DATO' MAHFUZ OMAR NAIB PRESIDEN PAS
Kuala Lumpur : Perpaduan Melayu
pecah dab rapuh kerana politik sempit dan jahat yang dimainkan oleh Umno-BN
sejak berpuluh tahun lamanya,
Naib Presiden PAS,Dato’ Mahfuz
Omar semasa ditemui di Lobi Parlimen 14
Jun lalu berkata,tidak timbul isu PAS dan Pakatan Rakyat menjadi penyebab
kepada politik hari ini caca-merba.
Sebaliknya kata beliau,akibat
kesedaran rakyat dan peningkatan saluran maklumat ,mereka boleh menilai sendiri
kaedah politik pihak mana yang lebih jujur dan telus dan menyebelahi rakyat.
Beliau menjawab persoalan yang
dibangkit seorang wartawan arus perdana yang menemui beliau di Parlimen
bertanyakan mengenai isu kononnya politik hari ini menjadi terlalu sempit dan
sukar selain sengit.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga
Ahli Parlimen Pokok Sena berkata,PAS dan Pakatan Rakyat mengamalkan politik
terbuka dan tidak meletakkan kaum,agama dan keturunan sebagai penghalang.
PAS sendiri katanya mula diterima
oleh bukan Islam termasuk mereka yang menjadi ahli Dewan Himpunan Kelab
Penuokong PAS.
“Ia membuktikan keterbukaan PAS
dalam melayari politik hari ini dan menjauhi stigma perkauman yang sempit
seperti diamalkan Umno-Bn “katanya.
Jika tohmah kewujudan PAS dan
Pakatan Rakyat sebagai menyemarakkan lagi persaingan sengit dalam dunia politik
hari ini,beliau mengakuinya. (Wan Nordin Wan Yaacob Harakah 28Rejab -1Syaaban
1433 /18 -21 JUN 2012 ).
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete