Iktibar dari peristiwa Israk dan Mikraj .
Oleh :Us.Zakaria Omar
( Ketua Penerangan Urusan Ulamak Pas Kawasan Temerloh)
ISRAK
Nabi Muhammad s.a.w diperjalankan daripada Masjidil Haram ( Mekah ) ke Masjidil
Aqsa ( Palestin )
MIKRAJ
Nabi Muhammad s.a.w diperjalankan dari Masjidil Aqsa ( Palestin ) ke Sidratul
Muntaha
TARIKH BERLAKU
Berlaku pada malam
Isnin 27 Rejab Tahun ke 11 kerasulan.
bersamaan 621M ( 52 tahun). Kira-kira ½
tahun sebelum hijrah ke Madinah
MENGAPA BERLAKU?
Mukjizat
Rasul.
Menghiburkan
hati yang duka. (Tahun Dukacita).
Memaparkan
kekuasaan Allah.
Menerima
perintah solat
PERISTIWA SEBELUM ISRAK
Menurut Imam Bukhari :
Nabi tidur bersama
Hamzah dan Jaafar. Didatangi malaikat Jibril & Mikail
Mengangkat nabi ke telaga zam zam.Dibedah, dibersihkan hati
dan dimasukkan ilmu, hikmah dan iman. Ditutup dan dicop kenabian pada belikatnya.
KTIBAR : Buang sifat buruk dari hati kita.
PERSINGGAHAN
1. Kota
Yathrib (Madinah).
2. Madyan.
3. Bukit
Tursinah.
4. Baitullaham
5. Baitul
Muqaddis
Di semua tempat disuruh solat sunat oleh Jibril.
IKTIBAR:-
1. Banyakkan solat sunat bagi mencari keredhaan Ilahi.
2. Solat sunat bila masuk ke Masjid
MENGHAYATI PENGAJARAN
ISRA’ DAN MIKRAJ.
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ ADALAH PERISTIWA AGONG YANG
BERLAKU DALAM SIRAH PERJUANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.WALUPUN PARA ULAMA’ BERBEZA
PENDAPAT DALAM MENENTUKAN BULAN DAN TAHUN BERLAKUNYA ISRA’ DAN MIKRAJ,TETAPI
PERISTIWA INI BENAR – BENAR BERLAKU KEPADA RASULULLAH S.A.W ,
KERANA PERISTIWA INI DINYATAKAN OLEH AL-QURAN AL-KARIM DAN
DICERITAKAN OLEH RASULULLAH S.A.W. DALAM HADIS – HADIS SAHIH,YANG DIRIWAYATKAN
OLEH PARA ULAMA’ SECARA SAHIH LAGI MUTAWATIR SEHINGGA TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN
LAGI.
MATLAMAT YANG PENTING DARIPADA PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ
INI IALAH PENGAJARAN YANG BESAR APABILA RASULULLAH S.A.W. DIJEMPUT OLEH ALLAH
S.W.T. MENJADI TAMUNYA PADA MALAM YANG BERSEJARAH INI.FIRMAN ALLAH S.W.T:
سُبْحَانَ
الَّذِيْ أَسْرَي بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ
الْمَسْجِدِ الْحَرَمِ إِلَي الْمَسْجِدِ
الْأَقْصَي الَّذِيْ بَارَكْنَا حَوْلَهُ
لِنُرِيَهُ مِنْ ءَايَاتِنَا
إِنَّهُ هُوَ
السَّمِيْعِ الْبَصِيْرِ .
Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad)
pada malam hari dari Masjid Al-Haraam
(di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya
tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran)
kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Al-Israk :1)
APAKAH KEINDERAAN YANG NABI MUHAMMAD S.A.W NAIK DI WAKTU
BELAKUNYA ISRAK ITU ?
NABI NAIK
“BURAQ” Binatang di Syurga yang luar
biasa.
