Friday, April 10, 2009

SAH! Nizar Dijemput Ke Istana...


Tanda-tanda bahawa Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan sebagai penyelesaian kepada krisis politik yang melanda negeri tersebut sejak awal Februari lalu nampaknya semakin nyata apabila Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah dijemput mengadap Sultan Azlan Shah 19 April depan.

Ketika dihubungi TV Antara, Datuk Seri Mohammad Nizar yang juga ahli parlimen Bukit Gantang mengesahkan beliau telah menerima jemputan dari pihak istana untuk menghadiri majlis penganugerahan bintang-bintang kebesaran pada tarikh tersebut sempena sambutan keputeraan baginda baru-baru ini.

Beliau juga berkata susulan kepada surat pertama yang dihantar kepada Sultan awal Mach lalu untuk memohon perkenan mengadap juga telah dihantar minggu lepas.

Ditanya samada beliau akan membangkitkan isu pembubaran DUN Perak pada pertemuan dengan Sultan Azlan Shah pada majlis rasmi itu kelak, Datuk Seri Mohammad Nizar berkata ia bukan suasana yang sesuai untuk membincangkan perkara tersebut.

“Saya menunggu jawapan daripada pihak istana untuk mendapatkan tarikh yang sesuai untuk mengadap Tuanku Sultan dan pada ketika itu isu pembubaran DUN akan saya persembahkan kepada baginda untuk pertimbangan sewajarnya,” kata beliau.

Perkembangan terbaru ini boleh ditafsiran sebagai indikasi bahawa Sultan Perak mahu melihat penyelesaian kemelut politik akibat daripada tindakan rampasan kuasa haram yang didalangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui Umno dan Barisan Nasional negeri yang mengheret institusi raja bagi memenuhi skim politik khianat mereka.

Ini juga berikutan kemenangan besar Pakatan Rakyat di pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang 7 April lalu yang dianggap sebagai referendum rakyat terhadap desakan supaya DUN dibubarkan bagi membuka jalan kepada pilihan raya negeri secepat mungkin.

Ia juga merupakan isyarat yang jelas kepada Istana bahawa referendum rakyat Bukit Gantang mestilah dihormati oleh semua pihak.

Datuk Seri Mohammad Nizar selaku Menteri Besar yang sah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Perak bagi memohon mengadap untuk mempersembahkan hasil keputusan persidangan tergempar DUN yang diadakan di bawah pokok 3 Mach lalu.

Sidang DUN tersebut meluluskan tiga usul iaitu sokongan terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar, membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan dan membenarkan Speaker, V. sivakumar mengambil tindakan menghina Dewan terhadap polis, Menteri Dalam Negeri (ketika itu Datuk Seri Syed Hamid Albar), Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim serta kakitangan awam yang terlibat menghalang sidang tergempar tersebut.

No comments:

Post a Comment