Wednesday, March 25, 2009

YDP KAW.TEMERLOH USTAZ ABDUL RAHIM ABDUL LATIFF

Salam buat semua saf pimpinan dan ahli Pas kawasan Temerloh.Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kpd semua yg terlibat dalam menjayakan mesyuarat agong Pas kawasan Temerloh baru2 ini.Harapan saya agar;
1-Semua mereka yg terpilih adalah pemegang amanah dari Allah yg berkewajipan utk melakukan kerja2 mengukuhkan Parti melalui aqidah,ukhwah dan jihad.
2-Unsur2 negatif yg boleh merosakan Parti perlu dihindari sejauh2nya,kerana Parti kita adalah Parti islam yg tentunya berbeza dgn parti2 yg lain.
3-Kepada mereka yg tidak terpilih seharusnya berlapang dada dan bermuhasabah diri.Sebenarnya masih ada ruang utk mereka menyumbangkan khidmat kpd Parti.
4-Saya juga mengharapkan kerjasama dari semua juzu`Parti,samada Ulama`,Muslimat dan Pemuda utk memajukan Pas Kawasan.
Harapan saya semuga segala kekeliruan yg timbul telah dpt dirungkaikan dgn penjelasan melalui Mesyuarat agong baru2 ini.Apa jua kekusutan yg timbul selepas ini hendaklah dirujuk kpd sumber dalaman Parti melalui saluran yg sah.
Semua dari kita hendaklah menumpukan kerja masing2 di semua peringkat supaya kita lebih bersedia utk menghadapi cabaran akan dtg yg tentunya lebih besar.Dan akhirnya kita harapkan segala kerja kita diberkati oleh Allah.Wassalam
Ust Abdul Rahim Abdul Latiff
Yang Dipertua Pas Kawasan Temerloh
Sessi 2009-2011

No comments:

Post a Comment