Friday, June 22, 2012

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNG.



PEPATAH MELAYU ADA MENGATAKAN “MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNG.” PEPATAH INI MENGAJAR KITA SUPAYA MENDIDIK ANAK –ANAK SEJAK IA MASIH KECIL LAGI,MAKA BEGITULAH IBUBAPA HENDAKLAH MENDIDIK ANAK-ANAK SUPAYA MENGERJAKAN SEMBAHYANG SEJAK IA KECIL LAGI, KERANA RASULULLAH BERSABADA :
مروا اولادكم بالصلاة لسبع واضربواهم عليها لعشر وفرقوا بينهم في المضاجع .
SURUHLAH ANAK-ANAKMU MENGERJAKAN SEMBAHYANG APABILA MENCAPAI
USIA 7 TAHUN DAN HENDAKLAH DIPUKUL KALAU TIDAK SEMBAHYANG KETIKA USIA 10 TAHUN DAN PISAHKAN TEMPAT TIDUR MEREKA ( ANTARA ANAK LELAKI DENGAN ANAK PEREMPUAN ).
TERANG DAN NYATA BAHAWA ANAK – ANAK HENDAKLAH DIAJAR SEMBAHYANG KETIKA USIA 7 TAHUN,KERANA ANAK –ANAK YANG DILATIH DAN DIDIDIK SEJAK KECIL MEREKA TIDAK AKAN BERASA MALAS  UNTUK MENUNAIKAN SEMBAHYANG,KERANA ALAH BISA TEGAL BIASA ,DAN BOLEHLAH DIKENAKAN HUKUMAN JIKA IA MALAS KETIKA USIA MEREKA MENCAPAI  10 TAHUN, TUJUANNYA SUPAYA MEMBERI PERINGATAN KEPADA MEREKA BETAPA PENTINGNYA IBDAT SEMBAHYANG INI.

No comments:

Post a Comment