Monday, August 27, 2012

PEMIMPIN PAS PAHANG RAIKAN AIDILFITRI

TEMERLOH - PARA PEMIMPIN PAS PAHANG MENYAMBUT AIDILFITRI DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN BERSAMA RAKYAT DI KAWASAN MASING -MASING .
1.TUAN IBRAHJIM TUAN MAN PJ PAS PAHANG MERAIKAN ANAK DI PERANTAUAN DI MARKAS PAS RUMPUN MAKMUR KUALA KRUA .
TUAN IBRAHIM TUAN MAN MENYAMPAIKAN DUITRAYA KEPADA KANAK -KANAK DI MARKAS PAS RUMPUN MAKMUR KUALA KRAU

SETIAUSAHA PERHUBUNGAN PAS PAHANG ROSLAN ZAINAL BERSAMA PEMIMPIN PAS KAWASAN CAMERON HIGHLAND  DI AUR GADING MENYAMBUT HARI RAYA BERSAMA PENDUDUK DI AUR GADING - TURUT SERTA PEMIMPIN DAP  APALASAMY - KEHADIRAN MEREDAKAN KETEGANGAN ISU HUDUD YANG DIMAINKAN UMNO UNTUK MERETAK PERHUBUNGAN PAS DENGAN DAP .
YDP CAMERON HAIGHLAND USTAZ ABDUL KARIM NOR (NO 2 DARI KIRI )MERAIKAN WAKIL DAP APALASAMY DAN SETIAUSAHA PERHUBUNGAN ROSLAN ZAINAL
ROSLAN  ZAINAL AL AHMADI SETIAUSAHA PERHUBUNGAN PAS PAHANG BERAYA DI AUR GADING BERSAMA PENDUDUK DI SANA

SAUDARA FADLY RAMLY PENASIHAT UNDANG - UNDANG PAS PAHANG MENYMAMPAIKAN KHUTUBAH HARI RAYA DI ROMPIN.


 

Monday, August 13, 2012

10 akhir Ramadhan ... JOM Iktikaf ...

Dari edaran  Pengerusi Masjid Temerloh  Jaya mengenai iktikaf .. 

1. Definasi iktikaf ..
Iktikaf bermaksud duduk di masjid dalam rangka ibadah yang di lakukan oleh orang tertentu dengan sifat atau cara yang tertentu dan pada waktu yang tertentu ( lihat Fathul Bari 4:344)  Dalil Al Quran yang bermaksud : " Dan janganlah kamu campuri mereka itu , sedang kamu beriktikaf di dalam masjid " Al Baqarah ayat 187 . Dari Aisyah r.a " Nabi saw beriktikaf  pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan sehingga Allah mengambil nyawanya , setelah kewafatan baginda isteri isteri baginda pun beriktikaf " ( HR Bukhari ).   

2. Hukum :
Iktikaf  merupakan sunnah muakkadah / sunat yang sangat di tuntut kerana Rasul saw tidak pernah meninggalkan nya .  Iktikaf boleh di lakukan pada bila bila masa dan ia sangat di tekankan pada 10 hari akhir Ramadhan kerana Rasul saw sentiasa melakukannya . Ulama bersepakat bahawa iktikaf tidak mempunyai had masa maksima akan tetapi mereka berbeza pendapat tentang minimum waktu iktikaf .

Shaikh Ibn Bazz menyatakan bahawa Imam Abu Hanifah dan sebahagian ulama' Maliki  berpendapat tempoh minima ialah satu hari ( Majmu' al Fatwa ) . Manakala tempat melakukan iktikaf , al Hafiz Ibnu Hajar ra berkata di syaratkan melakukan iktikaf di masjid .  ( Fathul Bari ) dan Imam Malik ra berpendapat ia sah di lakukan di mana mana masjid yang di dirikan solat 5 waktu secara berjemaah  ( dalam istilah di Malaysia ia di panggil Musollah atau Surau ) 

3. Bilakah bermulanya waktu iktikaf  10 akhir Ramadhan ?
Masuk ke masjid sebelum masuk Maghrib 20 Ramadhan . Ini merupakan pendapat jumhur empat mazhab . Ulama jua berbeza pandapat pada waktu bilakah perlu keluar daripada masjid , pada waktu Maghrib akhir Ramadhan atau selepas solat Aidil fitri ?

