Thursday, April 30, 2009

GOTONG ROYONG BERSAMA YB KUALA SEMANTAN




Pagi tadi berlangsung satu gotong royong membina rumah saudara Abot di kg Paya Luas.Rumah beliau dibina kembali setelah terlibat dlm kebakaran pada bulan Januari yg lalu.Sedikit sumbangan dari Tabung Kemiskinan Harakah disampaikan oleh YB Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad.Gotong royong membina tapak itu turut disertai oleh ahli Pas cawangan Kg Paya Luas,penduduk Kg serta AJK Dewan Pemuda Pas Temerloh.Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan penderitaan saudara kita ini.Moga Allah memberi ganjaran kepada usaha kita bersama ini.Amiiin.


CERAMAH UMUM

TARIKH :1 MEI 2009 (JUMAAT)
TEMPAT : DARUL AMIN,SG GAU
MASA : 9 MALAM
PENCERAMAH : USTAZ MISBAHUL MUNIR MASDUKI (S/U DUN PERAK)
: USTAZAH NURIDAH SALLEH (KETUA MUSLIMAT PUSAT)

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR

Monday, April 27, 2009

BAHAYA FITNAH







Saya terbaca tazkirah ini pada laman web Belia Islam, dan merasakan ia cukup relevan;


"Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.


Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.


"Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.


Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.


Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.


Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.


Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil.


Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.


Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.


Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.


Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.


Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)


Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12).


Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.


Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu.


Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS.


Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.

Saturday, April 25, 2009

PERTEMUAN DEWAN HARIAN PAS TEMERLOH DAN DEWAN-DEWAN



Malam tadi berlangsung satu pertemuan pertama antara Dewan Harian Pas Kawasan Temerloh dengan Dewan-dewan, iaitu Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Pertemuan ramah mesra ini dipengerusikan oleh Setiausaha Pas Kawasan iaitu Sdr Hasanudin Salim. Semua Ketua-ketua Dewan hadir bersama AJK yang lain.

Majlis berlangsung bermula dengan sesi taaruf kerana kedapatan muka-muka baru dalam kepimpinan PAS Temerloh kali ini.

Tumpuan lebih tertumpu kepada ucapan semua ketua dewan mengenai perancangan dan strategi serta program yang akan dilaksanakan.

Saranan dari Ustaz Najmi selaku setiausaha Urusan Ulama agar pertemuan ini ditaqwimkan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Sementara Ketuanya, Ustaz Ariffin Abdullah membentangkan taqwim dewan yg telah dirancang dalam masa terdekat.

Sementara Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Jauhari Ishak menjelaskan fungsi dan peranan yg berbeza antara dewan-dewan tapi ada ketikanya perbezaan tersebut perlu dilupakan sementara dalam keadaan2 tertentu.

Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Salmi Mohd mengumumkan program terdekat iaitu ceramah Ust Misbah di Darul Amin Sg Gau pada 1 Mei ini.

Timb. YDP Kawasan, Haji Jusoh Darus membaca perlembagaan Pas berhubung dgn fungsi Dewan2 yg perlu dititikberatkan bersama.

Diakhir majlis, YDP Kawasan, Ustaz Abd Rahim menggulung pertemuan dan mengupas isu-isu yang dibangkitkan dan berharap pertemuan yang penuh dengan mahabbah ini akan berterusan dan menjadi titik tolak kepada perkembangan yang positif kepada Pas Kawasan Temerloh.

Friday, April 24, 2009

Doktor Temui Pokok Dalam Paru-paru



IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut?

Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.

Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.

"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain.

"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.

Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.

"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.

Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.

Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya.

Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.

Friday, April 17, 2009

Sidang DUN Perak 7 Mei : Keselamatan Speaker Perak diragui?


Setelah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang memeranjatkan kelmarin yang mengatakan bahawa tindakan Speaker adalah terbatal tidak sah kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk mengantung Zambry selama 18 bulan manakala enam exconya digantung selama setahun.

