Sunday, October 25, 2009

KURSUS MEMBINA BLOG


Lajnah Penerangan Pas Pahang menganjurkan Kursus membina Blog yg diadakan di Pejabat Badan Perhubungan Pas Pahang.Program tersebut di rasmikan oleh Setiausaha Perhubungan Pas Pahang, Roslan Zainal Al-Ahmadi sementara penutupnya di sempurnakan oleh Naib Presiden Pas Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Sessi sebelah pagi di jalankan oleh Blogger Sidang Online, Ustaz Taufeeq lebih menekan soal membina dan mengindahkan Blog, sementara sessi petang di isi oleh Blogger terkenal Pahang Daily iaitu Cucu Mat Kilau.Beliau memberi tip utk peserta bagaimana utk menjadikan Blog kita sentiasa di kemaskini dan diminati.
Temerloh yg menjadi tuan rumah, ramai menghantar peserta diharapkan berhasil menjadikan Medium baru ini sebagai alat utk penyebaran maklumat dengan lebih berkesan insyaallah.

Wednesday, October 21, 2009

DAIRI PAS TEMERLOH

22 Okt 09 - Usrah Dewan Pemuda di B`Muslim, Tmn Temerloh Jaya.

24 Okt 09 - Kursus Pemantapan Blogger di Pej. BBPNP. 9 pagi.
- Kuliah Dhuha di Kerdau oleh Ust Tuan Ibrahim jam 9 pagi.

25 Okt 09 - Qiamullail di Surau Darul Izzah.
- Wacana Pemerkasaan Parti di Green Park Oleh YB Salahudin Ayub.
Sambutan Aidil Fitri di Pasti Az-zahra`,Taman Temerloh Jaya menarik hadirin hampir seribu orang termasuk kanak2. Pada hari tersebut sambutan yg sama turut diadakan di Taman Sri Semantan, Pasti Al-Amin di Sg Gau, Surau Taman Tinah, Masjid Bt 4 dll. Sementara Sambutan Di Markas Pas Bangau Tanjung malam berikutnya menutup tirai Syawal pada tahun ini.


Mesyuarat program "Jom sertai Pas" diadakan di Pajabat Kawasan.Perbagai program yg menarik dibincang utk dijalankan dlm program tersebut.


YB Syed Hamid sedang berceramah dlm program bersama Naib Presiden yg diadakan di Kampung Paya Jauh. Turut menyampaikan ucapan pada mlm tersebut Hj Jusoh Darus sebelum Penceramah utama Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.



Kemalangan ngeri yg berlaku berhampiran jambatan Temerloh ini meragut nyawa pemandu Radicare yg baru sahaja keluar dari Hospital temerloh.



Sunday, October 11, 2009

Sambutan Aidilfitri PAS Temerloh

Open House Pas Kawasan Temerloh telah diadakan semalam di Lorong Reformasi yg terletak di belakang CIMB Bank temerloh.Sambutan yg sangat menggalakan daripada orang ramai termasuk dari Non Muslim.Ribuan menyerbu tapak program sejak awal pagi lagi utk sama2 menyertai sambutan Aidilfitri ini.
Walaupun tapak asal sambutan ini telah diubah,namun sambutan yg agak luar biasa ini menandakan Pas sudah diterima oleh semua sesuai dgn sloganya "PAS FOR ALL"
Hampir semua pimpinan Pas Kawasan termasuk Dewan2 hadir kecuali mereka yg pergi ke PRK Bagan Pinang.

Turut hadir memeriahkan sambutan ini ialah Ketua PKR Temerloh, Nizam Hamid.Juga bekas YB Kuala Semantan sessi lepas, Haji Hamdan.Tidak ketinggalan pimpinan DAP Temerloh dan Mentakab.
YDP Pas Kawasan, Ustaz Abd Rahim menyampaikan Duit Raya kpd kanak2.Sebenarnya anak2lah yg menjadikan suasana Aidilfitri ini lebih meriah. Oleh itu jangan lupakan mereka.

Turut hadir ke majlis ini, Dato` Shakar Shamsudin, yg disambut oleh ADUN Kuala Semantan, YB Syed Hamid.


