Monday, November 28, 2011
Pemukiman Taujihat PAS Temerloh berjalan lancar
Adun Kuala Semantan Lancarkan Bot Amal
TEMERLOH: YB Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohammad melancarkan operasi bot Amal Temerloh di sini kelmarin.
Sempena pelancaran gerakkerja Amal Temerloh, majlis melepaskan sebuah bot Amal Temerloh diadakan di Sungai Semantan berdekatan Taman Espalane Temerloh.
Turut hadir sama YDP PAS Kawasan Temerloh Hj Md Jusoh Darus, Pengerusi DAP Temerloh En Hoo Wee Choon, Setiausaha PAS Kawasan En Ahmad Zuber Omar, Ketua Amal Temerloh En Shafie Idris serta beberapa orang jawatankuasanya.
Dimajlis berkenaan Syed Hamid dibawa dan diringi meninjau ke memudiki Sungai Semantan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Temerloh dengan disertai bersama juga oleh pasukan Amal.
Menurut, Shafie Idris walaupun Amal hanya mampu memiliki hanya sebuah bot, tetapi ia cukup bermakna. Ini kerana pada banjir 2007 yang lalu, Amal Temerloh gagal diaktifkan dan digerakkan secara tersusun, tetapi kini alhamdulilah atas kesedaran kerja-kerja kebajikan ia berjaya menambat hati-hati anak muda kita dengan melibatkan mereka bersama. Dan sebagai buktinya, lihat sahaja pada hari ini kehadiran anak-anak muda ini lebih daripada 30 orang.
Bot yang sebuah ini akan beroperasi dipengkalan hadapan bagi melakukan kerja memindah, menyelamat dan menghantar bantuan banjir dari semasa ke semasa.
Sebab itu, pada hari ini kita mengkoordinasi dengan pihak Bomba dan Penyelamat Temerloh, agar kehadiran pasukan sukarelawan ini tidak disalah ertikan. Manfaatnya dalah akan dirasai masyarakat. Kami golongan muda yang perihatin.
Inilah juga wawasan negara bahawa belia adalah harapan dan masa depan negara, tegas beliau.
Amal Temerloh Ingin Berbakti Kepada Masyarakat
TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS Temerloh, bersama Amal Temerloh berjaya mengumpulkan lebih 30 orang sukarelawan lelaki bagi bersiapsiaga menghadapi banjir di sini semalam.
Sehubungan dengan itu, satu majlis taklimat ringkas telah diadakan ditepi tebing Sungai Semantan di Taman Espalene Temerloh. Majlis berkenaan diserikan sama dengan kehadiran dua orang Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Temerloh berserta 20 orang kakitangannya.
Pihak Bomba dimajlis berkenaan telahpun mentaklimatkan tatacara kaedah penyelamatan mangsa di dalam air, yang betul dimana telah disimulasikan oleh seorang pegawai bomba.
Disamping itu, beliau juga turut memberi tips tips langkah keselamatan kepada para sukarelawan berkenaan. Beliau juga mengingatkan keselamatan mesti diutamakan, cita-cita murni semua sukarelawan yang hadir mendapat panduan langkah keselamatan yang betul dan tepat dengan menjadikan kerja kita ini berbaloi, dengan yang menyelamat dan orang yang diselamat kedua-duanya selamat, ujar beliau.
Turut hadir adalah, YDP PAS Kawasan Temerloh,Hj Md Jusoh Darus, Adun Kuala Semantan, YB Syed Hamid Syed Mohammad, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh En Ahmad Zuber Omar, Pengerusi DAP Temerloh En Hoo Chee Woon bersama rakan dan lain-lain sukarelawan serta masyarakat setempat.
Di majlis yang sama juga, sukarelawan berkenaan di bawa meninjau ke kawasan lokasi di Sg Semantan bersama 3 buah bot bomba berkuasa kuda tinggi, serta beberapa buah bot sukarelawan.
Friday, November 25, 2011
Pemuda Amal lancar Kayuhan Hijaukan Temerloh
PAS Temerloh giat menambah keahlian baru
Monday, November 21, 2011
CERAMAH ISU SEMASA