4. Bolehkan wanita beriktikaf .
" Aisyah ra  meminta izin untuk beriktikaf maka baginda mengizinknnya " 

5. Perkara yang membatalkan iktikaf . 
a. Keluar masjid tanpa alasan syar'i dan tanpa ada keperluan yang mendesak .
b. Jima' ( bersetubuh) - Ibn Munzir telah menukil ijma' / kesepakatan ulama' bahawa yang di maksudkan   
    dengan ' mubasyaroh' dalam surah Al Baqarah ayat 187 adalah jima' ( hubungan intim ) Fathul Bari 4/722. 

6. Adab adab iktikaf ..
a. Seseorang hendaklah berdoa , zikir , berselawat pada nabi saw , mempelajari  Al Quran , dan mengkaji 
    Hadis .  Di makruhkan menyibukkan diri dengan perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat .     
    (Shahih Fiqh Sunnah  2/150/158 ) . 
b. Sentiasa menjaga kebersihan diri semasa beriktikaf  . Dia hendalah memakai wangi wangian , berpakaian 
    elok dan  mandi .
c. Kebersihan masjid juga hendaklah di jaga serta peralatan di kemaskan agar tidak mengganggu  orang yang 
    solat .
 
7. Yang di bolehkan ketika beriktikaf .
a. Keluar masjid di sebsbkan ada hajat yang mesti di tunaikan seperti untuk makan minum dan hajat yang lain 
b. Melakukan hal hal harus seperti bercakap cakap dengan orang lain .
c. Isteri yang mengunjungi suami yang beriktikaf dan berdua duaan  dengan nya .
d. Mandi dan berwudhu di masjid .
e. Membawa kelengkapan tidur seperti tilam , bantal untuk tidur di masjid .

8. Memburu Lailatul Qadar 
" Carilah malam al Qadr pada ( malam malam ) yang ganjil daripada sepuluh malam yang akhir di bulan 
  Ramadhan " Al Qadr 1-3 . dan berdoalah  untuk kebaikan dengan doa yang ikhlas dan merendah diri    
  tawadu' terhadap Allah dan penuh pengharapan .

" Ya Allah temukan lah aku dengan malam al Qadr dan terimalah taubat dan doa hamba mu ini ..." 
 gambar hiasan ... ruku' dan sujud kepada hanya Allah ..
 sujud syukor ..  ketika  IM / Morsi menang di Mesir 
 dalam kegawatan perang .. solah tetap di kerjakan ... 
 jemaah yang di impikan  di rumah pemimpin .. 
pemimpin menyeru  solah bersamanya  ..

Sebagai seruan untuk diri .. Ramadhan masih berbaki 4 hari .... sibuklah dengan Allah mencari redahNya ..
teruskan perjuangan ... 

simi latif ..   

Thursday, August 09, 2012

Sekitar program Ihya Ramadhan 1433

10.8.12  @ Jumaat .

Seperti di laporkan dahulu beberapa aktiviti melibatkan AJK PAS Kawasan turun ke cawangan terpilih sepanjang Ramadhan ini yang turut dijayakan oleh  lajnah lajnah kini berterusan dan berjalan dengan baik . PAS Kawasan mengmbil pendekatan turun ke cawangan terpilih daripada berkumpul di markas Sg Gau dan sebagainya kerana ianya lebih berkesan iaitu mendekati ahli di akar umbi dari menjemput mereka hadir ke tempat yang biasa dan berpusat seperti Darul Amin Sg Gau , Surau Al Khairiah dan sebagainya . Kita menggalakkan cawangan  menganjurkan iftar dan tarawih serta tazkirah di  cawangan masing masing . Program ziarah dan menyampaikan sumbangan sempena Ramadhan yang berkat ini ke rumah-rumah  mereka yang di fikirkan layak turut di adakan. Di samping itu program ceramah dan tazkirah di masjid dan surau turut di adakan di mana mungkin .

