Tuesday, August 20, 2013

MESYUARAT AGONG DMP TEMERLOH KALI KE - 26


MESYUARAT AGONG DEWAN MUSLIMAT PAS  TEMMERLOH KALI KE 26
TEMERLOH 18 OGOS 2013 : DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN TEMERLOH TELAH MENGADAKAN MESYUARAT AGONG KALI KE 26 BERTEMPAT  BALAI ISLAM DARUL AMIN SUNGAI GAU DENGAN DI HADIRI OLEH PERWAKILAN DARI CAWANGAN – CAWANGAN PAS KAWASAN TEMERLOH DI RASMIKAN OLEH  YB USTAZ NASRUDIN HASSAN (AHLI PARLIMEN TEMERLOH MERANGKAP KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA ,MESYUARAT AGONG KALI INI ADALAH MEMILIH AJK MUSLIMAT YANG BARU BAGI SESI 2013-2015, DI DIDALAM PEMILIHAN PUCUK PIMPINAN YANG BARU ITU : PUAN SALAMIAH MOHD NOR ,PUAN ALWIAH KASDAN DAN PUAN MARSIDAH MOHD AMIN  MENGEKAL JAWATAN KETUA,TIMBALAN KETUA DAN NAIB KETUA DAN 8 AJK YANG BARU. PIHAK PAS KAWASAN TEMERLOH MENGUCAPKAN SYABAS DAN TERUS BERJUANG DENGAN TEMA “NEGARA BERKEBAJIKAN TERAS PERPADUAN – MUSLIMAT PRIHATIN,KEBAJIKAN TERLAKSANA .  BERITA  OLEH US.ZAKARIA OMAR KETUA PENERANGAN URUSAN ULAMAK PAS TEMERLOH DAN FOTO OLEH USTAZAH CHE NORLIAH OMAR AJK DMP KAWASAN TEMERLOH . 
GAMBAR DI SEKITAR MESYUARAT AGONG .

Friday, August 16, 2013

RUMAH TERBUKA PUAN KAMARIAH BENDAHARI DMP



PADA HARI RAYA KE  5 BERSAMAAN DENGAN 12.8.13  BENDAHARI DMP  PAS KAWASAN TEMERLOH : PUAN KAMARIAH LAJI  TELAH MENGADAKAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA IDILFIRTI BERTEMPAT DI N0 1 JALAN 34/2  JALAN BAHAGIA  RUMAH BARU. BERMACAM –MACAM  MENU   YANG ADA , RAMAI DI KALANGAN KELUARGA AMRI SUAMI PUAN KAMARIAH ,AHLI – AHLI PAS DAN  AHLI DMP KAWASAN TEMERLOH YANG HADIR TERMASUK YDP PAS KAWASAN TEMERLOH DAN JUGA  KETUA DMP PAS KAWASAN TEMERLOH .SELAMAT HARI RAYA .  BERITA DAN FOTO OLEH : US.ZAKARIA BIN OMAR KETUA PENERANGAN URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEEMERLOH . FOTO DI MAJLIS RUMAH TERBUKA  .

Wednesday, July 17, 2013

SEKAMPIT BERAS SEKILO GULA

                                   
Salam, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Temerloh akan 
mengadakan Program SEKAMPIT BERAS SEKILO GULA di masa bulan Ramadhan ini. Kepada tuan/puan yang ingin memberikan sumbangan tersebut bolehlah dihantar terus ke Pejabat PAS Kawasan Temerloh atau Bank in ke no akaun               06028010003454 melalui Bank Islam Malaysia Berhad atas nama PAS Kawasan Temerloh. Segala sumbangan yang tuan/puan berikan diucapkan terima kasih. Semoga Allah S.W.T membalas ganjarannya.



