Wednesday, July 04, 2012

FELDA BUKAN LAGI KUBU KUAT BN:HADI.

TUAN GURU DATUK SERI ABDUL HADI AWANG PRESIDEN PAS



DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN  PJ PAS PAHANG,
KETUA PENERANGAN PAS PUSAT, PENGARANG BUKU "SENYUM"


PENYOKONG PAS SEDANG MENDENGAR AMANT PRESIDEN PAS.


TEMERLOH – Barisan Nasional (BN) terutama Umno diingatkan supaya tidak lagi menganggap tanah rancangan Felda sebagai kubu kuat mereka untuk menang Pilihanraya Umum ke -13 (PRU13) nanti .
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ,pemikiran generasi kedua di tanah rancangan kini lebih terbuka dan sambutan kepada Pas serta Pakatan Rakyat (PR) semakin baik.
Menurutnya potensi PAS dan PR untuk menang lebih banyak kerusi dalam PRU13 lebih cerah berdasarkan sokongan menggalakkan .
“Saya gembira sambutan rakyat Kedah dalam Himpunan Hijau beberapa hari.Ia mengerunkan kerana jumlah yang hadir begitu ramai.
“Di Johor pula ,yang dikatakn kubu kuat Umno ,sambutan begitu baik.Begitu juga di Pahang ,”katanya pada siding media selepas meresmikan majlis Himpunan Hijau Pas ke PutraJaya Ganti Umno peringkat negeri Pahang, di Markas Pas,Kerdau dekat sini.
Hadir sama,Pesuruhjaya Pas negeri,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Lebih 30,000 ahli Pas seluruh Pahang menghadiri perhimpunan itu.
Abdul Hadi berkata di Terengganu pula , majlis himpunan Hijau itu turut disertai 7,000 orang menerusi konvoi bermotosikal yang mendapat kerjasama baik Polis Draja Malaysia (PDRM).
Beliau gembira kerana Pas sudah diterima oleh masyarakat dalam pelbagai latar belakang dan kerjaya.
“Kita lihat ra,ai kalangan professional kakitangan awam dan artis  sudah mula menyertai dan bersama –sama Pas.
Bagi golongan artis, mereka mempunyai peminat tersendiri dan itu adalah salah satu faktor yang boleh menarik lebih ramai peminat mereka untuk sama- sama menyertai perjuangan Pas”.katanya.
Dalam majlis itu Abdul Hadi turut merasmikan majlis pelancaran buku berjudul “SENYUM” karangan PJ Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. (ZAIRUL AFIZA HAMZAH ,sinar harian selasa 3.7.2012)

No comments:

Post a Comment