IKTIBAR :
Kenderaan yang sempurna.Perjalanan ke alam akhirat
Memerlukan kenderaan iaitu amal soleh. Kenderaan cepat = Membuat kerja
cepat.(Tidak bertangguh-tangguh).
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ SEBAGAI BUKTI BENARNYA KERASULAN
NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG DIPILIH OLEH ALLAH S.W.T. DAN MEMBAWA SATU AGAMA DAN
PENGAJARAN YANG BERNAMA ISLAM
إِنَّ
الدِّيْنَ عِنْدِ اللهِ الْإِسْلاَمُ.
SESUNGGUHNYA AGAMA DI SISI ALLAH IALAH ISLAM ( ALI IMRAN
:19)
وَمَنْ
يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسَلاَمِ دِيْنًا
فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي
الْأَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ .
DAN SESIAPA YANG MENCARI AGAMA SELAIN AGAMA ISLAM MAKA TIDAK
AKAN DITERIMA DARIPADANYA, DAN PADA HARI AKHIRAT KELAK DARI ORANG YANG RUGI. (ALI IMRAN:85 )
PADA MALAM YANG BERSEJARAH ITU,
RASULULLAH S.A.W. DIHIMPUN BERSAMA DENGAN RUH PARA NABI DAN
RASUL AS DI MASJID AL-AQSA. MEREKA
SEMBAHYANG BERJEMAAH BERSAMA-SAMA DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W MENJADI IMAM KEPADA MEREKA,
INI MENANDAKAN AJARAN YANG DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD SAW
ADALAH SALAH SATU MATA RANTAI AJARAN ISLAM YANG BERSAMBUNG SAMBUNG DARI SEORANG
NABI DAN RASUL KEPADA SEORANG NABI DAN RASUL YANG LALU.
BERMULA DARI NABI ADAM SEHINGGA NABI MUHAMMAD S.A.W ADALAH
NABI AKHIR ZAMAN.TIDAK ADA NABI SELEPAS NABI MUHAMMAD S.A.W.
ALLAH S.W.T. MEMILIH NABI – NABI DAN RASUL – RASUL DALAM
KALANGAN MANUSIA.MEREKA TERDIRI DARIPADA MANUSIA YANG MEMILIKI AKHLAK YANG
LUHUR LAGI TINGGI,BERSIFAT BENAR,AMANAH,MENYAMPAIKAN,CERDIK DAN BIJAKSANA DALAM
KALANGAN KAUMNYA DAN DIPERLIHARA DARIPADA MELAKUKAN DOSA.
ADAPUN MEREKA YANG TIDAK MEMAHAMI DAN BUTA AL-QURAN TIDAK
AKAN PERCAYA KEPADA PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ KERANA PADA MALAM ISRA’ DAN
MIKRAJ,RASULULLAH S.A.W. DITEMUKAN DENGAN NABI – NABI DAN RASUL –RASUL KALANGAN
BANI ISRAEL,NABI – NABI DAN RASUL –RASUL KALANGAN UMAT YANG LAIN, YANG CERITA
MEREKA DISEBUT DALAM AL-QURAN, SEBUAH KITAB ALLAH YANG MASIH ADA SEHINGGA HARI
INI. INI MENANDAKAN KEBENARAN AL-QURAN
KEBENARAN AL-QURAN BUKAN SAHAJA MENANDAKAN BETULNYA
RASULULLAH S.A.W.,BAHKAN JUGA MENJADI PENGAJARAN KEPADA UMATNYA.SEMUA NABI
MENGANUT AGAMA YANG SATU IAITU AGAMA ISLAM.SEMUA MEREKA BERSEMBAHYANG DALAM
KEADAAN MENGHADAP ALLAH SWT DENGAN CARA – CARA SEMBAHYANG YANG DIAJAR OLEH
ALLAH.
SEMUA NABI BERPEGANG DENGAN AQIDAH TAUHID
لا اله إلا
الله
TIADA TUHAN YANG SEBENR MELAINKAN ALLAH. TUHAN YANG LAYAK
DISEMBAH KEPADANYA,TUHAN YANG MENJADIKAN DAN MENGURUSKAN ALAM INI.