Wednesday, June 26, 2013

RISALAH AS-SOLIHIN

RISALAH AS-SOLIHIN
ISLAM : ANTARA KEILTIZAMAN DAN KEBEBASAN MENGANUT (SIRI 1)
US.NASARUDDIN BIN HASAN
AHLI PARLIMEN  TEMERLOH
KEILTIZAMAN BERAMAL.
1.     Islam adalah agama wahyu.Ia diturunkan oleh Allah SWT Tuhan Yang Maha Mencipta kepada Nabi Muhammad saw. Ia adalah cara hidup yang sempurna dan dimuktamadkan oleh Allah SWT sebagai satu – satunya jalan yang lurus dan benar.
        ﭾﭿ               ﮆﮇ              
Maksudnya :” Dan bahawa sesungguhnya Inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”( Surah al-An’am : ayat 153 .)
2.Seorang yang mengaku Islam (muslim) wajib melaksanakan peraturan dan ketetapan syariah Islamiah sebagai komitmen bergama .Mereka tidak boleh mengingkRI syariat yang telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya SAW.Juga mereka tidak boleh mendustakannya. Tiada pilihan dan kebebasan bagi mereka yang mengaku beriman kepada Allah swtmelainkan mesti akur dan patuh pada ketetapanNya.




a)Tiada kebebasan memilih .
                                        ﭠﭡ                        
Maksudnya :” Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.  (Surah Al-Ahzab :Ayat 36 ).
b.Tidak boleh ingkar (menolak) dan menafikan syariat >
                                      ﮘﮙ              
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit Yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
c.Tidak boleh dustakan syariat.
                                                            ﮟﮠ          

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. (alaraf ayat :40)
3.Seorang muslim bukan sahaja tidak boleh mengabaikan perintah dan larangan Allah SWT,malah mereka juga mesti memastikan aqidah atau keyakinan mereka kepada Islam adalah muktamad tanpasebarang keraguan atau berbelah bahagi terhadap kebenaran Islam.Berpaling daripada Islam selepas menganutnya (murtad) adalah satu jenayah besar dalam Islam justeru ia satu pengkhianatan dan pensendaan terhadap Agama Allah swt .Tuhan yang mencipta sekelian alam termasuk manusia .
    ﭿ                                                     
Bermaksua :”sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.” Surah An-Nahl : Ayat 106 .
Biodata Penulis Artikel :
Nasaruddin bin Hasan
Universiti Al-Azhar Tanta Mesir
Pendakwah Bebas
Ahli Parlimen Temerloh (PAS) .

Friday, June 07, 2013

Salam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan-Cawangan dalam Kawasan Temerloh telah bermula mesyuarat pada 25 Mei 2013 sehingga 28 Julai 2013, harap maklum. 
Ini Ucapan Yang Di Pertua PAS Kawasan Temerloh TUAN HAJI MD JUSOH BIN DARUS

Wednesday, May 08, 2013

TAHNIAH CLON PR YANG MENANG DI P088 DAN N.30 DAN 32


SAYA MENGUCAPKAN TANIAH KEPADA  CALON PAS P.088 US.NASRUDDIN DAN N.32 TUAN SYED HAMID  DAN CALON DAP N.30  YM TENGKU ZULPURI SHAH DIATAS KEMENANGANNYA  MEWAKILI PAKATAN RAKYAT DAN CALON N.31 LANCANG  SDR NIZAM  MEWAKILLI PKR YANG TEWAS KITA CUBA PRU.14
DIKESEMPATAN INI JUGA SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PERTUGAS -PERTUAGAS PARTI YANG BERKERJA KERAS SEHINGGA MENCAPAI KEMENANGAN  YANG TERDIRI DARI   PAKATAN RAKYAT -  KEPADA PENGUNDI - PENGUNDI TEMERLOHA  MARILAH KITA BERSATU HATI LUPAKAN  SEGALA SENGKETA DI MASA PRU 13 YANG LALU - KITA BINA SEMANGAT BARU - KITA BINA  TEMERLOH BANDAR BERKEBAJIKAN
HAJI JUSOH DARUS
YDP PAS KAWASAN TEMERLOH

