TEMERLOH: YB Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohammad melancarkan operasi bot Amal Temerloh di sini kelmarin.
Sempena pelancaran gerakkerja Amal Temerloh, majlis melepaskan sebuah bot Amal Temerloh diadakan di Sungai Semantan berdekatan Taman Espalane Temerloh.
Turut hadir sama YDP PAS Kawasan Temerloh Hj Md Jusoh Darus, Pengerusi DAP Temerloh En Hoo Wee Choon, Setiausaha PAS Kawasan En Ahmad Zuber Omar, Ketua Amal Temerloh En Shafie Idris serta beberapa orang jawatankuasanya.
Dimajlis berkenaan Syed Hamid dibawa dan diringi meninjau ke memudiki Sungai Semantan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Temerloh dengan disertai bersama juga oleh pasukan Amal.
Menurut, Shafie Idris walaupun Amal hanya mampu memiliki hanya sebuah bot, tetapi ia cukup bermakna. Ini kerana pada banjir 2007 yang lalu, Amal Temerloh gagal diaktifkan dan digerakkan secara tersusun, tetapi kini alhamdulilah atas kesedaran kerja-kerja kebajikan ia berjaya menambat hati-hati anak muda kita dengan melibatkan mereka bersama. Dan sebagai buktinya, lihat sahaja pada hari ini kehadiran anak-anak muda ini lebih daripada 30 orang.
Bot yang sebuah ini akan beroperasi dipengkalan hadapan bagi melakukan kerja memindah, menyelamat dan menghantar bantuan banjir dari semasa ke semasa.
Sebab itu, pada hari ini kita mengkoordinasi dengan pihak Bomba dan Penyelamat Temerloh, agar kehadiran pasukan sukarelawan ini tidak disalah ertikan. Manfaatnya dalah akan dirasai masyarakat. Kami golongan muda yang perihatin.
Inilah juga wawasan negara bahawa belia adalah harapan dan masa depan negara, tegas beliau.
No comments:
Post a Comment