Sunday, November 29, 2009

JOM sertai PAS : Gelombangnya bermula Di DUN Semantan

29 Nov 2009 : PAS Kawasan Temerloh telah memulakan gerakerja perdana JOM sertai PAS lanjutan pelancarannya tempoh hari. Semalam buat pertama kalinya bertempat di Kg Paya Kemuning Temerloh majlis berkhatan, majlis korban, tahlil perdana, dan ceramah mini diadakan sepanjang sehari suntuk tersebut. Majlis bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 11.00 malam. Ramai penduduk sekitar yang turut hadir ke program berkenaan.

Dalam majlis berkhatan pula seramai 22 orang anak-anak disunatkan. Mereka adalah terdiri daripada anak-anak yang terdapat di sekitar kejiranan berkenaan. YDP PAS Kawasan Temerloh Al Fadil Ust Abd Rahim Latif telah merasmikan majlis berkenaan. Beliau antara lain telah menekankan soal kebersihan dalam Islam mencakup soal kehidupan manusia.
Program tersebut meriah dan ceria apabila mendapat sambutan serta sokongan menggalakkan daripada masyarakat sekitar. Seekor lembu telah ditumbangkan dengan cara gotong royong oleh penduduk sekitar. Daging korban tersebut diagihkan kepada penduduk sekitar dan selebihnya dibuat majlis jamuan pada sebelah malam.

'Program JOM sertai PAS ini adalah Gelombang Sokongan Rakyat kepada PAS, ia akan dilanjutkan sehingga ke bulan Februari 2010 ke seluruh Parlimen Temerloh. Dengan mensasarkan minima penyertaan masyarakat menjadi ahli PAS seramai 1,000 orang. Insyallah Program berkenaan akan disegarkan oleh rakyat yang mahu kan perubahan,' demikian ujar Pengarah Program ini.

Friday, November 27, 2009

5 DIS 2009
BERKHATAN BERAMAI2
SURAU TAMAN TINAH

Thursday, November 26, 2009

PROGRAM DISANA SINI

1 DIS 2009
MARKAS PAS KG CHEMPAKA LANCHANG
CERAMAH PERDANA
-TG DS Abd Hadi Awang ( Presiden PAS )
-Ust Abd Rahim Latif ( YDP Temerloh )
-En Suria ( Kelab Penyokong PAS )


29 NOV 2009
SURAU BUKIT KEMUNING
-Berkhatan Beramai2
-Ceramah Isu Semasa
Ust Suhaimi Saad
Ust Abd Rahim Latif
Ust Jauhari Ishak
-Perasmian Pasti Az-Zahra` (2)

27 NOV 2009
-MARKAS PAS DARUL ANSAR KG CHEMPAKA, LANCHANG
Solat Aidil Adha & Ibadah Korban

-DARUL IZZAH
Solat Aidil Adha & Ibadah Korban

-DARUL AMIN SUNGAI GAU
Solat Aidil Adha & Ibadah Korban




Sunday, November 22, 2009

Lagi Foto-foto Sekitar Pelancaran Kempen "Jom Sertai PAS" Kawasan Temerloh (Edisi Tanjung Besar)


Dato` Nik Amar dan YB Idham Lim dikelilingi oleh pimpinan Pas Negeri dan Kawasan Temerloh pada malam pelancaran kempen "Jom Sertai Pas"



Dato` Nik Amar merasmikan kempen "Jom sertai Pas"diiringi oleh SU Perhubungan dan YDP kawasan




"Saya masuk Islam, bukan masuk Melayu" kata YB Idham Lim Abdullah, Adun Titi Serong, Perak




YDP kawasan Temerloh, Ustaz Abdul Rahim Abdul Latif menyampaikan kata aluan.




Encik Vincent Lim dari Kelab Penyokong Pas memulakan ucapan dlm program malam tersebut, sementara Encik Suria (foto atas) juga dari KPP memukau hadirin dgn loghat Melayu yg fasih.

