Pengajian
Hadis :Siri 2 .
Sambungan
Hadis pertama .
Nikmat
yang kedua ialah kelapangan : Waktu lapang
tidak sibuk dengan berbagai –bagai kebimbangan dan pekerjaan - fikiran aman dan tenteram tanpa menghadapi
kesulitan hidup inilah masa yang dianggap sebesar –besar nikmat Allah .Maka
wajarlah bagi manusia yang bijak merebut
peluang keenmasan ini untuk beramal soleh.
Waktu
kelapangan ini adalah berhubung rapat
dengan kesenangan dan kekayaan hidup yang boleh menimbulkan aman
tenteram mengenai diri dan harta.Demikian pula suasana keadaan jiwa yang tenang adalah juga termasuk kedalam
nikmat kelapangan, yang bererti jiwanya aman dan tenteram tidak keluhkesah oleh
kerana ia mempunyai pekerjaan yang tetap dan keyakinan yang penuh kepada
masyarakat di sekelilingnya bahawa ia tidak kehilangan hak-haknya ketika itu
barulah ketenangan akan meresapi perasaannya .
Dalam
keadaan tersebut kedapatan banyak manusia tidak menggunakan dengan sewajarnya
bagi kepentingan yang sebenar untuk dunia dan akhirat . Mereka pandai
menghilangkan masa dan membuang peluang
baik dengan bermacam-macam aneka perkara yang sia –sia seperti duduk di kedai –
kedai kopi,ditengah-tengah jalan, dengan mengukur jalan kehulu dan kehilir yang
tidak mendatang sebarang faedah, mereka menghilangkan masa yang berguna .
Menakala
bersua dengan kegagalan lalu mereka menyalahkan untug nasib atau dengan mudah menyatakan Masa tidak mengizinkan dan
tidak bernasib baik dan lain –lain lagi .
Contoh
–contoh yang diberi itu adalah gambaran orang –orang yang dikurniakan Allah
nikmat kelapangan dan kerihatan, diberi peluang tetapi mereka tidak merebutnya,
dengan itu mereka telah menipu dirinya sendiri atau merugikan hidup, tersalah
pilih , menukarkan benda mahal bernilai lalu mengambil yang murah dan tak
bernilai.
Pengajaran
hadis :
1.Badan
yang sihat sebesar –besar nikmat Allah kepada kita kerana dengannya menyedarkan kesedaran terhadap
nilai tenaga dan kecergasan supaya digunakan dengan wajar bagi faedah diri
sendiri dan masyarakat ramai sehingga tiap –tiap kita menjadi anggota masyarakat yang cergas dan
berguna bukan menjadi beban juga dapat menempatkan kita ke tempat kedudukan
yang mulia dan terhormat .
2.Waktu
lapang ialah peluang yang baik untuk kemajuan dan kejayaan hidup ,mereka
yang tahu menilai hidup adalah sentiasa
menguasai masa kelapangan , bersungguh
berkerja beramal kebajikan untuk
menjamin kebahgiaan hidupnya
dunia dan akhirat .
3.Bersyukur
ialah menggunakan sesuatu nikmat dengan sepatutnya sesuainya dengan
maksudnya,sihat ialah tenaga untuk
berkerja jangan di sia –siakan, masa kelapangan peluang membuat sesuatu .maka
wajiblah bagi orang yang berakal waras menggunakannya dalam perkara –perkara
yang memberi faedah kepada dirinya dan masyarakat .Mereka bersyukur adalah
bersyukur bagi dirinya dan sebaliknya
kufur nikmat adalah kerugian baginya , Firman Allah SWT dalam surah al –Naml
ayat 40 :
(
dan (sebenarnya) sesiapa Yang bersyukur maka faedah
syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak
bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Tuhanku
Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".
4.Penyakit yang
amat bahaya bagi manusia ialah kelalaian , berangan –angan , menipu diri
sendiri, lalu membuat perhitungan dalam tiap –tiap detik hidup .Dengan itulah hadis ini
mengingatkan orang – orang Islam akan erti jihad di dalam Islam , jihad hawa
nafsu supaya selalu berkerja demi kepentingan faedah hidup di dunia dan akhirat
.
No comments:
Post a Comment