Thursday, July 19, 2012

HIMPUNAN OREN CAPAI SASARAN


TEMERLOH : Ketua penerangan PAS Pusat,Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mensifatkan Himpunan Oren 14 Julai lalu berjaya mencapai matlamatnya.
Katanya,sasaran perhimpunan adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan hasrat itu telah berjaya dilakukan.
Beliau menolak tanggapan Ketua Penerangan Umno,Dato’ Ahmad Maslan yang mengatakan Himpunan Oren gagal mencapai sasaran 20,000 orang dan berniat jahat.
“Pihak Umno ni tidak akan bergembira dengan apa yang PAS buat.Jika sasaran 20,000 berjaya dikumpulkan mereka tetap mengatakan gagal.
“ini dibuktikan oleh lapuran media pro –Umno yang tetap mengecilkan jumlah peserta himpunan itu kepada hanya 1,000 orang walhal ianya lebih jauh kebih ramai daripada itu”, katanya.
Ahmad Maslan berkata:”Perhimpunan membuktikan majority peneroka menyokong penyenaraian Felda Global vantures Holding (FGVH) di Bursa Saham Malaysia.
Menurut Tuan Ibrahim peserta Himpunan oren itu lebih ramai daripada himpunan tajaan Umno yang dibuat di seluruh felda yang menghimupunkan dua tiga puluh orang sahaja.
“Himpunan itu dibuat di semua rancangan felda di seluruh Negara dan pihak media menyiarkannya di dalam akhbar harian supaya kelihatan ramai.
“Namun benarkah peneroka menyokong penyenaraian FGV itu bersetuju dengan jumlah 800 unit saham yang diberi kepada mereka berbanding jumlah saham yang diterima oleh pembesar Felda itu ?”soal beliau.
Difahamkan pembesar – pembesar Felda diberi saham sehingga 180,000 unit  berbanding 800 unit kepada peneroka.
Hanya pemimpin Umno seperti Ahmad Maslan saja yang gembira dengan jumlah 800 unit saham yang diberi kepada peneroka dengan mengatakan jumlah itu terlalu besar dan akan membawa keuntungan kepada peneroka kata Tuan Ibrahim.(Harakah 20 – 22 Julai 2012 ).

No comments:

Post a Comment