 Ust Mujibur Rahman  memberikan tazkirah Ramadhan di Lakum pada 6.8.12 
yang juga megnimamkan solah tarawih . Terima kasih dan tahniah kepada hadir . 
 Ust Johari  memberi tazkirah di Teluk Ira sempena iftar dan penyampaian 
sumbangan kebajikan di cawangan berkenaan . Terima kasih kepada 
tuan rumah dan En Tuah serta ahli yang hadir . 
 Warga tua antara penerima sumbangan  lajnah kebajikan ( LaKeb ) PAS Kawasan 
di Teluk Ira sempena iftar dan  turun padang di cawangan / UPU berkenaan pada 7.8.12 .
 LaKeb PAS Kawasan Temerloh berkunjung ke Kg Cempaka Lancang 
menziarahi  warga tua , uzor serta OKU  di kampung berkenaan . 
Sempena Iftar di Mempatih dan Bukit Damar pada 9.8.12 .
 Wakil  LaKeb  Kawasan menuggu  untuk menyampaikan sumbangan 
 En Hamdan .. wakil LaKeb di Lancang  menuju ke rumah 
penerima untuk menyampaikan sumbangan kebajikan pada 9.8.12 .  
 9.8.12  menyampaikan sumbangan kepada warga tua yang tinggal 
bersama anak di rumah berkenaan . 
 Warga tua yang gembira menerima sumbangan LaKeb 
dan sudi bergambar kenangan  9.8.12 
 Sumbangan kepada keluarga di Cempaka  
 Warga tua bersendirian turut di santuni  oleh  La Keb 
Temerloh  pada kunjungan hari itu 9.8.12 . 
Gambaran rumah mereka yang di pilih oleh LaKeb Temerloh . 
Pilihan  yang releven , tepat dan layak . 
Rumah ibu tunggal dengan 5 anak yang masih bersekolah . 

Beberapa gambar yang di sertakan adalah untuk rekod dan hiasan sambil menceritakan program yang di jalankan .     Terima kasih .

Oleh : Simi K LaKeb / KP 

TAZKIRAH RAMADAN


PUASA MENDIDIK UMAT ISLAM NENAHAN LAPAR DAN DAHAGA SERTA SETIAP PERKARA YANG WALAUPUN PADA DASARNYA DIHALALKAN ALLAH SWT SEPERTI HUBUNGAN SUAMI ISTERI, DIHARAMKAN SIANG HARINYA DI BULAN RAMADAN.

PADA BULAN RAMADAN KITA MENGIKUT PERINTAH ALLAH SWT DENGAN MENJAUHI PERKARA YANG HALAL PADA SIANGNYA DI BULAN – BULAN YANG LAIN. PERKARA INI KITA LAKUKAN UNTUK MENDISIPLINKAN DIRI SERTA MENDIDIK DIRI AGAR MENJADI LEBIH BAIK. TETAPI KENAPA DI LUAR BULAN RAMADAN , ADA KALANGAN ORANG ISLAM BOLEH MAKAN RASUAH DAN SUAP RASUAH ? SEDANGKAN LATIHAN DI BULAN RAMADAN ITU, YANG HALAL PUN MENJADI HARAM PADA WAKTU SIANG DAN SEGALA PANTANG LARANG DARIPADA KITA IKUTI.