Friday, October 02, 2009

CERAMAH & SOLAT HAJAT PRK B.PINANG

Ceramah dan Solat Hajat Utk Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Tarikh ; 8 Okt 2009
Hari ; Khamis
Masa ; Selepas solat Isya`
Penceramah ; 1) Ustaz dari Negeri Sembilan
2) Ustaz Junaidi Ishak ( S/U Dewan Pemuda Pas Pahang )
Tempat ; Balai Islam Kg Paya Kechik, Temerloh.
Semua dijemput Hadir

JAMUAN AIDILFITRI PAS TEMERLOH

TARIKH :10/10/09 ( SABTU )
MASA : 11 AM - 3 PM
TEMPAT : BERHAMPIRAN LHDN
"Persembahan istimewa dari Kumpulan Nasyid Huffaz"

SEMUA DI JEMPUT HADIR

Tuesday, September 22, 2009

HARI RAYA DAN PILIHANRAYA

Sempena dengan aidilfitri ini,kami di Blog Pas Temerloh,mengucapkan salam aidilfitri,maaf zahir batin kepada semua di atas segala kekurangan,kesalahan dan sebagainya yg berlaku dari kami.
Apapun lepas raya ni kita akan beraya sekali lagi di Bagan Pinang.Harapnya jentera dari Temerloh akan menghantar kontijen petugas seperti biasa.Dengan harapan inilah PRK yg akan menguburkan BN sepertimana berkuburnya parti tua di Jepun.
Pas kawasan juga akan menganjurkan program ceramah dan solat hajat sempena dengan PRK ini yg belum ditetapkan tarikh dan tempatnya.
Satu lagi, tarikh yg kita tetapkan utk jamuan Aidilfitri ditunda dari 3/10/09 kepada 10/10/09.
Jamuan Raya peringkat Pas kawasan ini mengharapkan penyertaan dan kerjasama dari semua pihak utk menjayakanya, walaupun tarikh tersebut kita sibuk dgn Prk Bagan Pinang.

Sunday, September 13, 2009

PROGRAM RAMADHAN

Banyak program Pas Temerloh yg dijalankan di sepanjang Ramadhan ini.Cuma tak sempat nak dipaparkan dlm blog ni.Antaranya ialah edaran Bubur Lambuk secara percuma dari YB Kuala Semantan, Sumbangan yg berterusan dari Dun Semantan, Dun Lanchang dan Dun Mentakab.
Ceramah2 yg diadakan selepas solat Tarawih dari pimpinan dll.

Monday, August 24, 2009

PRK PERMTG PASIR

Kontinjen Temerloh turut membantu dlm PRK Permatang Pasir ini.Kami ditugaskan di UPU Samagagah bersama2 Kontinjen Pahang.BN menurunkan petugasnya dari Kelantan utk menawan UPU Samagagah ini.Diharapkan team baru dari Pahang ini akan berjaya.Pengarah yg baru dilantik Cikgu Majid bersama S/U nya Che Zuhar memulakan tugas pertama mereka di Permatang Pasir ini.Sementara Ustaz Junaidi mengemudikan jentera Pemuda Pahang utk memastikan kejayaan berterusan di UPU ini khasnya dan Permtg Pasir amnya.Harapan kita agar diberikan kejayaan dlm suasana padang yg tdk sama rata dan pengadil yg berat sebelah.Hanya Allah yg mampu MENYAHKAN keangkuhan BN.Amiiiin

Petugas muslimat merayu undi di salah sebuah rumah

Rumah penduduk berdindingkan zing ini menjadi lambang KEJAYAAN BN sejak berdekad lama memerintah.


Wednesday, August 19, 2009

SOLAT HAJAT H1N1 & PRK PERMTG.PASIR

TARIKH ; 24 OGOS 2009
HARI ; ISNIN MALAM SELASA
MASA ; 8.30 MALAM
TEMPAT ; SURAU AL-KHAIRIAH, SBRG TEMERLOH
TAZKIRAH ; YDP PAS TEMERLOH
SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sunday, August 09, 2009

MALAM KESENIAN ISLAM & CERAMAH
12 OGOS 2009
RABU. 9.00 MALAM
MARKAS PAS PENGKALAN JAYA , LEBAK TEMERLOH
NASYID

KUMPULAN HUFFAZ ( TAHFIZ BERHALA GANTANG )
CERAMAH
UST TUAN IBRAHIM ( NAIB PRESIDEN PAS )
UST RAHIM LATIFF ( YDP TEMERLOH )
YB SYED HAMID ( ADUN K. SEMANTAN )

CERAMAH PEMBAHARUAN
Politik Satu Tuntutan

TARIKH ; 10 OGOS 2009


HARI ; ISNIN


MASA ; 9.00 MALAM





TEMPAT ; MARKAS PAS KG DARAT SANGGANG, MENTAKAB.





PENCERAMAH ; YB SALAHUDIN AYUB ( NAIB PRESIDEN PAS )





MOHD FADLY RAMLI ( KETUA PENERANGAN DPP PAHANG )





UST ABD RAHIM LATIFF ( YDP TEMERLOH )










































Thursday, August 06, 2009

KURMA ISRAEL ... hati-hati !!