Thursday, May 02, 2013

UNDI BN BERMAKNA MENGUNDANG 1,001 PETAKA

KUALA LUMPUR : Setiap undi kepada BN dalam pilihanraya ini samalah seperti memilih untuk mengundang 1001 petaka kepada rakyat dan negara bagi penggal pemerintahan akan datang,tegas Ketua Penerangan PAS Pusat,Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man .
Beliau berkata,gejala kronisme akan terus membiak serta korupsi yang sudah sedia berada pada tahap memalukan hingga dalam banyak peringkat dipalit elemen rasuah akan terus meningkat jika manda masih diberi kepada BN.
Selain itu,katanya tindakan pengundi jika menolak Pakatan Rakyat juga seperti mahu menyaksikan kemerosotan nilai sahsiah dan akhlak masyarakat serta kesesakan penghuni di Pusat -pusat serenti seluruh negara,
Paling bahaya tambah Calon Dun Jengka itu juga,membiarkan BN menang seolah -olah mengizinkan politik negara pada masa akan datang diracuni dengan politik lucah dan fitnah yang sama sekali tidak ,menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Katanya , jika BN menang laigi, kadar hutang negara terus meningkat dan ia menjadi beban dahsyat yang terpaksa ditanggung oleh rakyat akibat kerakusan pemimpin Umno-BN mengedalikan ekonomi negara.
"Kita bimbang tiba suatu peringkat rakyat akan menganggap politik itu sebgai perkara jijik sedangkan BN yang mewarnakan politik sedemikian rupa "Ujarnya lagi kepada Harakah,30 April 2013 lalau .Oleh Arif Atan (HARAKAH KELUARAN 3-5 MEI 2013).
 

CALON -CALON PAKATAN RAKYAT PARLIMEN DAN DUN - P.088 DAN N.30,31 DAN 32



CALON PAKATAN RAKYAT .
GANDINGAN MANTAP CALON – CALON PR DI P.088 TEMERLOH TERDIRI DARI   US.NASRUDDIN DARI PAS  P.088 TEMERLOH , YM TENGKU ZULPUJI  SHAH DARI  DAP  N.30  MENTAKAB , SDR NIZAM HAMID DARI PKR  N.31 LANCANG  DAN SYED HAMID  DARI PAS N.32. KEPADA PENGUNDI – PENGUNDI  PARLIMEN TEMERLOH DAN DUN –DUN  KELUARLAH BERAMAI – RAMAI PADA 5.5.2013 INI , UNDILAH PR , TOLAK BN ,  INI KALILAH KITA BERUBAH .MARILAH KITA SAMA-SAMA BERMUNAJAT PADA HARI SABTU JAM 3.30 PAGI DI PADANG AWAM KUBANG GAJAH TEMERLOH  MUDAH –MUDAHAN ALLAH MAKBULKAN DOA KITA KITA MENCAPAI KEMENANGAN YANG BESAR.

Wednesday, May 01, 2013

JANGAN LUPA KELUAR MENGUNDI



3 HARI LAGI KITA AKAN KELUAR MENGUNDI - UNDILAH PAKATAN RAKYAT - TUKARKAN  DARI  UMNO-BN KEPADA PAKATAN RAKYAT - JANGAN LUPA KELUAR MENGUNDI BERAMAI -RAMAI - UNDILAH PAKATAN RAKYAT - 55 TAHUN KITA TELAH DIZALIMI - MAHUKAH KITA TAMBAH SENGSARA 5 TAHUN  LAGI - TENTU TIDAK SANGGUP  - OLEH ITU UNDILAH PAKATAN RAKYAT - INIKALILAH KITA UBAH -  KEPADA YANG TINGGAL DILUAR BALIKLAH KAMPUNG - UNDILAH PAKATAN RAKYAT - PERUBAHAN MEMBAWA KEBAHGIAAN -  PILIH BN MEMBAWA SENGSARA - JANGAN LUPA KELUAR MENGUNDI  DAN UNDILAH PAKATAN RAKYAT
 .