Saturday, April 25, 2009

PERTEMUAN DEWAN HARIAN PAS TEMERLOH DAN DEWAN-DEWAN



Malam tadi berlangsung satu pertemuan pertama antara Dewan Harian Pas Kawasan Temerloh dengan Dewan-dewan, iaitu Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Pertemuan ramah mesra ini dipengerusikan oleh Setiausaha Pas Kawasan iaitu Sdr Hasanudin Salim. Semua Ketua-ketua Dewan hadir bersama AJK yang lain.

Majlis berlangsung bermula dengan sesi taaruf kerana kedapatan muka-muka baru dalam kepimpinan PAS Temerloh kali ini.

Tumpuan lebih tertumpu kepada ucapan semua ketua dewan mengenai perancangan dan strategi serta program yang akan dilaksanakan.

Saranan dari Ustaz Najmi selaku setiausaha Urusan Ulama agar pertemuan ini ditaqwimkan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Sementara Ketuanya, Ustaz Ariffin Abdullah membentangkan taqwim dewan yg telah dirancang dalam masa terdekat.

Sementara Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Jauhari Ishak menjelaskan fungsi dan peranan yg berbeza antara dewan-dewan tapi ada ketikanya perbezaan tersebut perlu dilupakan sementara dalam keadaan2 tertentu.

Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Salmi Mohd mengumumkan program terdekat iaitu ceramah Ust Misbah di Darul Amin Sg Gau pada 1 Mei ini.

Timb. YDP Kawasan, Haji Jusoh Darus membaca perlembagaan Pas berhubung dgn fungsi Dewan2 yg perlu dititikberatkan bersama.

Diakhir majlis, YDP Kawasan, Ustaz Abd Rahim menggulung pertemuan dan mengupas isu-isu yang dibangkitkan dan berharap pertemuan yang penuh dengan mahabbah ini akan berterusan dan menjadi titik tolak kepada perkembangan yang positif kepada Pas Kawasan Temerloh.

No comments:

Post a Comment