SAMA ADA BULAN RAMADAN ATAU LUAR RAMADAN RASUAH ITU TIDAK DIANGGAP JIJIK. ORANG ISLAM YANG BERPUASA JUGA MENERIMA RASUAH. INI BERERTI PUASA TIDAK MENJELMAKAN DISIPLIN DIRI KEPADA SEBAHAGIAN ORANG ISLAM. SEPATUTNYA UMAT ISLAM MEMBERI CONTOH YANG TERBAIK DAN MENJADI UMAT TERBAIK. KENAPA UMAT ISLAM TIDAK MENDISIPLINKAN DIRI MENJAUHKAN DIRI DARIPADA RASUAH ? INI PERKARA YANG KITA PERLU RENUNGKAN BERSAMA.

MOHAMAD SABU TIMBALAN PRESIDEN PAS.
(HARAKAH  KELUARAN 10-12 OGOS 2012).

KELANTAN GURU POLITIK MALAYSIA.


TEMERLOH – “ KELANTAN ADALAH GURU POLITIK MALAYSIA YANG HARUS MENJADI TELADAN KEPADA SEMUA “ KATA YDP PAS TEMERLOH HAJI YUSUF DARUS . KATANYA, WALAUPUN KELANTAN SERING DIMOMOK DENGAN PELBAGAI TUDUHAN DAN DIPERLEKEHKAN OLEH UMNO-BN TETAPI PEMIMPIN DAN RAKYAT NEGERI ITU TELAH MENUNJUKKAN KEKUATAN DAN KEMAMPUAN YANG TIDAK ADA PADA NEGERI LAIN MALAH KELANTAN TELAH MENUNJUKKAN CONTOH SEHINGGA MENJADI IKUTAN KEPADA KERAJAAN BN SENDIRI.

MENURUT YUSUF , PROJEK LEBUH RAYA RAKYAT YANG BARU DIPERKENALKAN OLEH KELANTAN ADALAH IDEA TERBAIK YANG PASTINYA MEMUKAU MUSUH POLITIK KELANTAN. “ SAYA KIRA TIDAK ADA SEORANG YANG WARAS AKAN MENENTANG USAHA KERAJAAN NEGERI UNTUK MEMBINA SEBUAH LEBUH RAYA RAKYAT ITU MELAINKAN MEREKA YANG TIDAK WARAS. “ PROJEK BERKENAAN YANG MENGEMBLENGKAN SELURUH RAKYAT BAGI MENGUMPUL DANA BUKAN SAHAJA UNTUK DUNIA MALAH UNTUK AKHIRAT JUGA ” KATANYA KETIKA DITEMUI SELEPAS MENZIARAHI WARGA EMAS DI UPU LEBAK .

UMNO , KATANYA PASTI SEDANG MEMIKIRKAN BAGAIMANA CARA UNTUK MEREKA MENGADAPI PAS  DENGAN PROJEK LEBUH RAYA RAKYAT ITU.
“ UMNO KELANTAN PASTINYA MENYESAL KERANA MEREKA TIDAK MENYOKONG PERMOHONAN DAN CADANGAN KERAJAAN NEGERI SUPAYA KERAJAAN PUSAT MEMBINA LEBUH RAYA DALAM RANCANGAN MALAYSIA KE -8 DAHULU MENYEBABKAN KELANTAN TERPAKSA MEMBINA SENDIRI LEBUH RAYA UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT MALAH PEMIMPIN UMNO JUGA BAKAL MENGGUNAKAN JALAN BERKENAAN “ UJARNYA.

YUSUF MENSIFATKAN PUNCA UTAMA KERAJAAN DAN RAKYAT KELANTAN BERDIKARI IALAH SEKATAN KERAJAAN PUSAT. “ MEMANG SIFAT MANUSIA YANG TERTINDAS DAN HIDUP SUSAH AKAN MENJADIKAN MEREKA LEBIH BIJAK DAN AKHIRNYA MAMPU BERDIKARI . “ KEADAAN ITU TIDAK BERLAKU KEPADA NEGERI PAHANG YANG DIKUASAI BN DAN DIMANJAKAN SEHINGGA PAHANG SEOLAH –OLAH TIDAK MAMPU MEMBANGUNKAN NEBERI INI TANPA BANTUAN KERAJAAN PUSAT.

