“ibadat sepanjang Ramadan adalah
penawar mujarab bagi semua jenis penyakit.oleh yang demikian amalan puasa
Ramadan ini diwajibkan oleh allah sekali setahun antaranya bertujuan supaya
manusia melawan nafsu dalam diri,terutama nafsu makan dan minum.
Dengan melawan nafsu kita telah
melatih diri untuk menghayati bagaimana mengawal hati dan iman supaya tunduk
kepada perintah allah taala.
Di sebalik perintah allah,wajib
atas kita berhenti makan dan minum di siang hari selama sebulan.meskipun perintahnya
bercanggah hak kita sendiri.
Apa yang utama,dengan cara puasa
dan amal ibadat Ramadan,ia sebagai cara untuk kita membendung perasaan tamak
supaya tahu mana satu hak kita dan mana satu hak orang lain”.
Tuan guru dato’ bentara setia
Nik abdul aziz nik mat
Mursyidul am pas
(Harakah 23-26 julai 2012).
No comments:
Post a Comment