Dari keputusan itu Zambry dan enam exco terbabit boleh menghadiri sidang DUN yang akan datang. Namun begitu perlu diingatkan tidak mustahil akan adanya keputusan-keputusan baru yang boleh menghalang Speaker bertindak kepada ahli-ahli Dewan yang difikir melanggar peraturan Dewan.

Sebenarnya saya sangat merasa bimbang dengan keselamatan Speaker sejak awal krisis berlaku. Apabila saya membuat satu laporan Polis di Ipoh pada bulan Februari lalu, saya mengatakan dalam laporan saya bahawa saya bimbang dengan keselamatan Speaker kerana pernah berlaku di Kelantan satu masa dulu Speaker telah diculik.

Kemuncak kebimbangannya setelah saya menerima panggilan talifon dari pejabat Setiausaha Dewan Perak pagi ini yang memaklumkan untuk menghantar surat panggilan sidang Dun pada 7 Mei nanti. Sudah sahlah sidang akan berlaku juga. Tetapi yang paling ajaibnya ialah Speaker DUN dari Pakatan Rakyat, V. Sivakumar masih berada ditempatnya serta segala keistemewaan yang cuba dipertikaikan oleh mahkamah.

Tetapi kita mesi ingat bahawa yang boleh dipertikai termasuk di mahkamah kelmarin mungkin 2 dari sepuluh kuasa beliau. Jadi Speaker masih ada 8 lagi kuasa mutlak yang tidak boleh diganggu gugat.Kerana itu saya merasakan kalau sebelum ini Speker telah diawasi 100 pratus. Sesudah berita sahnya akan berlaku sidang DUN 7 Mei nanti, semestinya Speaker mesti diawasi 1000 pratus.

= YB Idham Lim Abdullah

Wednesday, April 15, 2009

RM 45,786 wang rakyat diguna untuk 'puji' Rosmah?


KUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh) - Demi memuji dan 'memuja' isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Kerajaan Negeri Sembilan didakwa membelanja sejumlah RM45,786.00 membeli iklan di sebuah akhbar arus perdana. Iklansatu muka itu telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk 'memuja' Rosmah yang sudi melawat daerah Rembau.Ketika ramai pihak sedang memberikan tumpuan ke Bukit Selambau, Batang Ai dan Bukit Gantang pada 7 April lalu, Rosmah telah melawat Pusat Anak Permata Negara di Chembong, Rembau. Menurut sumber akhbar itu harga iklan untuk memuja Rosmah itu sahaja sudah berharga RM45,786.00Demikian didedahkan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya yang mengecam Kerajaan Negeri Sembilan kerana membazirkan sebegitu besar jumlah wang rakyat hanya untuk memuja dan mengambil hati isteri seorang Perdana Menteri ."....bagaimana dengan iklan di akhbar lain?"Itu tidak termasuk berapa perbelanjaan banner sambutan, bendera (termasuk kos pemasangan) dan lain persiapan yang dibazirkan," katanya yang juga dikenali sebagai 'Chegubard'.Sementara itu beliau juga turut menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Menteri Besar yang sama pernah dilaporkan dalam Laporan Audit Negara bahawa pernah melakukan penyelewengan dengan menggunakan wang untuk rakyat miskin dan peruntukan lain untuk mengubah suai dapur rumahnya dan membuat 'banner' ucapan dan sambutan. Harakahdaily.

