29.6.2012 MTD MENTAKAB TELAH MENGADAKAN MESYUARAT AJK BERTEMPAT PEJABAT PAS KAWASAN TEMERLOH JAYA JAM 9.00 MALAM DENGAN DIHADIRI OLEH SERAMAI 12 AJK.
PENGARAH MTD HJ.NORAZAMI MAJID PADA PEMBUKAAN MESYUARAT MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA AJK YANG HADIR, MESYUARAT HARI ADALAH MESYUARAT BULANAN DAN MENYERU KEPADA AJK SUPAYA BEKERJA KUAT DEMI MEMENANGKAN DUN MENTAKAB PADA PRU 13 NANTI.
AJINDA YANG PENTING ADALAH SATU PROGRAM CAKNA RAKYAT ANJURAN DMP KAWASAN DAN HALWA PARLIMEN TEMERLOH,INSYALLAH PROGRAM ITU AKAN DIADAKAN PADA 15.7.2012 BERTEMPAT DI UPU SONGSANG DEPAN RUMAH KAMIL AJK MTD MENTAKAB - ANTARANYA - SUMBANGAN KEBAJIKAN , JUALAN AMAL , SUKANEKA KANAK - DEWASA MULIMIN DAN MUSLIMAT .DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN .(LAPORAN US.ZAKARAIA AJK MTD MENTAKAB).
PENULIS BLOG US.ZAKARIA OMAR AJK MTD MENTAKAB .
Saturday, June 30, 2012
FORUM HAJI DAN POLITIK .
pengerusi forum us.najmi
ahli fenal 1.us.Ariffin
ahli fenal 2. us.A.Rahim
gambar kenangan di masa forum berlangsung
TEMERLOH 28.6.2012
URUSAN ULAMAK PAS TEMERLOH TELAH
MENGADAKAN SATU FORUM BERTAJUK “HAJI DAN
POLITIK” DI DARUL ANSAR CEMPAKA LANCANG TEMERLOH PAHANG, 2 ORANG AHLI PENAL
TELAH MENJAYAKAN FORUM TERSEBUT TERDIRI DARI USTAZ ARIFFIN ABDULLAH KETUA
URUSAN ULAMAK PAS TEMERLOH DAN USTAZ ABDUL RAHIM AJK URUSAN ULAMAK TEMERLOH
(BEKAS YDP PAS TEMERLOH) DENGAN DIPENGERUSIKAN OLEH USTAZ NAJMI ABDUL RAHIM
SETIA USAHA URUSAN ULAMAK PAS
TEMERLOH/SU DEWAN ULAMAK PAS PAHANG .FORUM TERSEBUT SELEPAS SOLAT
ISYAK,KEDUA – DUA AHLI FANEL MENGEMUKAKAN HUJAH ILMIAH YANG BERSANGKUTAN DENGAN
HAJI, MENEGAKKAN PEMERINTAHAN DAN
PILIHAN RAYA ,”KALAU BERLAKU PILIHANRAYA MUSIM HAJI MAKA HENDAKLAH MENGUTAMAKAN
PILIHANRAYA,AHLI PAS DISERU SUPAYA MENANGGUHKAN IBADAT HAJI KERANA PRU 13 INI
AMAT PENTING KERANA HENDAK MENUMBANGKAN BN YANG ZALIM ITU.BERDASARKAN KAEDAH
USUL FIKAH “PILIHANRAYA ADALAH WAJIB MODAYYAQ DAN IBADAT HAJI WAJIB MUWASSAA ,
MAKA APABILA BERTEMBUNG DUA YANG WAJIB MAKA HENDAKLAH MENGUTAMAKAN WAJIB
MODYYAQ,KERANA WAKTUNYA SEMPIT ,OLEH HAL DEMIKIAN MAKA HENDAKLAH MENGUTAMAKAN
PILIHANAN RAYA DAN MENANGGUHKAN IBADAT
HAJI.”
(LAPORAN US.ZAKARIA
OMAR KETUA PENERANGAN URUSAN ULAMAK PAS TEMERLOH ) .
