Sunday, October 30, 2011

PAS KAWASAN TEMERLOH BANTAH KONSERT GEGARIA HARIAN METRO (KGHM)



TEMERLOH, 28 Oktober: PAS Kawasan Temerloh menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang mengizinkan konsert sempena Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) di Taman Awam Kubang Gajah di sini, bermula hari ini sehingga 30 Oktober ini. Memorandum tersebut diserahkan oleh Setiausaha PAS Kawasan Temerloh, Ahmad Zubir Omar kepada pihak MPT petang ini. Menurut memorandum tersebut, konsert melibatkan artis seperti itu sudah terlalu acap diadakan di sini tanpa mengira keresahan penduduk serta acara yang dijalankan tidak langsung memberi kebaikan malah dikhuatiri memberi kesan negatif. Menurut memorandum yang ditujukan kepada Yang Dipertua MPT itu, konsert tersebut bakal mencampur-adukkan remaja berlainan jantina bukan mahram yang sudah tentu mendedahkan kepada gejala kurang sihat seperti seks bebas, rogol, kecurian, minuman keras dan bertindak di luar sedar.

“Lokasi yang berhampiran dengan surau dan kawasan perumahan berdekatan dengan lokasi konsert tersebut pula bakal mengundang rasa tidak selesa, biadab, gangguan bunyi dan bakal mengganggu konsentrasi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. “Penganjuran aktiviti ini hanyalah mengundang kepada penularan gejala maksiat dan mungkar yang semakin berleluasa dan membarah di kalangan remaja, seolah-olah tiada rasa keprihatinan terhadap bala bencana yang menimpa negara-negara seluruh dunia dunia. “Keizinan MPT menggambarkan persetujuan dan menggalakkan lagi gejala keruntuhan akhlak anak-anak muda tempatan pada masa akan datang kerana pada tahun ini sahaja sudah banyak aktiviti seumpama itu di situ. Sedangkan agensi kerajaan tidak boleh dilihat sebagai promoter kepada program maksiat.” Memorandum tersebut akhirnya memohon dan mengharapkan MPT selaku tuan milik premis, tidak mengizinkan konsert berkenaan diteruskan demi untuk menghindarkan kemurkaan Ilahi tambahan hanya beberapa hari menjelang hari raya Aidil Adha.

60 tahun PAS Peringkat Negeri Pahang

TEMERLOH: Sambutan 60 Tahun PAS peringkat negeri Pahang selamat diadakan pada 26hb Oktober yang lalu. Sempena dengan sambutan berkenaan PAS Kawasan Temerloh turut serta memeriahkan acara sepanjang 2 hari sambutan berkenaan.

Turut memeriahkan sambutan berkenaan adalah dengan kehadiran YB Zailah Ketua DMP Pusat, YB Hj Mohammad Sabu Timbalan Presiden, YB Sallehudin Ayub rakan-rakan Pakatan.

Para delagasi PAS Kawasan selain menghantar para petugas turut menyertai pameran memaparkan sejarah aktiviti PAS bersama NGO dan rakyat sejak 60 tahun tahun yang lalu sejeak keberadaan PAS Pahang dalam arena politik tanah air.

Rata-rata para pengunjung yang hadir dapat berbangga dengan paparan pameran, namun bagi sesetengah pengunjung mahukan format perayaan yang besar begini diubah mengikut kesesuaian dan kaedah terkini.

Namun demikian seorang aktivis PAS yang enggan nama disiarkan turut memberi pandangan yang bernas dan berguna kepada PAS.


Rakyat mesti didedahkan, biar PAS didekatkan dengan rakyat, bukannya perayaan sesama ahli PAS sahaja, ujar beliau.

Saturday, October 29, 2011

PJ PAS Pahang lancar jentera Dun Mentakab


TEMERLOH: Persuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, kelmarin merasmikan pelancaran jentera pilihanraya Dun Mentakab dalam Parlimen Temerloh dekat sini kelmarin.

Parlimen Temerloh adalah antara 14 parlimen dalam negeri Pahang dan mempunyai 3 dun iaitu Lanchang, Kuala Semantan dan Mentakab. Parlimen ini mempunyai potensi untuk dimenangi oleh Pakatan memandangkan pada PRU12 yang lalu calon PKR dikalahkan dengan moriti undi kurang 2000 undi.

Pelancaran tersebut dilancar rasmikan di Bilik Operasi Dun berkenaan, di Bangau. Turut hadir adalah wakil Timbalan YDP, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh serta AJK PAS Kawasan dan pimpinan Pakatan Rakyat Temerloh serta ahli exco Jentera Pilihanraya Dun .

Dalam ucapan perasmian Dato' Tuan Ibrahim mengingatkan kepada semua organ parti melipatgandakan usaha dan merapatkan saf dengan dapat memberi fokus kepada kerja-kerja kemasyarakatan ke arah meraih sokongan golongan ini agar pilihanraya kali ini dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Majlis berkenaan diserikan dengan pemotongan riben dan penyematan plag tanda simbolik gerak kerja pilihanraya Dun ini dilancarkan.




Wednesday, October 26, 2011

LAPORAN AUDIT : KPI RAKYAT TOLAK UMNO BN DI PAHANG JUGA

KERDAU: Rasuah menjadi-jadi dan semakin mengila dalam kerajaan yang ada, rakyat kena sedar dan buat sesuatu pada PRU13 akan datang. Demikian jelas YB Saifudin Nasution Setiausaha PKR semasa berucap di sini kelmarin.

Menurut laporan Audit Negara 2010 antara agensi kerajaan yang paling tinggi melakukan 'aktiviti ' rasuah adalah SPRM sendiri. walhal agensi ini dipertanggungjawabkan bagi memerangi gejala dan segala aktivit rasuah dalam semua agensi dan jabatan-jabatan kerajaan.

Jdi apa lagi yang tuan-tuan mahu harapkan. Bagaimana cara untuk kita membersihkan hal ini. Caranya muah tukar kerajaan yang sedia ada dengan kerajaan yang lain.

Balik malam ini tuan-tuan ingat 3 perkara sahaja, minta cakap esok di kedai-kedai kopi. Pertama harga sebuat teropong oleh pasukan maritim Malaysia yang harga pasaran cuma RM1540 , dibeli mencecah lebih RM56,000. Suami dan anak seorang menteri kabinet dapat pinjaman untuk memelihara lembu feetlot RM250juta. Lembunya yang menjadi hanya 20 ekor sahaja. Dan RM770 ribu untuk ....


Di Pahang kawasan Indera Mahkota TNB menyambung elektrik dengan harga luar biasa. Di Bera 6 buah rumah masukkan api tiada penghuni harganya lebih RM66 ribu. Dan banyak lagi amalan-amalan luar biasa...

Beliau menyatakan demikian semasa berucap Sempena Sambutan 60 tahun PAS peringkat Negeri Pahang. Turut hadir adalah Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, blogger terkenal Tukar Tiub Hishamuddin Rais.