Tuesday, April 14, 2009

ADAB MENEGUR PIMPINAN


KEWUJUDAN kepemimpinan yang stabil bagi sesebuah negara dilihat sebagai satu aspek penting dalam Islam. Tanpa kepemimpinan yang positif dan ikhlas berjuang, kepentingan rakyat tidak akan mampu ditadbir dengan baik. Apabila masyarakat dibiarkan tanpa pemimpin nescaya keadaan akan menjadi huru-hara di mana golongan kuat menindas yang lemah.
Tanpa pemimpin, undang-undang rimba akan ditegakkan dan kezaliman bermaharajalela. Justeru, urusan kepemimpinan adalah antara satu dasar utama dalam Islam.
Firman Allah yang bermaksud: "Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal salih daripada kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemimpin di bumi, seperti Dia menjadikan orang sebelum mereka khalifah yang berkuasa." (Surah al-Nur, ayat 55)
Lantaran itu, Islam meletakkan beberapa dasar penting bagaimana rakyat perlu berinteraksi dengan pemimpin yang berkuasa dalam sesebuah negara demi menjamin kestabilan politik serta kemakmuran masyarakat. Ketaatan kepada pemimpin adalah satu dasar yang pokok.
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan Ulil Amri (pemimpin) di antara kamu." (Surah al-Nisaa', ayat 59)
Namun, Islam hanya menetapkan kewajipan untuk mendengar dan taat kepada pemimpin selagi mana pemimpin itu tidak menyuruh membuat perkara berunsur maksiat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Diwajibkan mendengar dan taat (kepada pemimpin) ke atas setiap Muslim sama ada dalam hal yang dia suka atau benci selagi mana dia tidak diperintah untuk melakukan maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat maka tidak wajib untuk mendengar dan tidak wajib taat." (Hadis riwayat Bukhari)
Jika pemimpin memerintahkan untuk melakukan perbuatan bertentangan syarak, yang diingkari hanyalah perbuatan itu akan tetapi kesetiaan kepada pemimpin tetap perlu diteruskan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ketahuilah! Sesiapa yang dipimpin oleh seorang pemimpin lalu dia melihat sesuatu kemaksiatan kepada Allah (yang dilakukan oleh pemimpin itu), maka bencilah kemaksiatan kepada Allah itu. Akan tetapi jangan menarik ketaatannya (kepada pemimpin itu)." (Hadis riwayat Muslim)
Jika pemimpin melakukan kesalahan maka hendaklah mereka dinasihati dengan cara baik berbekalkan niat untuk membawa kebaikan kepada masyarakat keseluruhannya tanpa ada motif lain.
Dalam Musnad Ahmad diriwayatkan Rasulullah SAW menyenaraikan tiga perkara yang Allah reda untuk diamalkan bagi hamba-Nya yang mana salah satu darinya adalah: "Kalian menasihati orang yang Allah angkat menjadi pemimpin atas urusan kalian."
Menasihati atau menegur pemimpin tidak boleh dilakukan secara terbuka, dengan kata berbentuk cacian dan menghina atau tujuan menanam perasaan benci di kalangan masyarakat terhadap pemimpin itu. Hendaklah kita sedari pemimpin adalah manusia biasa yang ada kalanya melakukan kesilapan dalam menguruskan urusan pentadbiran.
Namun, jika pemimpin melakukan kesilapan ia bukan bererti kita dibenarkan untuk mencela secara terbuka tetapi hendaklah menasihatinya dan memperjelaskan kesalahannya dengan cara penuh hikmah.
Rasulullah SAW menunjukkan contoh cara menasihati pemimpin melalui sabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin itu dan ajaklah (nasihatilah) dia secara tersembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat itu) maka itulah yang diharapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) sudah melaksanakan tanggungjawabnya." (Hadis riwayat Ahmad)
Menerusi prinsip ini, bukan bermakna umat Islam hanya membisu apabila kemaksiatan atau kezaliman seperti rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa berlaku dengan alasan ia berpunca daripada pihak pemimpin. Maksiat serta kezaliman tetap perlu diingkari dan diperjelaskan secara umum kepada masyarakat bahawa perkara itu bertentangan syarak dan terlarang.
Pemimpin yang ingkar terhadap maksiat sudah diberitahu Rasulullah SAW menerusi bimbingan wahyu Ilahi dan Baginda menyuruh umat Islam untuk taat kepada pemimpin itu selagi mana dia adalah seorang Muslim dan tidak wujud tanda jelas bahawa dia kafir daripada agama Islam.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Akan ada sepeninggalanku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kejelekannya), maka barang siapa mengingkarinya (bererti) dia sudah berlepas diri, dan barang siapa membencinya (bererti) dia sudah selamat, akan tetapi barang siapa yang meredainya (akan) mengikutinya. Sahabat bertanya: Apakah tidak kita perangi (saja) dengan pedang? Baginda menjawab: Jangan, selama mana mereka masih menegakkan solat di tengah-tengah kalian." (Hadis riwayat Muslim)
Demikianlah beberapa prinsip bagaimana umat Islam harus berurusan dengan pemimpin demi mencapai kestabilan politik dan kesatuan umat yang menjadi faktor penting dalam membentuk umat Islam yang kuat dan digeruni musuh. Perpecahan hanya akan melemahkan umat Islam dan menggembirakan musuh Allah