ALAM INI TUNDUK DI BAWAH UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN
ALLAH,MAKA WAJIB KEPADA MANUSIA HANYA TUNDUK KEPADA UNDANG – UNDANG DAN
PERATURAN ALLAH S.W.T.ITULAH AJARAN YANG DIBAWA OLEH NABI – NABI DAN RASUL –
RASUL YANG TERPAKSA BERJUANG MENGHARUNG PERJUANGAN YANG PANJANG.
DALAM PERISTIWA ITU JUGA DITUNJUKKAN KEPADA RASULULLAH S.A.W
RASUL YANG DISERTAI OLEH PENGIKUT YANG RAMAI.ADA RASUL YANG DISERTAI OLEH
PENGIKUT YANG SEDIKIT , ADA YANG BERJALAN SEORANG DIRI,ADA NABI YANG DIBUNUH
DAN ADA YANG DIPENJARA .ITULAH NABI-NABI DAN RASUL –RASUL YANG MEMBAWA AJARAN ALLAH
YANG BERDEPAN DENGAN CABARAN GOLONGAN MANUSAI YANG MENJADI BALA TENTERA IBLIS
SEHINGGA KIAMAT.
Sabda Rasulullah SAW
:
قَدْ كَانَ
مَنْ قَبْلَكُمْ يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فَيُحْفَرُلَهُ فِي الاَرْضِ ثُمَّ يُؤْتِي بِالْمِنْشَارِ
فَيُجْعَلُ عَلَي رَأْسِهِ فِرْقَتَيْنِ
مَا يُصْرِفُهُ ذَلِكَ عَنْ دِيْنِهِ
وَيُمْشَطُ
بِأَمْشَاطِ الْحَدِيْدِ مَادُوْنَ
عَظْمِهِ مِنْ لَحْمٍ وَعَصَبٍ مَا
يَصْرِفُهُ ذَلِكَ عَنْ دِيْنِهِ
Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kita diuji dan
dicuba oleh Allah SWT, ada di antara mereka yang ditimbus hidup-hidup,dibelah
tubuhnya dengan gergaji sehingga terbelah dua, tetapi mereka tetap tidak
berganjak dari agamanya, dan ada di antara mereka yang disikat tubuhnya dengan
sikat besi sehingga luruh daging dan
kulitnya,mereka juga tidak berganjak dari agamanya..
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ ADALAH BAGI MENINGGIKAN SEMANGAT
RASULULLAH S.A.W SUPAYA JANGAN TAKUT DAN GENTAR DALAM PERJUANGAN ISLAM KERANA
ISLAM YANG DIBAWA ITU IALAH AGAMA ALLAH S.W.T.SELURUH KUASA BESAR YANG ADA
DALAM DUNIA ADALAH HABUK – HABUK YANG KECIL YANG BOLEH DITIUP ANGIN,BAHKAN IA
LEBIH KECIL LAGI APABILA BERDEPAN DENGAN KETUHANAN ALLAH S.W.T PADA HARI
KIAMAT.
SEORANG YANG MENGANUT ISLAM HENDAKLAH BERASA MULIA ,TINGGI
DAN HEBAT DENGAN ISLAM, DENGAN SYARAT MEREKA BERPEGANG DENGAN ISLAM.ALLAH
MEMULIAKAN UMAT INI DENGAN ISLAM .KEHINAAN YANG MENIMPA UMAT INI ADALAH APABILA
MEREKA MENINGGALKAN ISLAM.DITUNJUKKAN PADA MALAM ISRA’ DAN MIRAJ ITU.ORANG YANG
BERPEGANG DENGAN ISLAM MASUK SYURGA DAN YANG MENINGGALKAN ISLAM MASUK NERAKA.
UMAR BIN ALKHATTAB BERKATA”KAMI ADALAH KAUM YANG DIMULIAKAN
OLEH ALLAH DENGAN ISLAM.JIKA KITA
MENCARI KEMULIAAN (AGAMA) SELAIN DARINYA MAKA ALLAH AKAN MENGHINAKAN
KITA.”
SEBAGAI MENGAKHIRI CERAMAH INI MARILAH KITA LIHAT PENGAJARAN
YANG PALING PENTING DALAM ISRA’ DAN MIKRAJ IAITU NABI DIFERDUKAN SOLAT . KERANA
SOLAT ITU ADALAH MERUPAKAN SEBESAR- BESAR AMALAN DALAM ISLAM.SESIAPA
MEMELIHARANYA, MAKA AKAN MEMPEROLEHI KEBAHAGIAAN DAN KEUNTUNGAN .SESIAPA YANG MENINGGALKANNYA MAKA DIA AKAN MEMPEROLEHI
KECELAKAAN DAN KERUGIAN.
IA MERUPAKAN ASAS BAGI MENCAPAI KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN DI
DUNIA DAN AKHIRAT.SABDA RASULULLAH SAW “AMALAN PERTAMA YANG DIHISAB BAGI HAMBA
PADA HARI KIAMAT ADALAH SOLAT.SEKIRANYA SOLATNYA BAIK,MAKA BAIKLAH SEGALA
AMALANNYA.SEKIRANYA SOLATNYA ROSAK, MAKA ROSAKLAH SEGALA AMALANNYA YANG LAIN.”
(H.RIWAYAT AL TABRANI
SABDA RASULULLAH SAW “PERJANJIAN DI ANTARA KITA (NABI)
DENGAN MEREKA (ORANG ISLAM) IALAH SEMBAHYANG, SESIAPA YANG MENINGGALKANNYA
SESUNGGUHNYA IA MENJADI KAFIR “.
Balasan orang yang meninggalkan sembahyang .
Di dalam kitab “Tanbihul ghafilin” menyebutkan bahawa 15 azab bagi
mereka yang meninggalkan sembahyang :
6 azab di dunia:
1. Dihilangkan keberkatan umurnya
2. Terhapus tanda-tanda orang soleh
dari
wajahnya
3. Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
5. Tiada doa daripada para solehin untuknya
6. Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman
3 azab ketika hampir mati:
1. Kematiannya penuh kehinaan
2. Kematiannya di dalam kelaparan yang amat
hebat
3. Kematiannya di dalam kehausan yang amat
dahsyat
3 azab ketika di dalam kubur
1 Kubur menghimpitnya sehingga berselisih
tulang rusuknya
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia
dibalik-balikkan di atas api tersebut
3 Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul
Aqra’, suaranya laksana petir, ia berkata “Hai manusia!Sesungguhnya aku diperintahkan menyiksa kamu dari Zohor
hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib
kerana kamu meninggalkan fardhu Asar”,
begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat.
3 azab ketika bertemu Allah s.w.t:
1. Datanglah Malaikat dengan rantai sepanjang
70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui
duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2. Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan
untuknya
3. Baginya azab yang amat pedih
PENUTUP
MARILAH KITA MENGAMBIL PENGAJARAN DAN MENGHAYATI PERISTIWA
ISRA’ DAN MIKRAJ,BUKAN HANYA KITA MENDENGAR CERITA YANG BERLAKU DI
DALAMNYA,TETAPI YANG LEBIH PENTING ADALAH BAGI MENAMBAH IMAN KEPADA ALLAH,NABI
MUHAMMAD SAW DAN AJARAN ISLAM UNTUK SEHIDUP SEMATI DENGAN ISLAM SEBAGAIMANA
YANG DIPERINTAHKAN OLEH SWT.
يَا أَيُّهَا
الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا اتَّقُوْا اللهَ
حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ
وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ .
Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah
dengan sebenar –benar taqwa, dan jangan sekali kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam . ( Ali Imran :102)
No comments:
Post a Comment