“ HASIL PAHANG HANYA CUKUP UNTUK MEMBAYAR GAJI KAKITANGAN SAHAJA MANAKALA UNTUK PEMBANGUNAN TERPAKSA BERGANTUNG KEPADA BANTUAN KERAJAAN PUSAT ” KATANYA  

( BASIRON ABDUL WAHAB – HARAKAH 6-9 OGOS 2012).

Wednesday, August 08, 2012

Sebahagian Aktiviti kawasan sepanjang Ramadhan 1433 H


Berikut adalah beberapa aktiviti  PAS Kawasan yang di jalankan sepnjang Ramadhan 1433 H untuk makluman dan rekod . Gambar dan caption berikut menjelaskan program yang di adakan .
sebahagian dari peserta dialog pengurusan parti  anjuran sekretariat 
pemerkasaan parti 29.7.2012 di Darul  Ansar Lanchang . 

DP  membentangkan unjuran dan aktiviti yang akan dan telah dijalankan .
  
 SU Urusan Ulamak membentangkan  ujuran Urusan Ulamak Kawasan ..

 peserta yang hadir  

SU JPrK membuat pembentangan  
 Pengarah dan Bendahari JPrK  menjawab soalan dari peserta ..
 Pengarah dan SU JPrK ...
 Taklimat  TV Impian di Sg Gau  ..kelihatan YB Sy Hamid  ADUN KS  , Ust Suhaimi 
En Musanif  dan Dato' PJ  memesan 100 unit decoder untuk  PAS Pahang bagi 
menghadapi PRU 13 di Pahang  .. harap 1UPU1 unit dan individu di galakkan . 
 YB Sy Hamid ADUN KS menziarahi veteran  PAS di Lebak yang kini uzor 
Hj Sahak Saleh  31.7.2012 .. sempena Iftar  di UPU Lebak.  
 Dua orang OKU  adik beradik  
 YDP PS Kawasan dan YB  ADUN KS  menziarahi  warga yang uzor
 di Tg Belengu Lebak  31.7.2012  sempena iftar di UPU Lebak . 
 Warga  emas dan mengidap penyakit kronik  tidak lupa di kunjungi 
pada 31.7.2012 yang lalu . 
Malam selepas solat maghrib YB ADUN  KS  menyampaikan sumbangan motosikal 
kepada En Faisal berikutan kesulitan beliau  untuk menghantar anak ke sekolah  
dan keluar bekerja . Penduduk yang mendapat perhatian kerana kesempitan hidup dan anak 
yang tidak bersekolah  dan 3 dari anak tidak  mempunyai surat beranak lantaran  kedhaifan
dan berkahwin dengan  pendatang Indonesia .  Usaha sedang di buat untuk menyelesaikan
taraf kerakyatan tetap dsb bagi isteri beliau .    

Dialog pengurusan parti menjadi agenda PENTING bagi PAS Temerloh kini bagi memulihkan  semangat juang dan kerja pengurusan parti di peringkat akar umbi . Ianya menjadi akiviti bulanan bagi sesi percambahan minda dan dialog  guna menambah baik segala kelemahan yang ada . Semua Dewan dan Lajnah akan membentangkan unjuran masing masing dan akan di ulas dan di mur ikan semula oleh ahli dan hadirin  supaya aktiviti  lebih berkesan dan menepati sasaran .