Monday, April 13, 2009

JAMUAN MAKAN MALAM AMAL PASTI AZ-ZAHRA`

Jamuan makan malam amal Pasti Az-zahra`
Tarikh : 18 April 2009 ( Sabtu )
Masa : 8.00 Malam-10.00 Malam
Tempat : Dewan Orang Ramai,Taman Temerloh Jaya.
Perasmian oleh : Prof.Madya Dr.Supyan Hussin
-Felo kanan Institut Alam & Tamadun Melayu,UKM.
-Ahli Lembaga Pengarah PASTI Pusat.
Persembahan Istimewa oleh : Ustaz Ahkwan Afendi
: Anak2 Az-Zahra`
Kupon2 boleh didapati dari -Pn Zainon ( 013-9144234)
-Ayahngah ( 019-9152527)
-Syam ( 019-9131799)
BERHIBUR SAMBIL MENDERMA UNTUK PEMBANGUNAN PASTI AZ-ZAHRA`.

Sunday, April 12, 2009

Hikmah Berjemaah


Banyak Hikmah dari sembahyang secara berjemaah sehinggakan ianya bukan hanya pahala 27 darjat yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya sembahyang berjemaah adalah menifestasi dari sebuah kerajaan, adanya pemimpin dan adanya rakyat(jemaah).

Perintah untuk mengikut pemimpin yang mengikut perintah Allah dan Rasul tergambar dalam jemaah itu. Kerana itu wajib seorang mufaraqah imam yang batal sembahyang. Imam yang diikuti selagi sah sembahyangnya. kerana itu imam adalah orang yang terbaik dikalangan jemaah yang ditolak ke depan, adakah akhlaknya, ilmu,dan bacaan. Dalam satu hadits Rasulullah bersabda :Hendaklah salah seorang daripada kamu melaungkan azan dan hendaklah orang yang paling tua dari kalangan kamu menjadi imam .


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Hai orang-orang yang beriman, ruku`lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.(Al-Mu`min: 42 )

Gambaran sembahyang jemaah sebagaimana yang digambarkan oleh Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang imam (pemimpin) itu merupakan pelindung. Dia bersama pengikutnya memerangi orang kafir dan orang zalim serta memberi perlindungan kepada orang-orang Islam. Sekiranya dia menyuruh supaya bertakwa kepada Allah dan berlaku adil maka dia akan mendapat pahala, akan tetapi sekiranya dia menyuruh selain dari yang demikian itu, pasti dia akan menerima akibatnya .

Indahnya Islam....

Friday, April 10, 2009

SAH! Nizar Dijemput Ke Istana...


Tanda-tanda bahawa Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan sebagai penyelesaian kepada krisis politik yang melanda negeri tersebut sejak awal Februari lalu nampaknya semakin nyata apabila Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah dijemput mengadap Sultan Azlan Shah 19 April depan.

