Tuesday, April 23, 2013

BAHAYA UNDI BN PRU13 !



PRU13:BAHAYA UNDI BN !
KUALA LUMPUR : Jika rakyat Negara ini masih terus memangkah BN dalam PRU13 kali ini,bermakna mereka sengaja menempah bahaya untuk masa depan anak cucu,tegas ketua Penerangan PAS Pusat,Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya,dibawah “Kebijaksanaan”kerajaab Umno-BN,hutang Negara telah meningkat begitu tinggi sehingga melebihi RM500 bilion yang terpaksa ditanggung rakyat.
Rakyat perlu sedar,Kerajaan Umno-BN tidak pernah mahu menangani kenaikan harga barangan keperluan harian sehingga menjadi beban teruk kepada mereka yang berpendapatan rendah.
Selain itu,tegas Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man harga petroleum,bil air,tariff elektrik,kadar tol turut naik itu menyebabkan kos hidup rakyat semakin meningkat.
Beliau yakin,penangguhan cukai barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hanya bersifat semantara bagi menghadapi PRU13.
“Jika BN menang PRU kali ini,bermakna GST dan AES itu pasti akan dilaksanakan.
“Dan rakyat akan disembelih semahunya bagi mengutip duit rakyat untu menampung kos perbelanjaan PRU13 yang telah dilaburkan BN” katanya  dalam wawancara bersama BANGKIT.
Menurut Ustaz Tuan Ibrahim,Pakatan Rakyat telah pun membentangkan manifestonya bertemakan  “Pakatan Harapan Rakyat” dan sangat diterima baik oleh rakyat seluruhnya.
Katanya,antara tawaran Pakatan itu termasuklah untuk menghapuskan tol.memansuhkan PPTN,menyedikan lebih banyak rumah mampu milik untuk keperluan rakyat, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat,menurunkan harga petrol,diesel dan gas,menurukan harga barangan,memberikan hak peneroka kepada para peneroka dan generasi kedua serta ketiga peneroka, di samping lain –lain tawaran yang amat berguna kepada rakyat.
Beliau amat berharap ,rakyat bijak menggunakan peluang mengundi kali ini untuk menukar Kerajaan Umno-BN kepada pentadbiran tatakelola baharu daripada Pakatan Rakyat . ( Oleh :AZIZ MUDA – BANGKIT keluaran 22 -25 April 2013 .)

No comments:

Post a Comment