Salam.
Sekarang bulan puasa bakal menjelma.... .....berhati- hati..... ....becareful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.
Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis
ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas
dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.

Monday, August 03, 2009

Terima Kasih Polis Atas Budi Bahasamu ...


Kalau kita tengok gambar di atas, tentunya kita cukup merasa aman berada di negara Malaysia ini. Namun bermula jam 2.00 petang, hari sabtu, 1 ogos 2009 telah menukar watak. Kalau dulu Malaysia, kini MalayISA. Kalau dulu Rakyat Diutamakan, kini UmNo diutamakan. Kalau dulu Pihak keselamatan tangkap penjenayah, kini tangkap prorakyat.

Apa sudah jadi? Slogan hanya tinggal slogan. ISA perlu dihapuskan. Kita percaya Najib juga mahu ISA dihapuskan, tapi tunggu pencen dulu. Macam MahaFiraun, dah pencen baru cadang pinda ISA. Pak Lah terlelap pulak cakap ISA tak sesuai lagi. Maka tak hairan, bila mahyudin naik jadi PM, Najib akan cadangkan ISA dirombak. Kuang, kuang, kuang !!!

Saturday, August 01, 2009

HIMPUNAN MANSUHKAN ISA



Pas Kawasan Temerloh menyertai Perhimpunan mansuhkan Isa yg diadakan di Kuala Lumpur.Mereka pergi secara berasingan dan berkumpul di Masjid Jamek.Turut serta dlm himpunan ini ialah Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.
Latihan praktikal seperti ini menjadi kebiasaan bagi Pas menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu.
Kita mengharapkan semua mereka yg ditahan termasuk kontijen dari Temerloh dibebaskan dengan segera.


Pemuda Temerloh tidak ketinggalan menyatakan bantahan terhadap ISA


Ketua Dewan Ulamak Kawasan Temerloh turut serta dlm demontrasi besar-besaran ini.




Ceramah malam sebelum perhimpunan mansuhkan ISA diadakan di Sg. Gau menampilkan Ustaz Nasarudin Hassan,Ust Suhaimi Saad dan Sdr Fadly Ramli di pengerusikan oleh Ust Jauhari Ishak.



Thursday, July 30, 2009

ADUN Permatang Pasir Pulau Pinang meninggal dunia.

ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pada jam 6.30 pagi tadi, demikian menurut sumber yang diperolehi dari telefon dan sms seorang kenalan sebentar tadi.

Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Semuga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji...Al Fatihah..

[Kini Umno makin pening kepala. Makin kerap PRK, makin kerap Umno termuntah. Keadaan sekarang PR mengatasi BN 6-0 di Semenanjung Malaysia. Kemungkinan keputusan 7-0 amat besar jika dinilai prestasi PAS di situ. Kemenangan dalam PRU '99, '04 dan '08 cukup membuktikan kecemerlangan Adun dan PAS, apatah lagi kemenangan tahun 2004 dalam suasana BA ditolak pun, juga PM orang Pulau Pinang sendiri pun masih gagal merampas kerusi tersebut.

Bahkan majoriti 2008 sebanyak lebih 5,000 undi pastinya membuatkan Umno sakit gusi dan senak perut. Namun, PRK Manik Urai perlu dimuhasabahkan. Sejarah perang hunain perlu diingati sepanjang zaman. Insya Allah, dengan kerja kuat dalam ibadah dan urusan parti, serta izin dan redha Allah, kita akan mengekalkan rekod bersih disemenanjung Malaysia.

Buat petugas-petugas parti, ayuh persiapkan diri dengan kekuatan mental dan fizikal juga kewangan untuk kita hadapi PRK Permatang Pasir tidak lama lagi.]

Wednesday, July 29, 2009

Utusan mohon maaf kepada Tok Guru Nik Aziz


BERIKUT PERNYATAAN PERMOHONAN MAAF DIPETIK DARIPADA UTUSAN MALAYSIA ONLINE HARI INI


PERMOHONAN MAAF

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.

YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu "Nasihat saya mesti didengar" adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

IKLAN@UTUSAN

Edisi Pahang: Negeri Ini Bakal Muflis Lagi, Selepas Di Saman RM63 Juta Kini Saman RM233 Juta Pula Muncul Libatkan Dua Buah Syarikat Pembalakan!

