TEMERLOH – “ KELANTAN
ADALAH GURU POLITIK MALAYSIA YANG HARUS MENJADI TELADAN KEPADA SEMUA “ KATA YDP
PAS TEMERLOH HAJI YUSUF DARUS . KATANYA, WALAUPUN
KELANTAN SERING DIMOMOK DENGAN PELBAGAI TUDUHAN DAN DIPERLEKEHKAN OLEH UMNO-BN
TETAPI PEMIMPIN DAN RAKYAT NEGERI ITU TELAH MENUNJUKKAN KEKUATAN DAN KEMAMPUAN
YANG TIDAK ADA PADA NEGERI LAIN MALAH KELANTAN TELAH MENUNJUKKAN CONTOH
SEHINGGA MENJADI IKUTAN KEPADA KERAJAAN BN SENDIRI.
MENURUT YUSUF , PROJEK
LEBUH RAYA RAKYAT YANG BARU DIPERKENALKAN OLEH KELANTAN ADALAH IDEA TERBAIK
YANG PASTINYA MEMUKAU MUSUH POLITIK KELANTAN. “ SAYA KIRA TIDAK ADA
SEORANG YANG WARAS AKAN MENENTANG USAHA KERAJAAN NEGERI UNTUK MEMBINA SEBUAH
LEBUH RAYA RAKYAT ITU MELAINKAN MEREKA YANG TIDAK WARAS. “ PROJEK BERKENAAN YANG
MENGEMBLENGKAN SELURUH RAKYAT BAGI MENGUMPUL DANA BUKAN SAHAJA UNTUK DUNIA
MALAH UNTUK AKHIRAT JUGA ” KATANYA KETIKA DITEMUI SELEPAS MENZIARAHI WARGA EMAS
DI UPU LEBAK .
UMNO , KATANYA PASTI
SEDANG MEMIKIRKAN BAGAIMANA CARA UNTUK MEREKA MENGADAPI PAS DENGAN PROJEK LEBUH RAYA RAKYAT ITU.
“ UMNO KELANTAN
PASTINYA MENYESAL KERANA MEREKA TIDAK MENYOKONG PERMOHONAN DAN CADANGAN
KERAJAAN NEGERI SUPAYA KERAJAAN PUSAT MEMBINA LEBUH RAYA DALAM RANCANGAN
MALAYSIA KE -8 DAHULU MENYEBABKAN KELANTAN TERPAKSA MEMBINA SENDIRI LEBUH RAYA
UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT MALAH PEMIMPIN UMNO JUGA BAKAL MENGGUNAKAN JALAN
BERKENAAN “ UJARNYA.
YUSUF MENSIFATKAN
PUNCA UTAMA KERAJAAN DAN RAKYAT KELANTAN BERDIKARI IALAH SEKATAN KERAJAAN
PUSAT. “ MEMANG SIFAT MANUSIA
YANG TERTINDAS DAN HIDUP SUSAH AKAN MENJADIKAN MEREKA LEBIH BIJAK DAN AKHIRNYA
MAMPU BERDIKARI . “ KEADAAN ITU TIDAK
BERLAKU KEPADA NEGERI PAHANG YANG DIKUASAI BN DAN DIMANJAKAN SEHINGGA PAHANG
SEOLAH –OLAH TIDAK MAMPU MEMBANGUNKAN NEBERI INI TANPA BANTUAN KERAJAAN PUSAT.
“ HASIL PAHANG HANYA
CUKUP UNTUK MEMBAYAR GAJI KAKITANGAN SAHAJA MANAKALA UNTUK PEMBANGUNAN TERPAKSA
BERGANTUNG KEPADA BANTUAN KERAJAAN PUSAT ” KATANYA
( BASIRON ABDUL WAHAB – HARAKAH 6-9 OGOS 2012).
( BASIRON ABDUL WAHAB – HARAKAH 6-9 OGOS 2012).
No comments:
Post a Comment