IJTIMAK TARBAWI PAS TEMERLOH
peserta ijtimak sedang menunggu iftar jamaie
muslimat sedang mengambil makanan untuk iftar jamaie
![]() | |||||||||||||||
TEMERLOH 28.6.2012 PAS
TEMERLOH DENGAN KERJASAMA URUSAN ULAMAK DAN MTD LANCANG TELAH MENGADAKAN IJTIMAK TARBAWI DI DARUL ANSAR CEMPAKA
LANCANG TEMERLOH PAHANG DENGAN DIMULAI DENGAN IFTAR JAMAIE, SOLAT MAGHRIB,
SOLAT HAJAT DAN SOLAT ISYAK SECARA BERJEMAAH ,KIRA – KIRA 100 ORANG AHLI YANG
DATANG , TURUT SAMA HADIR TIMBALAN YDP SRD HASANUDDIN SALIM, USTAZ ARIFFIN
ABDULLAH KETUA URUSAN UALAM , SDR HASAAN OMAR PENGARAH MTD LANCANG, DAN
SEBAHAGIAN DARI AJK PAS KAWASAN TEMERLOH
,AJK URUSAAN ULAMAK DAN AJK MUSLIMAT. SOLAT HAJAT MEMOHON KEPADA ALLAH SEMOGA
MEMENANGKAN CALON –CALON PR DALAM PRU 13 NANTI DAN TUMBANGKAN BN YANG ZALIM ITU
.
(LAPORAN US.ZAKARAIA
OMAR KETUA PENERANGAN URUSAN ULAMAK TEMERLOH ) .
Friday, June 29, 2012
UMNO TAKUT KEPADA PERHIMPUNAN HIJAU
RAMLI AWANG ABDUL RAHMAN
YUSLAIDDY DESA
ARIS FAIZOL ISMAIL
TEMERLOH – Pemimpin muda
PAS Pahang menyifatkan Umno
ketakutan melihat Himpunan Hijau anuran PAS sehingga memberi kenyataan kononnya
PAS tidak boleh menggantikan Umno sebagai mengubat hati yang risau.
Setiausaha Penerangan PAS Pahang ,Yoslaiddy Desa berkata,PAS memang mampu menggantikan Umno, kenyataan PAS
tidak mampu menggantikan Umno bermaksud tidak akan meneruskan legasi Umno yang
berjiwa nasionalis rasis, kronisme dan sebagainya.
PAS katanya mampu mengambil alih tempat Umno memerintah
Negara ini bersama pakatan rakyat .
Menurutnya,PAS dan Pakatan Rakyat telah membuktikan
kebolehan mentadbir urusan rakyat di beberapa buah negeri yang dikuasainya
walaupun dengan kuasa yang manima dan sumber kewangan yang terhad.
“Rakyat umum telah mengetahui kemampuan PAS dan Pakatan
Rakyat yang bebas daripada unsur rasuah dan penyelewengan,” katanya ketika
dihubungi Harakah .
Bagi pengarah keselamatan Pas Pahang,Ramli Awang Abdul Rahman,kekuatan PAS lebih mantap bersama
Pakatan Rakyat,Umno berusaha habis –habisan untuk menghancurkan perpaduan dalam
Pakatan Rakyat.
Justeru,kenyataan pemimpin Umno lebih menjurus kea rah
menghasut ahl –ahli PAS supaya perpecahan berlaku.Ini bertujuan untuk
memudahkan Umno terus berkuasa.
Pemimpin Umno tahu, PAS yang berjuang bersendirian akan
memudahkan mereka mengalahkan PAS sebagaimana
dalam pilihan raya umum sebelum ini .
“Apabila PAS bersama dengan pakatan rakyat ,Umno menjadi
resah dan mereka sedang berusaha untuk
memecahkan perpaduan ahli Pas supaya mendesak pemimpin Pas keluar dari
Pakatan Rakyat.
“Mereka memainkan isu kononnya PAS sudah lari daripada dasar
perjuangan dan sebagainya,” kata Ramli.
Semantara itu Naib Perisedin Persatuan Anak Peneroka
Kebangsaan (Anak) Aris Fizul Ismail berkata,rakyat sepatutnya melihat sendiri kemampuan
PAS lebih 20 tahun memerintah Kelantan.Ketika mula menang 1990,Ghafar Baba
(Allahyarham)kata PAS hanya mampu bertahan 100 hari sahaja kerana tak mampu
bayar gaji,tetapi sampai hari ini PAS kekal memerintah Kelantan .
