TITIK TOLAK KEMERDEKAAN
UMAT ISLAM ADALAH DARI ROH TAUHID.HANYA DENGAN PRINSIP DAN ROH INILAH DAPAT
KITA MEMAHAMI MAKNA KEMERDEKAAN YANG SEBETULNYA.
SETIAP DARI
MUSLIM,KEHIDUPAN MEREKA BERPAKSIKAN KEPADA SYAHADAH
أشهد أن لا اله إلا الله
“TIDAK ADA
TUHAN SELAYAKNYA DISEMBAH MELAINKAN ALLAH “
UNGKAPAN
YANG MUDAH INI TERKANDUNG ERTI KEMERDEKAAN YANG SANGAT MENDALAM.DISINILAH UMAT
DIAJAR TENTANG HARGA DIRI .DISINILAH UMAT YANG SELAMA INI TERBELENGGU JIWA DAN
AKALNYA BANGKIT MENJADI UMAT YANG BERJAYA MENGUASAI DUNIA.SEMUA INI KERANA
MENDALAMNYA ROH TAUHID YANG MENGELUAR DAN MEMBEBASKAN UMAT DARI
KEGELAPAN,KESESATAN DAN PERHAMBAAN KEPADA CAHAYA DAB NUR KEBEBASAN SEBAGAIMANA
FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL BAQARAH AYAT 257 YANG BERMAKSUD :
Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong)
orang-orang Yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada
cahaya (iman). dan orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah
Taghut Yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur).
mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
SEPANJANG SIRAH UMAT
ISLAM KITA TELAH MENYAKSIKAN BAGAIMANA ROH TAUHID TELAH MEMERDEKAKAN AKAL DAN JIWA “السابقون الاولون”SEBAGAIMAN DITUNJUKKAN OLEH SAIDINA JAAFAR BIN ABI TALIB DAN
ROMBONGANNYA KETIKA BERJUMPA NAJASI APABILA BELIAU BERKATA :
لا نعبد إلا
الله
KAMI TIDAK MENYEMBAH SELAIAN
ALLAH
BEGITUJUGA APA YANG DITUNJUKKAN OLEH RABI’ BIN UMAIR
APABILA BERSEMUKA DENGAN RAJA RUSTUM DARI PARSI , BELIAU DENGAN BERANI DAN
TEGAS BERKATA :
“KAMI ADALAH PEMBAWA MISI ILAHI UNTUK MEMBEBASKAN
MANUSIA DARI PEMABDIAN SESAMA MANUSIA KEPADA PEMABDIAN KEPADA ALLAH
SEMATA-MATA.”
SEMUA ITU ADALAH MENGAMBARKAN ROH TAUHID MEMBEBASKAN
MANUSIA DARI BELENGGU KEZALIMAN DAN KESESATAN DAN MENJADIKAN JIWA MERDEKA.JIWA
MERDEKA MENJADI SESUATU UMAT BERJAYA MEMBEBASKAN AKAL FIKIRAN DARI BELENGGU
KEGELAPAN DAN KEJAHILAN KEPADA SINAR KEBENARAN DAN KEILMUAN SEBAGAIMANA FIRMAN
ALLAH SWT DALAM SURAH ALISRAK AYAT 81 YANG BERMAKSUD :” dan Katakanlah:" telah
datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah (kufur dan
syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap
lenyap".
DENGAN JIWA MERDEKA SESUATU BANGSA ITU MENJADI KAYA
DENGAN CITA –CITA DAN USAHA – BEBAS DARI SIFAT RENDAH DIRI – TIDAK BERADA DALAM
KEJAHILAN DAN KEBEKUAN FIKIRAN . INILAH RAHSIA KEKUATAN UMAT ISLAM YANG LALU
SEHINGGA MEREKA BERJAYA MENJADI UMAT YANG DAPAT MEMBINA TAMADDUN YANG GILANG
GEMILANG . JIWA MERDEKA JUGA TELAH MENYEDARKAN UMAT AKAN KESUNGGUHAN UNTUK
HIDUP BERTAMADDUN BERKASIH SAYANG DAN MEMBINA BUDAYA PERSAUDARAAN YANG
MERENTASI SEMPADAN BANGSA DAN WARNA KULITA
SERTA MENJANGKAU BATASAN GEOGRAFI .FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL
HUJURAT AYAT 10 YANG BERMAKSUD :” sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah
bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah)
itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
HAKIKAT YANG PERLU KITA FAHAMI KEMERDEKAAN NEGARA KITA
YANG KITA PEROLEHI SELAMA INI ADALAH DENGAN INAYAH DAN PERTOLONGAN ALLAH .
