Monday, August 13, 2012

10 akhir Ramadhan ... JOM Iktikaf ...

Dari edaran  Pengerusi Masjid Temerloh  Jaya mengenai iktikaf .. 

1. Definasi iktikaf ..
Iktikaf bermaksud duduk di masjid dalam rangka ibadah yang di lakukan oleh orang tertentu dengan sifat atau cara yang tertentu dan pada waktu yang tertentu ( lihat Fathul Bari 4:344)  Dalil Al Quran yang bermaksud : " Dan janganlah kamu campuri mereka itu , sedang kamu beriktikaf di dalam masjid " Al Baqarah ayat 187 . Dari Aisyah r.a " Nabi saw beriktikaf  pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya , setelah kewafatan baginda isteri isteri baginda pun beriktikaf " ( HR Bukhari ).   

2. Hukum :
Iktikaf  merupakan sunnah muakkadah / sunat yang sangat di tuntut kerana Rasul saw tidak pernah meninggalkan nya .  Iktikaf boleh di lakukan pada bila bila masa dan ia sangat di tekankan pada 10 hari akhir Ramadhan kerana Rasul saw sentiasa melakukannya . Ulama bersepakat bahawa iktikaf tidak mempunyai had masa maksima akan tetapi mereka berbeza pendapat tentang minimum waktu iktikaf .

Shaikh Ibn Bazz menyatakan bahawa Imam Abu Hanifah dan sebahagian ulama' Maliki  berpendapat tempoh minima ialah satu hari ( Majmu' al Fatwa ) . Manakala tempat melakukan iktikaf , al Hafiz Ibnu Hajar ra berkata di syaratkan melakukan iktikaf di masjid .  ( Fathul Bari ) dan Imam Malik ra berpendapat ia sah di lakukan di mana mana masjid yang di dirikan solat 5 waktu secara berjemaah  ( dalam istilah di Malaysia ia di panggil Musollah atau Surau ) 

3. Bilakah bermulanya waktu iktikaf  10 akhir Ramadhan ?
Masuk ke masjid sebelum masuk Maghrib 20 Ramadhan . Ini merupakan pendapat jumhur empat mazhab . Ulama jua berbeza pandapat pada waktu bilakah perlu keluar daripada masjid , pada waktu Maghrib akhir Ramadhan atau selepas solat Aidil fitri ?

4. Bolehkan wanita beriktikaf .
" Aisyah ra  meminta izin untuk beriktikaf maka baginda mengizinknnya " 

5. Perkara yang membatalkan iktikaf . 
a. Keluar masjid tanpa alasan syar'i dan tanpa ada keperluan yang mendesak .
b. Jima' ( bersetubuh) - Ibn Munzir telah menukil ijma' / kesepakatan ulama' bahawa yang di maksudkan   
    dengan ' mubasyaroh' dalam surah Al Baqarah ayat 187 adalah jima' ( hubungan intim ) Fathul Bari 4/722. 

6. Adab adab iktikaf ..
a. Seseorang hendaklah berdoa , zikir , berselawat pada nabi saw , mempelajari  Al Quran , dan mengkaji 
    Hadis .  Di makruhkan menyibukkan diri dengan perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat .     
    (Shahih Fiqh Sunnah  2/150/158 ) . 
b. Sentiasa menjaga kebersihan diri semasa beriktikaf  . Dia hendalah memakai wangi wangian , berpakaian 
    elok dan  mandi .
c. Kebersihan masjid juga hendaklah di jaga serta peralatan di kemaskan agar tidak mengganggu  orang yang 
    solat .
 
7. Yang di bolehkan ketika beriktikaf .
a. Keluar masjid di sebsbkan ada hajat yang mesti di tunaikan seperti untuk makan minum dan hajat yang lain 
b. Melakukan hal hal harus seperti bercakap cakap dengan orang lain .
c. Isteri yang mengunjungi suami yang beriktikaf dan berdua duaan  dengan nya .
d. Mandi dan berwudhu di masjid .
e. Membawa kelengkapan tidur seperti tilam , bantal untuk tidur di masjid .

8. Memburu Lailatul Qadar 
" Carilah malam al Qadr pada ( malam malam ) yang ganjil daripada sepuluh malam yang akhir di bulan 
  Ramadhan " Al Qadr 1-3 . dan berdoalah  untuk kebaikan dengan doa yang ikhlas dan merendah diri    
  tawadu' terhadap Allah dan penuh pengharapan .

" Ya Allah temukan lah aku dengan malam al Qadr dan terimalah taubat dan doa hamba mu ini ..." 
 gambar hiasan ... ruku' dan sujud kepada hanya Allah ..
 sujud syukor ..  ketika  IM / Morsi menang di Mesir 
 dalam kegawatan perang .. solah tetap di kerjakan ... 
 jemaah yang di impikan  di rumah pemimpin .. 
pemimpin menyeru  solah bersamanya  ..

Sebagai seruan untuk diri .. Ramadhan masih berbaki 4 hari .... sibuklah dengan Allah mencari redahNya ..
teruskan perjuangan ... 

simi latif ..   

No comments:

Post a Comment