Sunday, September 22, 2013

TUAN GURU HAJI HASANUDDIN MUHAMMAD 1914 - 2005

 TUAN GURU  HAJI HASANUDDIN BIN MUHAMMAD (1914 – 2005)
TUAN GURU HAJI HASANUDDIN MUHAMMAD   ULAMAK BESAR PAHANG, PENGASAS SEKOLAH AGAMA AL-WOSTO BERHALA GANTANG DAN MAAHAD TAHFIZ AL-AMIN BERHALA GANTANG.
.
BIOGRAFI :
1.NAMA : HAJI HASANUDDIN BIN MUHAMMAD
2.NAMA BAPA :  MUHAMMAD (SITAM) BIN JAMALUDDIN
3.NAM IBU  : SOPIAH BINTI JANAL
4.TARIKH LAHIR ; 1914
5.TEMPAT LAHIR : KAMPUNG BERHALA GANTANG TEMERLOH PAHANG DARUL MAKMUR .
6.BILANGAN ADEK BERADEK : 10 ORANG , BELIAU ANAK KE – 3.
KELUARGA
BEKAHWIN DALAM TAHUN 1949  DENGAN ROKIAH  BT ABDULLAH  MENDAPAT  9 ORANG ANAK IAITU KHADIJAH , RAUDAH, HAMIDAH,ZAINALABIDIN , MOHD SYUKRI, ZULKIFLI , YUSOF ZAKI DAN ABDULLAH TAHIR .(ANAK SULUNGNYA MENINGGAL WAKTU KECIL )
SETELAH ISTERI  PERTAMA MENINGGAL DUNIA  BELIAU BERKAHWIN DENGAN AINON KAMAL BT SALLEH , DIKURNIAKAN 4 ORANG ANAK IAITU KAMILAH , JALALUDDIN , AZIMAH DAN PAK ITAM . (ANAK SULUNG DENGAN AINON KAMAL MENINGGAL DUNIA WAKTU KECIL ) 
TUAN  GURU DENGAN ISTERI KEDUA AINON KAMAL DAN ANAK -ANAK .
RUMAH TUAN GURU PANDANGAN DARI SEBELAH TEBING SUNGAI PAHANG .
.
PENDIDIKAN
1.SEKOLAH RENDAH ; SEKOLAH  MELAYU  BANGAU TEMERLOH
2.MENENGAH RENDAH : PONDOK AL QURAN TUAN HAJI MAN LUBUK KAWAH
3.MENENGAH TINGGI ; PONDOK TUAN GURU HAJI ISMAIL MAT AKIL KG.NERHALA ,KUALA LIPIS.
4.PENDIDIKAN TINGGI : MADARSAH AHMADIAH BUNUT PAYUNG KOTA BARU   KELANTAN ( TUAN GURU HAJI ABDULLAH TAHIR   1941 – 1947 ).
SEKOLAH TUAN GURU PERINGKAT TINGGI MADARASAH AHMADIAH BUNUT PAYUNG KOTA BARU KELANTAN 1941 - 1947 .
PANDANGAN DALAM  MADARASAH AHMADIAH - PENULIS DENGAN ISTERI BERGAMBAR KENANGAN -  PENULIS PERNAH BERLAJAR  DI SINI  1965 - 1966.

SUMBANGAN :
1.MENDIRIKAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-WOSTO BERHALA GANTANG 1948.
 SEK.AGAMA ALWOSTO BERHALA GANTANG.

2.MENYERTAI 2 KALI PILIHANRAYA  BAGI WAKIL PAS 1959 DAN 1964.
3.MEMBUAT TAKWIN SOLAT BAGI NEGERI PAHANG
TAKWIN SOLAT NEGERI PAHANG OLEH TUAN GURU
.
4.HAKIM MUSABAQAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 1960AN DAN 1970AN.
4.PENGERUSI JEMAAH PENGELOLA SEK.KEB,BINTANG.1960 – 1975 .
5.YANG DIPERTUA PERSATUAN PELADANG DAERAH TEMERLOH 1975 – 1980.
6.PENGERUSI KILANG PADI KAMPONG BERHALA GANTANG .
7.PENGERUSI PEKAN PELAJAR SEKOLAH –SEKOLAH AGAMA NEGERI PAHANG 1964.
8.IMAM MASJID BERHALA GANTANG 1950 – 1995.
MASJID BERHALA GANTANG
9.PENASIHAT FALAK NEGERI PAHANG .
10.PENASIHAT MAAHAD TAHFIZ ALAMIN KG BERHALA GANTANG  .
PELAJAR TAHFIZ AL AMIN
MUDIR MAAHAD TAHFIZ AL AMIN US.WAHID GHAFAR IBRAHIM  MENYAMPAIKAN KHUTUBAH RAYA AIDIL FITRI