Thursday, June 28, 2012
KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'ABAN
KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’ABAN.
RASULULLAH SAW
TELAH MENGALAKKAN KITA AGAR BERAMAL PADA MALAM NISFU SYA’ABAN DENGAN SABDANYA :
إِذَا
كَانَ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُوْمُوْا لَيْلَهَا وَصُوْمُوْا
يَوْمَهَا ,فَإِنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَي يَنْزِلُ فِيْهَا لِغُرُوْبِ
الشَّمْسِ إِلَي السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُوْلُ : أَلاَ مِنْ مُسْتَغْفِرٍ
فَأَغْفِرُ لَهُ , أَلاَ مِنْ مُسْتَرْزِقٍ فَأَرْزَقُهُ , أَلاَ مِنْ مُبْتَلٍي
فَأُعَافِيَهُ ,أَلاَ كَذَا أَلاَ كَذَا حَتَّي يَطْلُعَ الْفَجْرُ .
Apabila tiba malam
nisfu sya’aban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat)
dan berpuasa pada siangnya , ini kerana Allah subhanahu wataala ( merahmati
hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari dilangit
dunia. Allah subhanahu wataala berfirman:”Adakah dari kalangan hamba – hambaKu
yang memohon keampunan , maka akan Aku ampunkannya. Adakah dari kalangan hamba
– hambaKu yang memohon rezeki,maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah
dari kalangan mereka yang ditimpa bala’,maka Aku akan sejahterakannya.Adakah
kalangan mereka bagini dan kalangan mereka begini sehinggalah terbit fajar .”
Tuesday, June 26, 2012
HIMPUNAN BANTAH LYNAS
KUANTAN – Kira –kira 1,000 penyokong anti –Lynas yang
menyertai Perhimpunan Menginap 24 jam di Balok/Gebeng bersetuju tidak memasuki
kawasan perindustrian komersial Gebeng
selepas perbincangan ringkas bersama polis,semalam.
Sejak awal pagi,sebahagian mereka memasuki Gebeng
dan berhenti di depan jalan masuk ke kilang Lynas bersama kenderaan
persendirian dan bas.walaupun ada sekatan jalan raya.
Bagaimanapun, mereka beredar 15 minit kemudian atas
arahan polis dan berkumpul di jalan besar berhadapan Institiut Latihan
Perindustrian Gebeng,lebih 4 km dari kilang Lynas.
Setengah jam kemudian,beberapa lagi kenderaan tiba
dengan membawa bendera dari Selangor,Pulau Pinang,Perak dan Kelantan sebelum
berkumpul serta mendengar ucapan beberapa pemimpin pembangkang.
Ketua penerangan PAS Pusat,Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man berkata ,”perhimpunan itu bertujuan menolak
kilang Lynas yang masih mendapat kepercayaan kerajaan.
Menurutnya,isu Lynas kini bukan berkaitan kaum atau
politik,tetapi membabitkan keselamatan dan masa depan rakyat.
Katanya walaupun tokoh tertentu memberi jaminan
radiasi berada pada paras rendah,mereka tetap mempertikaikan ukuran yang
diambil sebelum operasi kilang.
“Isunya sekarang ialah bimbang mengenai sisa kilang
itu.Kita menghormati undang – undang ,tetapi mahu isu ini diberhentikan segera “katanya.
Hadir sama,Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu,ADUN
Triang,Leong Ngah Ngah , aktivis politik , Hishamuddin Raid ,Pengerusi Lajnah
Alam sekitar PAS,Zulkefly Omar dan Sasterawan Negara A.Samad Said yang
menyampaikan puisi bertajuk “Gebeng yang luka”.
Semantara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten
Komisioner Mohd Jasmi Yusof berkta,kumpulan itu tidak mengikut prosedur dan
Akta Perhimpunan Awan 2011 yang menetapkan permohonan dibuat 10 hari sebelum
perhimpunan. Aswany Omar,Rosilawati Rosedi dan Erna Yusnida JUSOH –Sniar Harian Isnin 25 Jun 2012 .
Subscribe to:
Posts (Atom)






































