiap kita  menjadi anggota masyarakat yang cergas dan berguna bukan menjadi beban juga dapat menempatkan kita ke tempat kedudukan yang mulia dan terhormat .
2.Waktu lapang  ialah peluang yang baik  untuk kemajuan dan kejayaan hidup ,mereka yang tahu  menilai hidup adalah sentiasa menguasai masa kelapangan , bersungguh  berkerja beramal kebajikan untuk   menjamin  kebahgiaan hidupnya dunia dan akhirat .
3.Bersyukur ialah menggunakan sesuatu nikmat dengan sepatutnya sesuainya dengan maksudnya,sihat ialah tenaga  untuk berkerja jangan di sia –siakan, masa kelapangan peluang membuat sesuatu .maka wajiblah bagi orang yang berakal waras menggunakannya dalam perkara –perkara yang memberi faedah kepada dirinya dan masyarakat .Mereka bersyukur adalah bersyukur  bagi dirinya dan sebaliknya kufur nikmat adalah kerugian baginya , Firman Allah SWT dalam surah al –Naml ayat 40 :
(
dan (sebenarnya) sesiapa Yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".
4.Penyakit yang amat bahaya bagi manusia ialah kelalaian , berangan –angan , menipu diri sendiri, lalu membuat perhitungan dalam tiap –tiap  detik hidup .Dengan itulah hadis ini mengingatkan orang – orang Islam akan erti jihad di dalam Islam , jihad hawa nafsu supaya selalu berkerja demi kepentingan faedah hidup di dunia dan akhirat .