KEISTEMEWAAN :
1.PUASA  SUNAT ISNIN DAN KHAMIS .
2.SOLAT TAHAJJUD SETIAP MALAM.
3.KHATAM AL-QURAN SETIAP BULAN SEKALI .
4.MENGAUASAI BAHASA ARAB DAN KITAB – KITAB AGAMA .
5.MULAZAMAH KITAB-KITAB ARAB YANG TINGGI SEPERI FATHUL KARIB ,IQNA.\’
RISALAH TAUHID DLL.
6.SELALU MENZIARAHI ORANG – ORANG ALIM DAN WARGA EMAS .
KENANGAN MANIS .
1.1942 TERPAKSA TUNGGAL DI BUNUT PAYUNG , KOTA BARU KELANTAN SELAMA 4 TAHUN TIDAK BOLEH PULANG KAMPUNG KERANA PEPERANGAN DUNIA KE 2 TERKURUNG DI KAWASAN PONDOK HAJI ABDULLAH TAHIR .
2.1942 BALIK KAMPUNG TERPAKSA MENHADAPI  DARURAT DARI TAHUN 1947 HINGGA 1952 ,NAMUN TIDAK PATUH SEMANGAT UNTUK MENDIRIKAN SEKOLAH.
3.1964MADARASAH AL-WOSTO MERUPAKAN PUSAT PENDIDIKAN YANG TERBESAR DI NEGERI PAHANG DENGAN BILANGAN MURID TETAP  BERJUMLAH HAMPIR 400 ORANG .
4.1966 BERJAYA MEWUJUDKAN  KELAS LAPAN  ( 4 THANAWI ) DI SEKOLAH AL-WOSTO SETARAF DENGAN UNIVERSITI .
5.1970MENHADAPI ZAMAN  KEMELESETAN EKONOMI DAN PELAJAR – PELAJAR TIDAK MAMPU MEMBAYAR YURAN SEHINGGA RAMAI MEMASUKI SEK MEN HARIAN .
6.1982 MADARASAH AL-WOSTO DI SERAHKAN KEPADA KERAJAAN PAHANG.
7.1996 BERJAYA MENUBUHKAN MAAHAD TAHFIZ AL –QURAAN  AL AMIN BERHALA GANTANG DENGAN US.HJ.WAHID GHAFAR SEBAGAI MUDIR .
8.1996 – 2005 PENASIHAT MAAHAD TAHFIZ AL –QURAAN  AL AMIN BERHALA GANTANG 
BERITA TUAN GURU KEMBALI KE RAHMATULLAH DI MUATKAN DALAM BUKU PERINGATAN  MUKTAMAR DEWAN ULAMAK  KALI KE  16 .TAHUN 2006 .
.9.2005 KEMBALI KERAHMATULLAH JAM 7.00 PAGI JUMAAT  11-11-2005 .
DIPETIK DARI BUKU “SEJARAH ISLAM PAHANG 1750 – 2000 SUSUNAN US.HJ ZAINALABIDDIN HJ.HASANUDDIN
.BUKU SEJARAH ISLAM PAHANG 1750 - 2000
US.HJ ZAINALABIDDIN HJ.HASANUDDIN
PENULIS BUKU SEJARAH ISLAM PAHANG 1750-2000.



CATATAN  DAN FOTO OLEH US.ZAKARIA OMAR  ANAK SAUDARA   SEPUPU  TUAN GURU HJ HASANUDDI  BIN MUHAMMAD .

No comments:

Post a Comment