Tuesday, March 31, 2009

PETUGAS DARI TEMERLOH DIALUKAN KE PRK BUKIT GANTANG


PRK P.059 Bukit Gantang semakin hampir. Kali ini, PAS Pahang turun gelangang lebih awal jika dibandingkan ketika PRK Kuala Terengganu. Hingga kini, beberapa kumpulan petugas sedang asyik bekerja untuk menang di beberapa Unit Peti Undi yang telah diamanahkan.

PAS Pahang telah menyediakan hampir sepuluh tempat penginapan untuk para petugas (tidak disediakan untuk para pelancong dan pemerhati) yang akan datang dari masa ke semasa sehingga ke hari pembuangan undi .

Jarak dari satu UPU ke UPU yang lain agak jauh. Kontigen Pahang di amanahkan di DUN Kuala Sepetang. Tiga UPU yang diletakkan di bawah Kontigen Pahang semuanya teletak di pinggir Bandar Taiping. Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) Pahang telah membuka Pejabat Operasi di Taman Perumahan Kg. Berkat yang jaraknya dari “Exit” Taiping/Kemunting hanya lebih kurang 5 KM.

UPU Air Putih terletak diantara Lebuh Raya dengan Kemunting . UPU Kemunting Station juga menuju ke arah yang sama. Manakala UPU Simpang Halt menghala ke Changkat Jering.
Bagi sahabat-sahabat di luar Negeri Perak khususnya dari Pahang yang akan datang ke Penempatan Pahang hanya perlu memastikan keluar di “Exit” Taiping/ Kemunting.

InsyaAllah ianya akan memudahkan para petugas untuk sampai ke distinaasi. Apabila sampai di Tol tersebut hubungilah sahabat yang telah berada di pejabat operasi.

No comments:

Post a Comment