DISAMPING USAHA YANG BERSUNGGUH –SUNGGUH YANG DILAKUKAN OLEH PEJUANG –PEJUANG
KITA TERDAHULU.TANPA KESEDARAN INI
MUNGKIN KITA AKAN LALAI DAN MELUPAI HAKIKAT SEBENAR KEMERDEKAAN .KELALAIAN DAN
KECUAIAN KITA BOLEH MENYEBABKAN KITA SALAH MEMBUAT PENILAIAN DAN PERTIMBANGAN –
BIASANYA YANG NAMPAK PADA HAKIKAT ATAU
BENTUK ZAHIR SAHAJA . SEDANGKAN PERLU KITA NILAI IALAH NERACA ALLAH .FIRMAN
ALLAH SWT AYAT 15-16 SUARAH AL FAJR YANG BERMAKSUD :”
15. (dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan
akhirat), oleh Yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh
Tuhannya Dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur
tetapi terus bersikap takbur) serta berkata Dengan sombongnya: "Tuhanku
telah memuliakan daku!"
16. dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya,
Dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta
merepek Dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
DALAM MEMBUAT HURAIAN AYAT INI SYED QUTUB DALAM
TAFSIRNYA “FI ZILAL AL –QURAN :”MENJELASKAN INILAH PANDANGAN DAN TANGGAPAN
MANUSIA DALAM MENHADAPI UJIAN –UJIAN ALLAH TERHADAP MEREKA DALAM BENTUK
KESENANGAN DAN KESUSUHAN HIDUP – KELUASAN DAN KESEMPITAN MATA PENCARIAN .MEREKA
DIUJI DENGAN NIKMAT DAN KEMULIAAN DENGAN HARTA DAN PANGKAT – TETAPI MEREKA
TIDAK SEDAR BAHAWANYA ITU SATU UJIAN DARI ALLAH DENGAN TUJUAN UNTUK MENENTUKAN
BALASAN DI AKHIRAT. SEBALIKNYA MEREKA MENYANGKA BAHAWA REZEKI YANG MEWAH DAN
PANGKAT YANG TINGGI MERUPAKAN BUKTI MEMANG MEREKA WAJAR DI SISI ALLAH UNTUK
MENERIMA KEMULIAAN ITU ATAU MERUPAKAN TANDA MEREKA TELAH DIPILIH OLEH ALLAH .
KERANA ITU MEREKA MENGANGGAP UJIAN DAN DUGAAN ITU
SEBAGAI HASIL BALASAN DAN MEREKA MENGUKUR DARJAT KEMULIAAN DI SISI ALLAH SWT
DENGAN KELUASAN HIDUP DI DUNIA DAN JIKA ALLAH MENGUJI MEREKA DENGAN KESEMPITAN
MATA PENCARIAN - MEREKATERUS MENGANGGAP SEBAGAI BALASAN DAN HUKUMAN DARI
ALLAH – MEREKA MEMANDANG KESEMPITAN REZEKI SEBAGAI SATU PENGHINAAN ALLAH KERANA
PADA ANGGAPAN MEREKA JIKA ALLAH TIDAK MAHU MENGHINAKAN MEREKA TENTULAH IA TIDAK
MENYEMPITKAN MEREKA.
KEDUA –DUA PANDANGAN DAN PENIILAIAN ITU TIDAK BERASAS
KERANA KELUASAN DAN KESEMPITAN REZEKI MERUPAKAN UJIAN ALLAH TERHADAP HAMBANYA
SAMA ADA MEREKA MERPERLIHATKAN KESYUKURAN ATAU KEANGGUHAN TERHADAP NIKMAT ITU
SAMA ADA MEREKA MEMPERLIHATKAN KESABARAN ATAU KEBOSANAN TERHADAP KESEMPITAN
HIDUP MEREKA.
SESEORANG INSAN – APABILA HATINYA KOSONG DARI IMAN DAN
IA TIDAK MEMAHAMI HIKMAT SEKATAN DAN PEMBERIAN NIKMAT REZEKI DAN IA TIDAK PULA
DAPAT MEMAHAMI NILAI NERACA PERTIMBANGAN ALLAH SEBALIKNYA HATINYA DIPENUHI
KEIMANAN IA AKAN BERHUBUNG DENGAN ALLAH DAN AKAN MEMAHAMI HIKMAT DISEBALIK
PEMBERIAN DAN SEKATAN NIKMAT –NIKMAT ITU
.JASTERU ITU NIKMAT DUNIA DIPANDANG RINGAN DALAM PERTIMBANGANNYA .IA CUKUP
SEDAR BALASAN DI SEBALIK UJIAN ITU KERANA ITU IA TERUS BERBAKTI KEPADA ALLAH SAMA ADA
KESENANGAN ATAU DALAM KESUSAH – ( DARI HIMPUNAN KHUTUBAH JUMAAT 2006 JAIP)
No comments:
Post a Comment