Wednesday, April 04, 2012

Dato PJ Suntik Semangat Jentera Pilihanraya PAS

Umno Bn semakin terdesak, terhimpit, panik dan terjepit. Semua disebabkan bakal kehilangan kuasa. Umno akan bertindak dengan apa sahaja cara sekalipun bagi mengekalkan kuasa mereka. Mana ada orang yang sudah lama berkuasa sudah melebihi 52 tahun mahu kehilangan kuasa dalam sekelip mata. Justeru mereka akan melakukan apa sahaja.

Pilihanraya bakal diadakan pada bulan Jun ini. Najib sudahpun memberi kata dua kepada semua rakan parti komponen Bn. Tetapi masalah dalaman sesama mereka cukup kritikal. Umno dengan Umnonya, MCA dengan krisis MCA begitu juga MIC. Semua merayu agar PM jangan lagi membubarkan parlimen dalam masa terdekat.

Najib dan kerajaan kini menumpukan usaha memancing undi Melayu. Bantuan BR1M setiap orang dapat RM500 sedikit mengugat dan terkesan undi Melayu. Peneroka bakal dihadiahkan dengan 'durian runtuh' sedikit masa lagi.

Namun penyenaraian FGHV ke papan utama Bursa bakal berkubur kerana masalah teknikal kerana pajakan tanah 99 tahun, proses mohon ke setiap kerajaan negeri merencatkan usaha berkenaan. Dan ia gagal disempurnakan dalam masa terdekat.

Semua Dun di Malaysia dianugerahkan Najib RM1 juta bagi menjalankan projek-projek memancing pengundi. Ini lah wajah najib dan Umno Bn.

Muktahir ini kemuncak, manifestasi kekalutan itu adalah Umno mulai bertindak ganas. Cara keganasan itu terbukti semasa siri-siri ceramah yang dibuat oleh PR yang diganggu oleh samseng-samseng upahan Umno. Mereka merosak menakut-nakut rakyat dan sebagainya bagi menzahirkan perasaan cuak rakyat supaya tidak dekati ceramah-ceramah berkenaan. Walaupun di tempat berkenaan ada pihak berkuasa yang berkawal menjalankan tugas mereka. malangnya pihak berkuasa ini hanya memerhatikan sahaja. Semua sebab Umno.

Justeru, aspek keselamatan dan keganasan perlu ditingkatkan. Semua organ parti mesti utamakan aspek keselamatan. Pilihanraya kali ini adalah pilihanraya terganas buat kita semua.

Demikian penjelasan Dato Persuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man semasa berucap bertemu jentera pilihanraya PAS Temerloh di sini sebentar tadi.


Turut hadir semua anggota Dewan Harian PAS negeri, Hj Md Jusoh Darus YDP Temerloh, En Ahmad Zuber Omar, setiausaha PAS Kawasan , YB Syed Hamid Syed Mohamad selaku Adun Kuala Semantan, Sdr Hassan Omar pengarah Jentera Pilihanraya PAS temerloh, semua ajk PAS Temerloh , pemuda muslimat dan jentera di peringkat peti undi.

Oleh itu, semua yang hadir perlu bekerja kuat bagi mengekalkan kemenangan Dun Kuala Semantan yang merupakan satu-satunya Dun dalam sejarah pilihanraya dimenangi sebanyak dua kali.

Kita tidak mahu prestasi Dun Kuala Semantan sebaliknya. Ini kerana Dun ini mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan dari sudut taburan pengundi, komposisi kaum dan duduk dalam kawasan bandar.




Tuesday, April 03, 2012

Parlimen Dibubarkan Bermula di Dun Semantan

TEMERLOH: Jabatan Pilihanraya PAS Pahang (JPN) hari ini akan turun ke Dun Kuala Semantan bagi memperkemaskan jentera pilihanraya ke arah mengekalkan kemenangan PR di sini.

Program 100 hari menjelang parlimen dibubarkan. Adalah program lawatan kerja Dewan Harian negeri ke Dun sasaran PAS bagi PRU 13. Program ini menyasarkan pertemuan pimpinan negeri dengan para pengundi di kawasan Melayu. Selain untuk menyemarakkan tenaga kerja jentera parti agar terus bertahan dan lajukan stamina menjelang Pilihanraya yang semakin dekat ini.

Antara acara pengisian program adalah memberi pemantapan kerohanian, Selain acara-acara santai seperti Hi Tea, penyampaian bantuan sumbangan dan sukan  serta beberapa acara lain lagi bagi menyantuni rakyat di sini pada hari ini.

Kemuncak acara adalah persembahan dikir Barat di selangi seli dengan ceramah Dato Pesuruhjaya PAS Pahang pada sebelah malamnya bakal memeriahkan Program 100 hari menjelang Parlimen dibubarkan