PUASA MENDIDIK UMAT
ISLAM NENAHAN LAPAR DAN DAHAGA SERTA SETIAP PERKARA YANG WALAUPUN PADA DASARNYA
DIHALALKAN ALLAH SWT SEPERTI HUBUNGAN SUAMI ISTERI, DIHARAMKAN SIANG HARINYA DI
BULAN RAMADAN.
PADA BULAN RAMADAN KITA MENGIKUT PERINTAH ALLAH SWT DENGAN MENJAUHI PERKARA YANG HALAL PADA SIANGNYA DI BULAN – BULAN YANG LAIN. PERKARA INI KITA LAKUKAN UNTUK MENDISIPLINKAN DIRI SERTA MENDIDIK DIRI AGAR MENJADI LEBIH BAIK. TETAPI KENAPA DI LUAR BULAN RAMADAN , ADA KALANGAN ORANG ISLAM BOLEH MAKAN RASUAH DAN SUAP RASUAH ? SEDANGKAN LATIHAN DI BULAN RAMADAN ITU, YANG HALAL PUN MENJADI HARAM PADA WAKTU SIANG DAN SEGALA PANTANG LARANG DARIPADA KITA IKUTI.
SAMA ADA BULAN RAMADAN
ATAU LUAR RAMADAN RASUAH ITU TIDAK DIANGGAP JIJIK. ORANG ISLAM YANG BERPUASA
JUGA MENERIMA RASUAH. INI BERERTI PUASA TIDAK MENJELMAKAN DISIPLIN DIRI KEPADA
SEBAHAGIAN ORANG ISLAM. SEPATUTNYA UMAT ISLAM
MEMBERI CONTOH YANG TERBAIK DAN MENJADI UMAT TERBAIK. KENAPA UMAT ISLAM TIDAK
MENDISIPLINKAN DIRI MENJAUHKAN DIRI DARIPADA RASUAH ? INI PERKARA YANG KITA
PERLU RENUNGKAN BERSAMA.
MOHAMAD SABU TIMBALAN
PRESIDEN PAS.
(HARAKAH KELUARAN 10-12 OGOS 2012).
No comments:
Post a Comment