Pahang Daily Online by cucumatkilau

KUANTAN - Heboh diperkatakan oleh rakyat Pahang di sana-sini, tentang negeri ini yang bakal "muflis" sedikit masa lagi akibat saman menyaman gara-gara "janji palsu" kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Jika sebelum ini saman difailkan oleh sebuah syarikat pembalakan yang dikenali sebagai Seruan Gemilang Makmur (SGM) Sdn Bhd, yang menyaksikan Kerajaan Negeri melalui Menteri Besarnya Dato' Seri Adnan Yaakob diarahkan membayar saman sebanyak RM63 juta gara-gara ingkar terhadap perjanjian konsesi balak. Malah, baru-baru ini juga rakyat Pahang dikejutkan dengan berita sebuah anak syarikat kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) iaitu Astana Golf & Country Club disita gara-gara gagal melunaskan hutang pinjaman sebanyak RM30 juta kepada Agro Bank. Maka kini, satu lagi kejutan berlaku bilamana dua buah syarikat menfailkan saman berjumlah RM233 juta. Saman dibuat oleh syarikat Spag'n Plantation Sdn Bhd (RM209 juta) dan Upayapadu (M) Sdn Bhd (RM24 juta). Saman telah difailkan terhadap Kerajaan Negeri Pahang, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, berkaitan kes yang sama seperti SGM iaitu "ingkar janji" tentang isu pembalakan di negeri ini. Senario yang berlaku ini sungguh memalukan rakyat Pahang di seluruh dunia sebenarnya. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi layak untuk mentadbir negeri, kerana mereka sengaja mencipta hutang piutang yang bakal ditanggung oleh rakyat jelata kelak.

[Melihat kepada apa yang berlaku ini, maka terbuktilah juga kepada kita bahawa sememangnya puak-puak UMNO BN di Pahang adalah memang "kaki belit" dan "putar alam". Perjanjian yang sudah dimeterai mudah sahaja mereka batalkan dan pinda sesuka hati. Penipuan ini adalah amat mengecewakan rakyat Pahang sebenarnya. Malah, kes balak ini sememangnya sudah sinonim dengan Kerajaan Negeri Pahang. Saban waktu kita mendengar ada saja balak yang dicuri serta dirompak. Seolah-olah mereka yang terlibat mendapat lesen daripada pihak berkenaan. Akhirnya segala hasil mahsul yang sepatutnya dinikmati oleh generasi akan datang terus hilang dan terhakis. Pemimpin UMNO BN yang bertanggungjawab semua ini, kerana mereka sedar apa yang berlaku sejak sekian lama tetapi gagal mengambil langkah yang sewajarnya. Maka itu PDO tidak hairan dengan berita saman terbaru yang melibatkan pihak terbabit. Semoga ianya bakal menjadi pengajaran buat semua].

Tuesday, July 28, 2009

Penting! Panduan dan Peta Laluan bagi peserta Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos

Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah- Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.

4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian) .

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

16. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_ elumalai@ yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Berikut adalah Peta laluan yang dipersetujui oleh GMI:

Saturday, July 25, 2009

FORUM ISRA` MIKRAJ

Malam tadi program memperingati Isra` Mikraj diadakan dimerata2 tempat.Antaranya di Sekolah Rendah At-Taqwa, Masjid Bintang, Paya Pulai tidak ketinggalan di Taman Temerloh Jaya yg menganjurkan program Forum Isra` Mikraj.Ahli Panel yg menjayakannya ialah Ustaz Riduan Mohd Nor dan Ustaz Suhaimi Saad. Pengerusi Majlis ialah Ustaz Fairuz Hisyam.
Program di mulakan dgn persembahan nasyid dari Kumpulan Huffaz dari Maahad Tahfiz Berhala Gantang diikuti persembahan nasyid Sepohon Kayu oleh pelajar Pasti Az-zahra` dari Tmn Temerloh Jaya.Semasa persembahan nasyid inilah kelihatan berduyun2 org ramai mengambil tempat ditapak pasar malam ini.Rupanya persembahan alternatif ini mendapat perhatian positif dari para hadirin, walaupun di waktu yg sama kelihatan kilauan lampu spotlight di langit menandakan pesta Funfair sedang berlangsung di Bt 3 Songsang.
Forum yg berlangsung selepas itu diikuti dgn minat oleh org ramai dgn celoteh Ust Riduan dan dgn tayangan slide oleh Ust Suhaimi. Apa pun tahniah kpd penganjur program iaitu B`Muslim dan KRT Taman Temerloh Jaya. Sambutan yg sangat menggalakan ini begitu melegakan pengarah program iaitu Ust Shukri yg berazam menjadikanya sebagai program bulanan.

Ustaz Riduan , Ustaz Fairuz dan Ustaz Suhaimi
Pelajar Pasti Az-Zahra` menyanyikan lagu nasyid "Sepohon Kayu"

Kumpulan Huffaz dari Maahad Tahfiz Al-amin Berhala Gantang menarik minat hadirin.Tahniah kpd Ustaz Wahid Ghaffar.