Ketika dihubungi TV Antara, Datuk Seri Mohammad Nizar yang juga ahli parlimen Bukit Gantang mengesahkan beliau telah menerima jemputan dari pihak istana untuk menghadiri majlis penganugerahan bintang-bintang kebesaran pada tarikh tersebut sempena sambutan keputeraan baginda baru-baru ini.

Beliau juga berkata susulan kepada surat pertama yang dihantar kepada Sultan awal Mach lalu untuk memohon perkenan mengadap juga telah dihantar minggu lepas.

Ditanya samada beliau akan membangkitkan isu pembubaran DUN Perak pada pertemuan dengan Sultan Azlan Shah pada majlis rasmi itu kelak, Datuk Seri Mohammad Nizar berkata ia bukan suasana yang sesuai untuk membincangkan perkara tersebut.

“Saya menunggu jawapan daripada pihak istana untuk mendapatkan tarikh yang sesuai untuk mengadap Tuanku Sultan dan pada ketika itu isu pembubaran DUN akan saya persembahkan kepada baginda untuk pertimbangan sewajarnya,” kata beliau.

Perkembangan terbaru ini boleh ditafsiran sebagai indikasi bahawa Sultan Perak mahu melihat penyelesaian kemelut politik akibat daripada tindakan rampasan kuasa haram yang didalangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui Umno dan Barisan Nasional negeri yang mengheret institusi raja bagi memenuhi skim politik khianat mereka.

Ini juga berikutan kemenangan besar Pakatan Rakyat di pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang 7 April lalu yang dianggap sebagai referendum rakyat terhadap desakan supaya DUN dibubarkan bagi membuka jalan kepada pilihan raya negeri secepat mungkin.

Ia juga merupakan isyarat yang jelas kepada Istana bahawa referendum rakyat Bukit Gantang mestilah dihormati oleh semua pihak.

Datuk Seri Mohammad Nizar selaku Menteri Besar yang sah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Perak bagi memohon mengadap untuk mempersembahkan hasil keputusan persidangan tergempar DUN yang diadakan di bawah pokok 3 Mach lalu.

Sidang DUN tersebut meluluskan tiga usul iaitu sokongan terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar, membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan dan membenarkan Speaker, V. sivakumar mengambil tindakan menghina Dewan terhadap polis, Menteri Dalam Negeri (ketika itu Datuk Seri Syed Hamid Albar), Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim serta kakitangan awam yang terlibat menghalang sidang tergempar tersebut.

RASUAH dan HADIAH, Apa Bezanya ?


Rasuah dipandang jijik bahkan ramai yang menggeleng kepala kerana tidak mahu terlibat dengan rasuah itu. Tetapi kadang-kadang ramai juga umat Islam yang tidak menyedari bahawa rasuah telah berada di sisinya.

Sebenarnya rasuah dalam Islam ialah perberian sogokan kepada seseorang untuk membolehkah sesuatu tindakan atau urusan berlaku dengan mudah. Dengan pemberian itu, orang yang menerima rasuah terhutang budi dan terus meluluskannya tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya.

Jelas di sini, rasuah adalah satu kesalahan, maka sesiapa yang memberi rasuah telah melakukan satu dosa jenayah, begitu juga dengan yang menerima rasuah. Kedua-duanya berdosa dan jika tidak bertaubat, dia akan dicampakkan ke dalam neraka pada hari pembalasan nanti.

Inilah yang dimaksudkan dalam sebuah hadis seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang yang memberi rasuah dan yang menerima rasuah tempatnya di dalam neraka.”

Bagaimanapun pada hari ini orang yang menerima rasuah lebih banyak menerima nasib apabila didakwa dan dihukum. Sedangkan orang yang memberi rasuah itu senang lenang, goyang kaki dan terus melakukan rasuah. Walaupun dalam undang-undang Kanun Keseksaan ada peruntukan hukum bagi kesalahan rasuah baik pemberi dan penerima rasuah namun sehingga setakat ini pemberi rasuah masih selamat.