Program kemasyarakatan khasnya Ihya Ramadhan di jalankan oleh Lajnah dan DMP , DPP selain sekretariat PAS Kawasan sendiri secara agihan program dan penyelarasan yang  di susun sendiri . Di samping itu juga Cawangan , UPU dan MTD menggerakkan aktiviti sendiri dengan memaklumkan kepada PAS Kawasan untuk rekod . Penglibatan dibuat secara berkumpulan baik secara umum atau pun khusus untuk ahli dan penyokong sahaja giat di jalankan sepanjang bulan penuh berkat ini . 

Aktiviti selanjutnya  akan di berikan laporan  ringkas  dalam masa  terdekat .

6.8.12 - di Masjid Lakum , 7.8.12 di UPU Teluk Ira , 9.8.12 - di UPU Mempatih , Caw. Bukit Damar , Tg Belengu Lebak 9.8.12 Felda Bukit Damar dan UPU Mempatih 10.8.12 Cawangan Lebak Seberang , 11.8.12 di rumah YB Sy A Hamid ADUN KS , 12.8.12 di Bukit Angin  dan 13.8.12 di Ihya Ramadhan di Darul Amin Sg Gau  serta tazkirah khas sempena Badar kepada ahli dan jentera Pas Kawasan . Akhirnya berqiamullail  serta iktikaf  AJK PAS Kawasan di  Bukit Kepayang hingga malam Aidil Fitri . .

Semua program di atas banyak melibatkan AJK Kawasan serta Lajnah lajnah  PAS Kawasan antaranya Kebajikan , Penerangan , Urusan Ulamak JPr D dan  Jpr PU serta cawangan terbabit . 

Monday, August 06, 2012

MENGAGIHKAN SUMBANGAN KEBAJIKAN

TEMERLOH 6-8-2012. 

Lajnah Kebajikan DMP Temerloh di ketuai oleh Puan Hamidah Said telah mengagihkan barang keperluan kepada beberapa orang penerima di DUN Lanchang .

Puan Hamidah Said Ketua Lajnah Kebajikan DDMP Temerloh 2 dari kiri .
Bukit Bendera : Ibu  baru kematian suami  no 2 dari kiri .
Batu Licin -  Puan Habiah OKU 

bergambar ramai di rumah puan Habibah
Us.Zakaria  penulis blog bersama dengan suami Puan Habibah
Rumah  Puan Habibah yang dhaif minta diganti baru 
oleh pihak yang berwajib.
Batu 7  - Puan Asmarani  
Batu 7 (Kampung ) - Puan Kamariah  ibu tunggal 
ahli rombongan bergambar dengan puan Kamariah .
Sungai Kepong - Puan Maznah ibu tunggal dan cucu .
Taman Murni jalan Sungai Kawang - Puan Hamidah dengan seorang anak yatim 

Di Batu Kapor 
1. Manisah ibu tunggal - 4 orang anak yatim .
2. Norbiyah ibu tunggal - 3 orang anak yatim 
3. Zarina - ibu tunggal - 2 orang anak yatim .

Friday, August 03, 2012

JADIKAN AL-QURAN PETUNJUK SEPANJANG ZAMAN OLEH : DR.HARON DIN TIM.MURSYIDUL AM.


الحمدلله Kita telah memasuki Ramadan yang baru,setelah beberapa kali Ramadan meninggalkan kita. 

Ramadan disebut صوم /صيام yang bermaksud menahan diri.
Menahan diri bermaksud menjaga diri daripada melanggar perkara yang boleh membatalkan puasa malah menahan diri daripada semua perkara – perkara lagha. Sebab itu Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: ” Sesiapa yang tidak boleh meninggalkan perkataan – perkataan palsu dan beramal dengan perkara – perkara palsu,maka Allah tidak berhajat padanya untuk  berpuasa ”.

