الحمدلله Kita telah
memasuki Ramadan yang baru,setelah beberapa kali Ramadan meninggalkan
kita.
Ramadan disebut صوم /صيام yang bermaksud menahan diri.
Ramadan disebut صوم /صيام yang bermaksud menahan diri.
Menahan diri bermaksud menjaga
diri daripada melanggar perkara yang boleh membatalkan puasa malah menahan diri
daripada semua perkara – perkara lagha. Sebab itu Nabi Muhammad s.a.w.
pernah bersabda yang bermaksud: ” Sesiapa yang tidak boleh meninggalkan perkataan
– perkataan palsu dan beramal dengan perkara – perkara palsu,maka Allah tidak
berhajat padanya untuk berpuasa ”.
Ramadan bulan yang disebut oleh
Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang
bermaksud ” YA! Allah , berilah keberkatan kepada kami dalam bulan Syaaban dan
sampaikan kami , panjangkan umur kami sehingga tiba Ramadan ”. Hadis ini memberi makna Ramadan
yang ditunggu dengan penuh lahap , dengan rasa kesyukuran untuk mengambil peluang
dengan datangnya Ramadan ini menjadikan kita orang yang telah sampai kepada
maksud bagi ibadat itu dengan menahan diri. Dalam Islam boleh dikatakan semua
ibadat. Ibadat kukuh diberikan istilah yang amat sesuai dengan tujuan
persyariatannya.
Contohnya seperti
solat , istilahnya bermaksud doa yang bermaksud memohon kepada Allah sungguh
–sungguh agar kita menjadi hambaNya yang pergantungan kita hanya kepada Allah . Sebab itu sembahyang diulang-ulang menjadi suatu hubungan yang intim dan kukuh antara manusia dengan Allah.
Zakat , istilah yang sama yang bermaksud penyucian bukan sahaja menyuci harta tetapi menyucikan jiwa daripada yang tidak baik. Haji , sebagai contoh bermaksud niat yang bersih hendak mengunjungi rumah Allah bagi mencapai darjat keampunan yang paling tinggi.
Daripada zahir puasa nampak
seolah olah mendera diri. Walaupun dikatakan mendera diri , ia dilakukan kerana
Allah. Dalam dunia ini ramai orang yang mendera dirinya . Tetapi penderaan itu kerana
dunia. Contohnya orang yang ingin menguruskan badannya, kena regim yang
ekstrim. Hendak membina badan , kena latihan yang lasak , makanan yang dikawal. Selain itu hendak pandai bermain
kena berlatih bersungguh –sungguh, berbulan –bulan dan mungkin
bertahun-tahun. Kesemuanya ini dilakukan kerana tujuan keduniaan. Sedangkan puasa ianya dibuat
kerana Allah.
Dalam satu hadis qudsi Allah menyebut yang bermaksud: ” Sesungguhnya puasa itu dilakukan untuk aku, dan akulah yang akan membalasnya . ”
Puasa adalah medan latihan hakiki
untuk mempertingkatkan daya tahan nafsu bagi melawan kehendak duniawi untuk
mencapai darjah ketakwaan kepada Allah.
Inilah yang disebut dalam surah
Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:
” Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa . ” Oleh kerana itu puasa dilakukan kerana mentaati perintah Allah. Insan yang mentaati perintah Allah atau insan mukmin dan muslim , ada yang melakukan ketaatan itu secara paksa atau turut – turutan atau lakukan dengan cara tidak bersemangat. Seperti didesak oleh satu pihak , tidak menjiwai amalan itu dengan hati yang benar – benar patuh kepada Allah.
” Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa . ” Oleh kerana itu puasa dilakukan kerana mentaati perintah Allah. Insan yang mentaati perintah Allah atau insan mukmin dan muslim , ada yang melakukan ketaatan itu secara paksa atau turut – turutan atau lakukan dengan cara tidak bersemangat. Seperti didesak oleh satu pihak , tidak menjiwai amalan itu dengan hati yang benar – benar patuh kepada Allah.
Ibadah puasa
ini untuk mencapai tahap ketakwaan dengan bersungguh-sungguh meninggalkan segala
yang dilarang dan melakukan segala yang dituntut. Ramadan dikenali juga dengan شهر مغفرة iaitu bulan
keampunan.
Allah
menyediakan peluang begitu terbuka untuk insan muslim mendapat keampunan
Allah. Dalam satu hadis Nabi menyebut yang bermaksud ”Alangkah hairan dan
ajaibnya bagi orang mukmin yang sempat sampai ke Ramadan , apabila habis Ramadan
dia tidak mendapat peluang kempunan Allah ”
Ini juga
disebut dalam hadis lain yang bermaksud ” Ramadan awalnya rahmah , dipertengahannya
keampunan , dan di akhirnya membebaskan diri daripada api neraka ” Rabutlah
peluang ini untuk Allah selalu mengampuni dosa – dosa kita . Seolah –olah habis
Ramadan , habislah dosa kita . Dengan syarat kita hayati Ramadan dengan disebut”رمضان
شهر القران .
Kalau Allah
telah memilih Ramadan bulan turunnya Quran dan Quran itu menjadi hidayah dan
petunjuk kepada manusia dan menjelaskan sejelas –jelasnya mana yang Allah
suruh , yang Allah reda . Mana yang Allah larang untuk dijauhi , yang disuruh untuk
ditaati. (Harakah 30 julai – 2 ogos
2012).
No comments:
Post a Comment