Sunday, November 29, 2009

JOM sertai PAS : Gelombangnya bermula Di DUN Semantan

29 Nov 2009 : PAS Kawasan Temerloh telah memulakan gerakerja perdana JOM sertai PAS lanjutan pelancarannya tempoh hari. Semalam buat pertama kalinya bertempat di Kg Paya Kemuning Temerloh majlis berkhatan, majlis korban, tahlil perdana, dan ceramah mini diadakan sepanjang sehari suntuk tersebut. Majlis bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 11.00 malam. Ramai penduduk sekitar yang turut hadir ke program berkenaan.

Dalam majlis berkhatan pula seramai 22 orang anak-anak disunatkan. Mereka adalah terdiri daripada anak-anak yang terdapat di sekitar kejiranan berkenaan. YDP PAS Kawasan Temerloh Al Fadil Ust Abd Rahim Latif telah merasmikan majlis berkenaan. Beliau antara lain telah menekankan soal kebersihan dalam Islam mencakup soal kehidupan manusia.
Program tersebut meriah dan ceria apabila mendapat sambutan serta sokongan menggalakkan daripada masyarakat sekitar. Seekor lembu telah ditumbangkan dengan cara gotong royong oleh penduduk sekitar. Daging korban tersebut diagihkan kepada penduduk sekitar dan selebihnya dibuat majlis jamuan pada sebelah malam.

'Program JOM sertai PAS ini adalah Gelombang Sokongan Rakyat kepada PAS, ia akan dilanjutkan sehingga ke bulan Februari 2010 ke seluruh Parlimen Temerloh. Dengan mensasarkan minima penyertaan masyarakat menjadi ahli PAS seramai 1,000 orang. Insyallah Program berkenaan akan disegarkan oleh rakyat yang mahu kan perubahan,' demikian ujar Pengarah Program ini.

No comments:

Post a Comment