Foto-Foto Sekitar Program Pelancaran Kempen "JOM SERTAI PAS" Kawasan Temerloh

Orang Mude Geng Kite."Santai Seni-Roti Canai Teh Tarik"

Petang semalam berlangsung "Program Santai Seni- Roti Canai Teh Tarik" di Tapak pasar malam Taman Temerloh Jaya.Program yg menampilkan Renggo Arrow ini mendapat sambutan yg menggalakan dari org muda khususnya.Program yg berbentuk santai ini julung kali diadakan di Temerloh.Sambil penonton dihiburkan dgn persembahan dari artis2 jemputan, mereka dihidangkan dgn Roti canai dan Teh tarik secara percuma.Penonton terhibur melihat gelagat Affendi tukang tebar Roti Canai yg mempamerkan aksi2 menebar Roti yg menakjubkan.Tidak hairanlah beliau dapat memasuki pusingan akhir Cabaran Roti Canai di TV sedikit masa lalu.





Qamarul Roihan mempunyai bakat terpendam dalam bidang seni yg perlu dipupuk dan diberi peluang yg secukupnya.Anak Chenor yg menetap di Taman Sri Semantan,Temerloh ini mula mendapat perhatian.Beliau turut dijemput utk menjayakan Program Santai Seni ini.



Kumpulan Huffaz membuka tirai persembahan dlm Program Santai Seni ini.Kumpulan ini kerap diundang di Taman Temerloh Jaya.Anak didik Ustaz Wahid ini memang mampu menghiburkan hadirin dgn persembahan mantap mereka.Cuma mereka perlu si beri sponsor dlm meningkatkan lagi mutu persembahan mereka.

Monday, November 16, 2009

Hari Graduasi Pasti Temerloh


Hari Graduasi Pasti Temerloh diadakan pada hari ahad lepas bertempat di Bukit Bendera Resort, Mentakab.Perasmian disempurnakan oleh Saudara Hasanudin Salim selaku Ketua Penerangan Pas Negeri Pahang.Turut berucap ialah YDP kawasan, Ustaz Rahim Latif.

Sunday, November 15, 2009

CERAMAH ISU SEMASA

1 Disember 2009
YB Dato` Seri Hj.Abd Hadi Awang (Presiden Pas )
Balasubramaniam (Kelab Penyokong Pas)
Tempat : Markas Pas Kg Chempaka, Lanchang
Masa : 9.15 Malam

CERAMAH PERDANA

21 Nov 2009
1) YB Dato` Nik Amar ( Exco Kelantan )
2) YB Khalil Idham Lim ( Adun Titi Serong, Perak )
3) Vincent Lee ( Kelab Penyokong Pas )
4) Surianarayaranan ( Kelab Penyokong Pas )
Tempat : Pejabat Pas Kaw.Temerloh, Temerloh Jaya
Masa : 9.15 Malam

CERAMAH ISU SEMASA

Sdr Saifudin Nasution
Ustaz Ridwan Mohd Nor
Tarikh : 17 Nov 2009
Tempat : Rantau Perintis, Bandar Jengka
Masa : 9.15 malam

Wednesday, November 11, 2009

Tikam Isteri : Kenapa logo BN pada payung dipadam?

Boleh dikatakan kebanyakkan Media menyiarkan kisah tentang seorang lelaki warga emas yang sanggup menikam hingga mati isterinya kerana tidak mahu menceraikan Isterinya yang baru dikahwini baru setahun itu..

Gambar yang disiarkan adalah sama.. Cuma cuba korang perhatikan perbezaan antara gambar yang ada dalam Utusan dengan Berita Harian dan Harian Metro....

Gambar yang disiarkan Utusan

Gambar dari Berita Harian

Gambar dari Harian Metro

Utusan telah memadamkan logo BN yang terdapat pada payung itu, tetapi Berita Harian dan Harian Metro tidak!

Dipadamkan.. mungkin kerana lelaki warga emas itu berkopiah putih ke?

AGENDA HALUS MELEMAHKAN PAS!

Tunggak kekuatan PAS pada masa ini terletak pada 2 ulamak besar yang menerajui Parti itu sekarang. Kekuatan yang ada pada Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi adalah merupakan inspirasi kepada Gerakan Islam PAS.

Kunci kekuatan dan ketahanan terletak pada diri mereka berdua. Oleh itu sekiranya ada usaha untuk memusnahkan PAS, maka usaha pertama adalah mestilah meruntuhkan mereka berdua. Samaada memecahkan keakraban mereka berdua atau melemahkan kedua-duanya secara berasingan.

Usaha ini telah lama dilakukan oleh musuh-musuh Islam di Malaysia, sejak seawal kebangkitan kedua-dua ulama' ini lagi. Pelbagai usaha telah dilakukan samada melalui fitnah luar atau meresap melalui organ didalam PAS itu sendiri. Namun Allah tetap memelihara Jamaah ini dari anasir-anasir jahat berkat doa dan munajat.

