Wednesday, March 25, 2009

ADUN KUALA SEMANTAN TURUN PADANG

YB Syed Hamid Syed Mohamad,ADUN Kuala Semantan selalu turun padang untuk berjumpa dengan orang ramai utk mendengar masalah mereka seterusnya menyelesaikanya setakat termampu.Tengahari tadi beliau pergi ke Taman Temerloh Jaya dan berjumpa dgn beberapa peniaga ditaman perumahan tersebut yg menyampaikan beberapa masalah yg mereka hadapi.Antaranya ialah selalu berlaku kekacauan dari anak2 muda yg suka merosakan harta benda individu dan awam.Beliau berjanji utk membawa perkara ini ke pihak atasan utk tindakan selanjutnya.Antara permintaan orang ramai ialah mewujudkan sebuah pondok polis di sekitar tapak Pasar Malam utk mengawasi kawasan kedai khususnya dan kawasan rumah amnya.Banyak sudah laporan Polis dibuat,tapi bila polis datang,mereka yg membuat kacau sudah pun lari.Dgn adanya Pondok polis sudah tentu ada anggota yg sentiasa mengawasi keadaan seterusnya dapat menjamin ketenteraman Taman Temerloh Jaya yg terdapat ribuan penduduk itu.

No comments:

Post a Comment