Ramadan bulan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w.  dalam hadisnya yang bermaksud ” YA! Allah , berilah keberkatan kepada kami dalam bulan Syaaban dan sampaikan kami , panjangkan umur kami sehingga tiba Ramadan ”. Hadis ini memberi makna Ramadan yang ditunggu dengan penuh lahap , dengan rasa kesyukuran untuk mengambil peluang dengan datangnya Ramadan ini menjadikan kita orang yang telah sampai kepada maksud bagi ibadat itu dengan menahan diri. Dalam Islam boleh dikatakan semua ibadat. Ibadat kukuh diberikan istilah yang amat sesuai dengan tujuan persyariatannya.

Contohnya seperti solat , istilahnya bermaksud doa yang bermaksud memohon kepada Allah sungguh –sungguh agar kita menjadi hambaNya yang pergantungan kita hanya kepada Allah . Sebab itu sembahyang diulang-ulang menjadi suatu hubungan yang intim dan kukuh antara manusia dengan Allah.

Zakat , istilah yang sama yang bermaksud penyucian bukan sahaja menyuci harta tetapi menyucikan jiwa daripada yang tidak baik. Haji , sebagai contoh bermaksud niat yang bersih hendak mengunjungi rumah Allah bagi  mencapai darjat keampunan yang paling tinggi.

Daripada zahir puasa nampak seolah olah mendera diri. Walaupun dikatakan mendera diri , ia dilakukan kerana Allah. Dalam dunia ini ramai orang yang mendera dirinya . Tetapi penderaan itu kerana dunia. Contohnya orang yang ingin menguruskan badannya, kena regim yang ekstrim. Hendak membina badan , kena latihan yang lasak , makanan yang dikawal. Selain itu hendak pandai bermain kena berlatih bersungguh –sungguh, berbulan –bulan dan mungkin bertahun-tahun. Kesemuanya ini dilakukan kerana tujuan keduniaan. Sedangkan puasa ianya dibuat kerana Allah. 

Dalam satu hadis qudsi Allah menyebut yang bermaksud: ” Sesungguhnya puasa itu dilakukan untuk aku, dan akulah yang akan membalasnya . ”
Puasa adalah medan latihan hakiki untuk mempertingkatkan daya tahan nafsu bagi melawan kehendak duniawi untuk mencapai darjah ketakwaan kepada Allah.

Inilah yang disebut dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: 
” Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa . ” Oleh kerana itu puasa dilakukan kerana mentaati perintah Allah. Insan yang mentaati perintah Allah atau insan mukmin dan muslim , ada yang melakukan ketaatan itu secara paksa atau turut – turutan atau lakukan dengan cara tidak bersemangat. Seperti didesak oleh satu pihak , tidak  menjiwai amalan itu dengan hati yang benar – benar patuh kepada Allah.

Ibadah puasa ini untuk mencapai tahap ketakwaan dengan bersungguh-sungguh meninggalkan segala yang dilarang dan melakukan segala yang dituntut. Ramadan dikenali juga dengan شهر مغفرة iaitu  bulan keampunan.
Allah menyediakan peluang begitu terbuka untuk insan muslim mendapat keampunan Allah. Dalam satu hadis Nabi menyebut yang bermaksud ”Alangkah hairan dan ajaibnya bagi orang mukmin yang sempat sampai ke Ramadan , apabila habis Ramadan dia tidak mendapat peluang kempunan Allah ”

Ini juga disebut dalam hadis  lain yang bermaksud ” Ramadan awalnya rahmah , dipertengahannya keampunan , dan di akhirnya membebaskan diri daripada api neraka ” Rabutlah peluang ini untuk Allah selalu mengampuni dosa – dosa kita . Seolah –olah habis Ramadan , habislah dosa kita . Dengan syarat kita hayati Ramadan dengan disebut”رمضان شهر القران .

Kalau Allah telah memilih Ramadan bulan turunnya Quran dan Quran itu menjadi hidayah dan petunjuk kepada manusia dan menjelaskan sejelas –jelasnya mana yang Allah suruh , yang Allah reda . Mana yang Allah larang untuk dijauhi , yang disuruh untuk ditaati. (Harakah  30 julai – 2 ogos 2012).