Pelbagai usaha fitnah telah dilemparkan supaya ada perbezaan pandangan yang boleh mengheret mereka berdua kekancah perpecahan.Didalam usaha samada secara sedar atau tidak ada dikalangan organ parti yang turut terheret untuk sama-sama memberi saham untuk menjayakan agenda memecahbelahkan keakraban dua Tok Guru ini.

Terkadang , ada yang terlalu berani dan terlalu laju didalam membuat telahan.Walaupun kekadangnya mengaku sebagai organ Jamaah, akan tetapi tindakan yang diambil sering kali menguntungkan musuh.Apa tujuannya bertindak demikian? adakah untuk berbangga -bangga dengan dengan apa yang dilakukan? Sedarkah kalian sesuatu yang kita lakukan itu menguntungkan musuh? Maka sekira-kiranya yang kita lakukan itu menguntungkan musuh-musuh islam, apa kah ganjaran yang akan Allah sediakan untuk kita? Mungkin kita mentafsirkan mengikut telahan kita bahawa tindakan kita itu wajar? Tapi sedarkah kita kewajaran yang kita telah berpandukan hukum apa? Hukum akal? atau sememangnya kita bertaklik buta?

Ya betul orang yang berijtihad itu kalau betul dapat dua pahala, sementara yang salah itu mendapat satu pahala.Tapi Ijtihad kita itu berpandukan ilmu atau akal? kalau bertijtihad berpandukan akal semata-mata, usahkan mendapat satu pahala. dosa pula yang diundang.

Selepas usaha memecahkan kedua-dua ulama' PAS ini menemui kegagalan walaupun dengan pelbagai cara yang diusahakan, musuh-musuh Islam berusaha pula melemahkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Pelbagai gelaran, pelbagai kelemahan yang dilebelkan.Namun begitu usaha menimbul kebencian pengikut dan ahli terhadap beliau juga dilihat menemui kegagalan. Sebahagian besar ahli dan pengikut tidak terjebak dengan dakyah yang dibawa oleh usuh-musuh Islam.

Malahan mereka masih sayangkan pemimpin ini dan masih mengharapkan agar beliau terus memimpin PAS. Lantas usaha ini dihalakan pula kepada mereka mereka yang dikeliling beliau. Usaha ini nampak semacam ada sedikit keberkesan tetapi dengan semangat ukwah dan tarbiyah ahli juga mampu menangkis usaha jahat tersebut.

Kini dalam sehari dua ini pula ditimbulkan pula isu bai'ah supaya menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat, apakah musuh-musuh Islam mengangap pemimpin PAS sejahil mereka mengeluarkan bai'ah yang sedikian rupa? Isu ini rasanya tidak bertahan lama.

Disamping itu, kini dalam masa seminggu sudah dua kali pegawai SPRM 'mengziarahi' pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk apa itu semua? hanya dengan mengambil maklumat dari blog semata-mata.Bagaimana mungkin SPRM boleh bertindak dengan hanya maklumat dari blog? selama ini beratus-ratus fakta telah dikemukakan oleh blogger yang pro Pakatan Rakyat, apa tindakan SPRM? Kes ini juga dilihat satu usaha untuk melemahkan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kebetulan CEO PMBK adalah menantu beliau.Ada dakwaan menyatakan bahawa orang dalam yang buat ona, jika betul begitu, itulah tangan-tangan jahat yang berusaha untuk melemahkan Tok Guru.

Inilah usaha-usaha musuh Islam yang tidak putus putus bekerja untuk melemahkan kedua-dua Tok Guru ini. Oleh itu sebagai ahli dan penyokong kepada jamaah ini marilah kita bersatu mempertahankan kedua-dua Tok Guru ini dari musuh-musuh islam yang tidak putus-putus berusaha untuk menghancurkan Jamaah ini.

Dan ketika kaum kafir merancang untuk memenjarakan engkau, membunuh engkau atau mengusir engkau - mereka merancang dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang’ [Al-Anfaal 8:30]

Kita sayang Jamaah ini, kita sayang kedua-dua Tok Guru ini.

Sunday, November 01, 2009

1) 15 Nov 2009 (Ahad) - Hari Graduasi Pasti Temerloh.
- Bukit Bendera Resort.


2) 5 Nov 2009 (Khamis) - Ceramah Haji Mohd Sabu.
- Tapak Komplek Pas Kerdau