TEMERLOH: Pusat Khidmat Kebajikan Setiap Masa PAS Temerloh telah disempurnakan perlancarannya oleh Adun Kuala Semantan YB Syed Hamid Syed Mohammad di sini baru-baru ini.
Turut hadir, YDP PAS Kawasan Hj Md Jusoh B Darus, Setiausaha Kawasan Temerloh En Ahmad Zuber Omar dan En Sohaimi b Abd Latif selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS yang juga merangkap pengarah program berkenaan bersama ahli-ahli jawatankuasa yang lain serta puluhan penduduk setempat.
Menurut Sohaimi , pusat ini menjadi pilot projek kebajikan bagi PAS. Dan insyallah akan dikembangkan ke dua kawasan lain pada masa akan datang iaitu Dun Mentakab dan Lanchang. Pusat ini antara lain satelit mengaktifkan pusat kebajikan, mengalakkan masyarakat membuat kebajikan, memberitahu atau mempromosi perkhidmatan dan aktiviti yang di tawarkan.
Selain itu juga, pusat ini bakal menjadi tempat mengumpul sumbangan dari mereka yang berkemampuan dengan menjadikan ia sebuah badan mengurus dan mengedarkan sumbangan kepada golongan rakyat yang memerlukan tanpa prejudis .
Begitupun, pusat ini juga akan bertindak, sebagai pusat persediaan awal menghadapi musibah seperti banjir, kebakaran dan bencana yang lain. Selain itu ia juga bertindak juga menjadi penyelaras bagi pengumpulan tenaga para sukarelawan bagi menghadapi sebarang bencana tanpa mengira fahaman dan ideology kepartian. Seterusnya pusat ini menjadi makenaisma ke arah penganjuran program aktiviti yang boleh meningkatkan silaturahim antara penduduk dan jemaah Islam PAS dalam mencari keredhaan Allah .
Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh para dermawan, orang perseorangan atau mana-mama individu yang ingin menghulurkan sumbangan amatlah dialu-alukan. Sumbangan adalah tidak dihadkan dalam sebarang bentuk.
Pusat ini yang terletak di tepi laluan utama Jalan Temerloh Triang akan mula beroperasi mulai hari ini. Seorang petugas tetap akan ditempatkan di pusat ini sepanjang masa. Dan orang ramai yang ingin berurusan dipersilakan hadir ke pusat ini pada bila-bila masa sahaja.
Dan semua barangan yang di sumbangan insyallah akan diagihkan kepada golongan sasar yang dipilih iaitu terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, ujar beliau.
Dengan ini setidak-tidaknya keperihatinan, kehadiran dan kebersamaan PAS dalam masyarakat diperlukan dan amat dirasai. Dan kehidupan rakyat marhein terbela dan menceriakan hidup serta kehidupan mereka, jelas beliau.
No comments:
Post a Comment