SHAH ALAM – PAS tidak akan mengizinkan musim haji menafikan
hak rakyat untuk menunanaikan kewajipan berpolitik tanpa mengira menang atau
kalah sekiranya parti itu diberikan kuasa untuk memerintah.
Presidennya,Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata,hak politik
adalah amanah besar dalam ajaran Islam.
Beliau berkata,Rasulullah SAW bersabda,menghilangkan amanah
ini menjadi salah satu sebab berlakunya kiamat yang menamatkan alam dunia dengan kehancurannya.
“Pilihan raya adalah amalan politil yang menjadi hak memilih
pemimpin dan kerajaan.Politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam walaupun
pilihan raya itu dikatakan asalnya dari Barat.
“Pilihan raya adalah
cara memilih pemimpin dan kerajaan yang menjadi perkara wajib mengikut
semua mazhab Islam dengan nas dan ijmak
kecuali mazhab sesat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kenyataan ketua penerangan PAS,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
meminta ahlinya menangguhkan ibadat haji untuk memberi fokas kepada persediaan
Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13)telah menimbulkan kontravesi.
Abdul Hadi berkata,susulan daripada kenyataan Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man menjadi sasaran media Umno.
Menurutnya Umno tidak
mengambil kira musim haji atau musim puasa dan sebagainya kerana parti itu
tidak menjadikan Islam itu dasar panduan perjuangannya.
Dalam kenyataan semalam Abdul Hadi berkata,beberapa surah
dalam al-Quran menunjukkan memilih pemimpin dan kerajaan adalah perkara yang
dihisab pada hari kiamat nanti.
“Amaran ini lebih banyak daripada ayat mengenai haji dan
umrah.Pas tetap mendidik ahli dan penyokongnya bahawa politik tidak boleh
dipisahkan daripada agama Islam , seperti kepala dan badan,” katanya.
Abdul Hadi berkata,Imam Al-Ghazali seorang tokoh ulama
tasawuf menegaskan agama adalah asas,kuasa pemerintahan (politik) adalah
pengawas.Kalau tidak ada asas,ia akan runtuh dan jika tidak ada pengawas ia
akan tercicir.
“Banyak hokum Islam dihilangkan kerana politik Islam
ditinggalkan.Pas tetap berpegang kepada ajaran Islam yang tidak memisahkan
politik daripada agama Islam walaupun politl tidak termasuk dalam rukun Islam
dan rukun Iman,” katanya. (Sinar Harian Isnin 18 Jun 2012 ).
No comments:
Post a Comment