Sungguhpun begitu baru-baru ini negara dikejut dengan beberapa pemimpin UMNO terlibat dalam rasuah politik atau politik wang. Mereka dihukum bersalah malah ada yang tidak dibenarkan bertanding dalam perhimpunan agung UMNO. Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO kerana bertindak menghukum orang yang memberi rasuah.

Namun begitu hukuman yang dikenakan itu masih tidak menepati kehendak Islam. Orang yang memberi rasuah dihukum dengan yang tidak sepadan kesalahannya, manakala orang yang menerima rasuah masih selamat menikmati hasil rasuah itu.

Sebenarnya pada saya apa yang berlaku itu tidak boleh disalahkan sesiapa dalam hal ini kerana apa yang diamalkan di negara ini bukan daripada ajaran Islam. Jadi, dalam ruang yang terbatas ini saya ingin menjelaskan kepada pembaca sekelian tentang rasuah menurut ajaran Islam.

Dalam sejarah Islam, hakim yang membicarakan sesuatu kes, dia tidak boleh berhubung dengan orang yang terbabit dengan kes tersebut selagi belum selesai kes itu. Larangan itu adalah untuk mengelak daripada dia diberi rasuah oleh pihak yang sedang dibicarakan apatah lagi pihak yang bersalah.

Bertitik tolak daripada larangan itu pemimpin Islam dan pegawai kerajaan yang mempunyai kuasa penentu adalah dilarang menerima hadiah daripada orang tertentu. Hadiah tersebut boleh dianggap rasuah apabila diberi oleh pihak yang berkepentingan untuk sesuatu urusan dengan pemimpin tersebut.

Pemberi rasuah lazimnya tidak segan silu untuk mempengaruh pihak berkuasa supaya meluluskan sesuatu yang dipohon padahal dia sedar bahawa dia belum tentu layak untuk memperolehnya. Pihak berkuasa yang menerima rasuah itu akan meluluskan permohonan tanpa melihat kelayakannya. Kedua-dua golongan itu adalah bersalah dan perlu dihukum.

Bagaimanapun kalau hanya berlaku sebelah pihak sahaja iaitu pemberi rasuah cuba memberi kepada pegawai yang bertugas tetapi ditolak. Maka dalam keadaan itu pegawai tersebut wajib melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa undang-undang untuk diambil tindakan terhadap yang cuba memberi rasuah itu.

Sebaliknya kalau ada pegawai yang bertugas meminta rasuah untuk membolehkah dia meluluskan permohonannya maka perbuatan meminta rasuah itu adalah satu kesalahan. Pemohon boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa undang-undang supaya mendakwa pegawai itu kerana meminta rasuah walaupun dia tidak memberinya.

Berdasarkan hukum itulah maka tiada siapa dalam kalangan umat Islam pada zaman itu mahu terlibat dengan rasuah. Masing-masing takut untuk terlibat kerana tidak sanggup dihukum oleh Allah baik di dunia apatah lagi di akhirat.

Tetapi semua itu tidak benar-benar berlaku pada hari ini. Orang yang sepatutnya tidak layak dan tidak boleh berjaya dalam sesuatu permohonan, tetapi akhirnya menjadi layak dan berjaya hanya kerana rasuah. Ketahuilah perkara yang diperoleh itu tidak berkat dan mereka yang terlibat akan terus bergelomang dengan dosa tersebut.

Cuma persoalan yang sering ditimbulkan hari ini adakah rasuah sesuatu pemberian hadiah bagi tujuan mengucapkan terima kasih atas pertolongan seseorang. Perkara inilah yang perlu diteliti oleh umat Islam agar kita tidak terbabas dalam sesuatu istilah.

Sebenarnya konsep orang yang berkuasa, orang yang ada kuasa penentu dan seumpamanya perlu difahami umat Islam. Mereka yang bertugas dalam sesuatu urusan itu sudah mempunyai gaji, maka mereka tidak berhak menerima hadiah daripada pihak yang berkepentingan. Walaupun atas alasan berterima kasih kerana perbuatan itu tidak terlepas daripada dikaitkan dengan rasuah.

Tetapi jika pemberian kepada orang biasa, dan pemberiannya bukan untuk membolehkan urusannya diluluskan segera maka pemberian itu bukanlah rasuah. Sebagai contoh, seorang jiran hendak ke hospital tetapi tiada kenderaan. Dia cuba menolong menghantar jirannya ke hospital. Sebagai ucapan terima kasih dia memberi wang RM20 bagi tujuan memberi minyak kereta. Maka pemberian itu tidak termasuk dalam rasuah.

Berdasar itu, umat Islam seharusnya boleh membezakan antara rasuah dengan hadiah untuk mengelak daripada terus melakukan dosa kepada Allah sama ada sedar atau tidak.

Thursday, April 09, 2009

Khairi Tercicir... Mukhriz Masuk Kabinet...


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya petang ini.

Kecuali ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kesemua ketua sayap dalam Umno dilantik menganggotai barisan kabinet baru yang diumumkan hari ini.

Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai menteri kemajuan wanita, keluarga dan masyarakat.

Manakala ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai timbalan menteri kesihatan.

Bagaimanapun, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Seperti yang diramalkan, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai timbalan menteri timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).

Manakala antara menteri yang digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Mohd Zin, Datuk Amirsyam Aziz dan Datuk Azalina Othman Said dan Datuk Ong Ka Chuan dan Datuk Zulhasnan Rafique. Turut digugurkan ialah timbalan menteri, Datuk Noraini Ahmad.

Manakala mereka yang dibawa masuk semula menganggotai kabinet kali ini ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Puad Zarkashi (timbalan menteri pelajaran). malaysiakini.

Antara 2 Wajah ...


Lambaian kemenangan setelah diserang secara tidak bertamaddun oleh UMNO dan BN namun dia terus utuh dan kuat membawa gelombang tsunami rakyat Perak. Sesungguhnya Kebenaran adalah milik pejuang sejati seperti Nizar, dan kebathilan itu tetap terserlah walau disembunyikan dalam gelap yang amat kelam.



Biasanya akhbar Utusan Malaysia akan memaparkan gambar yang terbaik untuk menaikkan imej para menteri dimata rakyat. Inilah imej terbaik yang dapat mereka paparkan di muka 6 akhbar Utusan 8/3/2009. Mungkin dia sedang memikirkan hayatnya untuk berada di Pejabat menteri besar semakin singkat.

Hakim Putuskan SPR Tentukan Kekosongan 3 DUN


PUTRA JAYA : Hakim Mahkamah Persekutuan sebentar tadi baru membuat keputusan yang mengejutkan dengan memutuskan bahawa kekosongan atau tidak kerusi 3 DUN di Perak adalah ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya bukan Speaker DUN.

Keputusan ini sekaligus menafikan permohonan Speaker yang telah mengistiharkan ketiga-tiga kerusi itu kosong.

Speaker DUN Perak, V. Sivakumar yang baru dihubungi sebentar tadi mengatakan keputusan ini sekaligus menafikan hak speaker selama ini di DUN atau di Dewan Rakyat.

Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati


SHAH ALAM: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata kedua-dua mereka gagal membuktikan sebarang keraguan bagi kes dakwaan tersebut sebaliknya hanya menyalahkan antara satu sama lain.

Wednesday, April 08, 2009

Rakyat tolak politik kotor BN : Presiden PAS


Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sesungguhnya kemenangan ini adalah sangat bermakna buat PAS dan Pakatan Rakyat (PR) khasnya di Perak kerana ia membuktikan bahawa rakyat menolak sama sekali amalan kotor 'politik pintu belakang' yang direncanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menjatuhkan kerajaan negeri yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Mudah-mudahan kemenangan ini akan menyedarkan semua pihak bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik politik dan perlembagaan yang sedang dihadapi di negeri Perak Darul Ridzuan adalah dengan cara membubarkan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menyerahkan kembali mandat untuk diputuskan oleh rakyat dalam pilihan raya kerusi DUN di seluruh Perak.

