Thursday, August 09, 2012

Sekitar program Ihya Ramadhan 1433

10.8.12  @ Jumaat .

Seperti di laporkan dahulu beberapa aktiviti melibatkan AJK PAS Kawasan turun ke cawangan terpilih sepanjang Ramadhan ini yang turut dijayakan oleh  lajnah lajnah kini berterusan dan berjalan dengan baik . PAS Kawasan mengmbil pendekatan turun ke cawangan terpilih daripada berkumpul di markas Sg Gau dan sebagainya kerana ianya lebih berkesan iaitu mendekati ahli di akar umbi dari menjemput mereka hadir ke tempat yang biasa dan berpusat seperti Darul Amin Sg Gau , Surau Al Khairiah dan sebagainya . Kita menggalakkan cawangan  menganjurkan iftar dan tarawih serta tazkirah di  cawangan masing masing . Program ziarah dan menyampaikan sumbangan sempena Ramadhan yang berkat ini ke rumah-rumah  mereka yang di fikirkan layak turut di adakan. Di samping itu program ceramah dan tazkirah di masjid dan surau turut di adakan di mana mungkin .

 Ust Mujibur Rahman  memberikan tazkirah Ramadhan di Lakum pada 6.8.12 
yang juga megnimamkan solah tarawih . Terima kasih dan tahniah kepada hadir . 
 Ust Johari  memberi tazkirah di Teluk Ira sempena iftar dan penyampaian 
sumbangan kebajikan di cawangan berkenaan . Terima kasih kepada 
tuan rumah dan En Tuah serta ahli yang hadir . 
 Warga tua antara penerima sumbangan  lajnah kebajikan ( LaKeb ) PAS Kawasan 
di Teluk Ira sempena iftar dan  turun padang di cawangan / UPU berkenaan pada 7.8.12 .
 LaKeb PAS Kawasan Temerloh berkunjung ke Kg Cempaka Lancang 
menziarahi  warga tua , uzor serta OKU  di kampung berkenaan . 
Sempena Iftar di Mempatih dan Bukit Damar pada 9.8.12 .
 Wakil  LaKeb  Kawasan menuggu  untuk menyampaikan sumbangan 
 En Hamdan .. wakil LaKeb di Lancang  menuju ke rumah 
penerima untuk menyampaikan sumbangan kebajikan pada 9.8.12 .  
 9.8.12  menyampaikan sumbangan kepada warga tua yang tinggal 
bersama anak di rumah berkenaan . 
 Warga tua yang gembira menerima sumbangan LaKeb 
dan sudi bergambar kenangan  9.8.12 
 Sumbangan kepada keluarga di Cempaka  
 Warga tua bersendirian turut di santuni  oleh  La Keb 
Temerloh  pada kunjungan hari itu 9.8.12 . 
Gambaran rumah mereka yang di pilih oleh LaKeb Temerloh . 
Pilihan  yang releven , tepat dan layak . 
Rumah ibu tunggal dengan 5 anak yang masih bersekolah . 

Beberapa gambar yang di sertakan adalah untuk rekod dan hiasan sambil menceritakan program yang di jalankan .     Terima kasih .

Oleh : Simi K LaKeb / KP 

No comments:

Post a Comment