Meskipun pelbagai reaksi dirimbulkan berkaitan deretan sejadah yang seolah-olah rukuk dan sujud menghadap kiblat, namun tidak dapat dinafikan itulah kekayaan Allah SWT. Subhanallah!
Kejadian berlaku di Madrasah Darul Hijrah Paya Pasir, Maran, Pahang. Ia ditubuhkan oleh mantan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Alwi Abdul Hamid dan kini dipimpin pula oleh balunya mantan Ketua Muslimat PAS Pusat / Pahang Ustazah Azizah Khatib Mat.
Kejadian berlaku di surau lama (berusia hampir 70 tahun) kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.
Kejadian yang menggemparkan itu turut mendapat liputan media.
Seorang pelajar, Filza, bercerita begini, pada jam 6.45 petang sebelum kejadian, pengetua maahad itu meminta dia bersama tiga rakan lain, Badlishah Sadino, 11, Aiza Zamri, 10, dan Norsyamira Ismail, 13, mengangkat 45 sejadah yang dijemur di penyidai kerana hujan.
“Umi (Kak Zah) meminta kami mengangkat sejadah terbabit untuk dihamparkan di surau lama ini memandangkan semua sejadah masih lembap.
“Selesai solat Maghrib, saya bersama seorang rakan, Najwa Baderi, 14, naik ke tingkat itu untuk mengambil wuduk yang terbatal. Selepas mengambil wuduk dan melintasi bilik mengaji ini, saya terkejut apabila melihat sejadah di hadapan pintu berbentuk seakan sedang sujud menghadap kiblat.
Filza berkata, mereka segera ke tingkat bawah dan memaklumkan kepada pengetua maahad mengenai kejadian pelik itu.
No comments:
Post a Comment