Sehubungan dengan kemenangan ini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para petugas dan pekerja parti dari seluruh negara termasuklah rakan-rakan dari PKR dan DAP, pimpinan dan ahli Kelab Penyokong PAS, kelompok Media Baru, para NGO dan orang perseorangan yang telah bekerja tanpa jemu dalam menyumbang ke arah kemenangan ini. Mudah-mudahan segala pengorbanan dan kerja kuat itu akan dibalasi dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

Kemenangan ini juga adalah menunjukkan keberanian suara rakyat yang mempunyai harga diri dan tidak mampu digugat oleh janji dan ugutan dari jentera Umno dan BN yang terus menerus berselindung di sebalik jentera kerajaan. Kehadiran serta kempen Tun Dr Mahathir dan pimpinan baru Umno yang kononnya melaungkan nada baru dalam pilihan raya ini juga bukan sahaja tidak mendatangkan kesan, malah memburukkan lagi keadaan.

Ternyata bahawa kegagalan Umno dan BN dalam pilihan raya umum yang lalu adalah bukan berpunca semata-mata dari kelemahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi adalah suatu hakikat bahawa sememangnya parti Umno dan BN semakin lemah dan tidak mampu berhadapan dengan rakyat yang semakin celik di negara kita ini.

BN hanya berjaya mempertahankan kerusi di Batang Ai dan di lain-lain tempat yang rakyat sememangnya dinafikan hak untuk mendapat maklumat sahaja.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada PKR kerana berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Selambau melalui calonnya S.Manikumar. Sesungguhnya kemenangan ini memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan PR Kedah pimpinan Dato' Seri Azizan Abdul Razak.

Kedua-dua kemenangan ini di samping kemenangan terdahulu di kerusi parlimen Permatang Pauh dan di kerusi parlimen Kuala Terengganu insya-Allah akan merubah lanskap politik tanahair dengan menempatkan PAS dan Pakatan Rakyat sebagi parti arus perdana baru yang disokong dan didokong oleh rakyat jelata.

Monday, April 06, 2009

KEMPEN PRK BUKIT GANTANG

PRK Bukit gantang semakin panas apabila sudah hampir ke penghujung kempen.Esok adalah hari penentuan siapakah yg berjaya memenangai hati pengundi di ketiga2 PRK yg sedang berlangsung.Kontijen Temerloh tidak ketinggalan utk menjadi petugas di Bukit Gantang.Isu BN hanyalah berlegar sekitar DERHAKA dan ANAK TEMPATAN.Bukanya isu dasar yg lebih besar.Nampak gayanya peluang utk PR menang bergaya disini cerah.Begitulah juga harapnya di Bukit Selambau dan Batang Ai.Semua markas UPU dibanjiri petugas dari seluruh negara.Tidak ketinggalan kaum Tionghua dan India juga turut berkempen utk memenangkan calon PR.Akhirnya besarlah harapan kita agar diberi kemenangan oleh Allah di semua PRK yg kita sertai.








Thursday, April 02, 2009

Gelombang Akhir Petugas PAS Temerloh


Jam 5.00 petang ini, insyaallah 7 orang lagi (ashabul kahfi?) petugas PAS Temerloh akan berangkat untuk menyempurnakan gelombang akhir PRK Bukit Gantang. Gelombang kali ini difahamkan terdiri daripada 7 orang anak muda mewakili DPP untuk misi penting mempertahankan kemenangan mac 2008.

Selamat keberangkatan pergi dan pulang serta selamat berjuang! Pastikan membawa laptop dan kamera agar blog ini dapat diupdate selalu.