Thursday, December 29, 2011

Peniaga Bantah Saman Parking



MENTAKAB: DAP Temerloh dan Mentakab bersama-sama masyarakat setempat membantah keras tindakan saman parking secara membabi buta oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) Temerloh.

Ini berdasarkan aduan ramai pemilik premis perniagaan dalam bandar berkenaan yang melanggan secara bulanan petak parking hadapan kedai mereka di bandar Mentakab  ini dan mereka juga sudahpun meletakkan serta mempamerkan  tiket-tiket parking tetapi masih juga di saman.





Kes saman ini sudah berlarutan berbulan-bulan lamanya, dan tiada jalan penyelesian dicapai. Walaupun mangsa-mangsa berkenaan turut membuat aduan kepada pihak berkenaan, dan juga berusaha bertemu dengan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Seorang pemilik premis yang di saman yang nilainya sejumlah RM20,000 menunjukkan bukti bahawa beliau pada tarikh-tarikh berkenaan membayar parking petak yang beliau gunakan tetapi masih juga di saman.

Bantahan aman berkenaan dibuat ditengah-tengah pusat bandar ini berhadapan sebuah pusat perniagaan terkenal dan turut mendapat sambutan luarbiasa para pengguna jalanraya dan pemilik premis perniagaan lain di bandar Mentakab yang rata-rata rasa teraniya dan dianayai.
Kami bukan penduduk yang engkar, kami membayar parking berkenaan dengan meletakkan tiket – tiket parking yang dikeluarkan PBT berkenaan. Selepas digoreskan tarikh dan masa waktu parking kami pamerkan. Tak kanlah parking reader masih buta dan tidak nampak, ini mustahil, jelas seorang pengguna dengan nada yang marah.

Kami sudah beberapa kali bertemu dengan Adun Mentakab En Chua Boon Seong yang mewakili penduduk Dun ini bagi mengadu masalah berkenaan. Tetapi beliau mengambil sikap mendiamkan diri sahaja.

Sikap lepas tangan dan enggan bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah rakyat ini mengundang masalah rakyat di adukan kepada pihak DAP setempat.
Sehubungan itu, bagi melahirkan rasa keperihatinan dan simpati atas nasib yang menimpa masyarakat Tionghua berkenaan En Ahmad Zubir Omar selaku wakil PAS turut hadir bagi memberi sokongan moral dan tanda simpati kepada mangsa-mangsa yang teraniaya.

No comments:

Post a Comment