Monday, June 18, 2012

IKTIBAR DARI PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ


 
Iktibar dari peristiwa Israk dan Mikraj .
Oleh :Us.Zakaria Omar  ( Ketua Penerangan Urusan Ulamak Pas Kawasan Temerloh)
ISRAK
Nabi Muhammad s.a.w diperjalankan  daripada Masjidil Haram ( Mekah ) ke Masjidil Aqsa ( Palestin )
MIKRAJ
Nabi Muhammad s.a.w diperjalankan  dari Masjidil Aqsa ( Palestin ) ke Sidratul Muntaha
TARIKH BERLAKU
Berlaku  pada malam Isnin  27 Rejab Tahun ke 11 kerasulan. bersamaan 621M ( 52 tahun).  Kira-kira ½ tahun sebelum   hijrah ke Madinah
MENGAPA BERLAKU?
             Mukjizat Rasul.
             Menghiburkan hati yang duka. (Tahun Dukacita).
             Memaparkan kekuasaan Allah.
             Menerima perintah solat
PERISTIWA SEBELUM ISRAK
Menurut Imam Bukhari :
 Nabi tidur bersama Hamzah dan Jaafar. Didatangi malaikat Jibril & Mikail
Mengangkat nabi ke telaga zam zam.Dibedah, dibersihkan hati dan dimasukkan ilmu, hikmah dan iman. Ditutup dan dicop kenabian  pada belikatnya.                                            
      KTIBAR :  Buang sifat buruk dari hati kita.
PERSINGGAHAN
1.            Kota Yathrib (Madinah).
2.            Madyan.
3.            Bukit Tursinah.
4.            Baitullaham
5.            Baitul Muqaddis
Di semua tempat disuruh solat sunat oleh Jibril.
IKTIBAR:-
1. Banyakkan solat sunat bagi mencari keredhaan Ilahi.
2. Solat sunat bila masuk ke Masjid
MENGHAYATI PENGAJARAN  ISRA’ DAN MIKRAJ.
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ ADALAH PERISTIWA AGONG YANG BERLAKU DALAM SIRAH PERJUANGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.WALUPUN PARA ULAMA’ BERBEZA PENDAPAT DALAM MENENTUKAN BULAN DAN TAHUN BERLAKUNYA ISRA’ DAN MIKRAJ,TETAPI PERISTIWA INI BENAR – BENAR BERLAKU KEPADA RASULULLAH S.A.W ,
KERANA PERISTIWA INI DINYATAKAN OLEH AL-QURAN AL-KARIM DAN DICERITAKAN OLEH RASULULLAH S.A.W. DALAM HADIS – HADIS SAHIH,YANG DIRIWAYATKAN OLEH PARA ULAMA’ SECARA SAHIH LAGI MUTAWATIR SEHINGGA TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN LAGI.
MATLAMAT YANG PENTING DARIPADA PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ INI IALAH PENGAJARAN YANG BESAR APABILA RASULULLAH S.A.W. DIJEMPUT OLEH ALLAH S.W.T. MENJADI TAMUNYA PADA MALAM YANG BERSEJARAH INI.FIRMAN ALLAH S.W.T:
سُبْحَانَ الَّذِيْ أَسْرَي بِعَبْدِهِ لَيْلاً  مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَمِ  إِلَي الْمَسْجِدِ الْأَقْصَي الَّذِيْ  بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ ءَايَاتِنَا
 إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعِ الْبَصِيْرِ .
Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam   (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya  tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran)  kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar,  lagi Maha mengetahui. (Al-Israk :1)
APAKAH KEINDERAAN YANG NABI MUHAMMAD S.A.W NAIK DI WAKTU BELAKUNYA ISRAK ITU ?
 NABI NAIK “BURAQ”  Binatang di Syurga yang luar biasa.
IKTIBAR :
Kenderaan yang sempurna.Perjalanan ke alam akhirat Memerlukan kenderaan iaitu amal soleh. Kenderaan cepat = Membuat kerja cepat.(Tidak bertangguh-tangguh).
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ SEBAGAI BUKTI BENARNYA KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG DIPILIH OLEH ALLAH S.W.T. DAN MEMBAWA SATU AGAMA DAN PENGAJARAN YANG BERNAMA ISLAM
إِنَّ الدِّيْنَ عِنْدِ اللهِ الْإِسْلاَمُ.
SESUNGGUHNYA AGAMA DI SISI ALLAH IALAH ISLAM ( ALI IMRAN :19)
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسَلاَمِ دِيْنًا  فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ  وَهُوَ فِي الْأَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ .
DAN SESIAPA YANG MENCARI AGAMA SELAIN AGAMA ISLAM MAKA TIDAK AKAN  DITERIMA DARIPADANYA,  DAN PADA HARI AKHIRAT KELAK  DARI ORANG YANG RUGI.  (ALI IMRAN:85 )
PADA MALAM YANG BERSEJARAH ITU,
RASULULLAH S.A.W. DIHIMPUN BERSAMA DENGAN RUH PARA NABI DAN RASUL AS  DI MASJID AL-AQSA. MEREKA SEMBAHYANG BERJEMAAH BERSAMA-SAMA DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W MENJADI IMAM  KEPADA MEREKA,
INI MENANDAKAN AJARAN YANG DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD SAW ADALAH SALAH SATU MATA RANTAI AJARAN ISLAM YANG BERSAMBUNG SAMBUNG DARI SEORANG NABI DAN RASUL  KEPADA SEORANG  NABI DAN RASUL  YANG LALU.
BERMULA DARI NABI ADAM SEHINGGA NABI MUHAMMAD S.A.W ADALAH NABI AKHIR ZAMAN.TIDAK ADA NABI SELEPAS NABI MUHAMMAD S.A.W.
ALLAH S.W.T. MEMILIH NABI – NABI DAN RASUL – RASUL DALAM KALANGAN MANUSIA.MEREKA TERDIRI DARIPADA MANUSIA YANG MEMILIKI AKHLAK YANG LUHUR LAGI TINGGI,BERSIFAT BENAR,AMANAH,MENYAMPAIKAN,CERDIK DAN BIJAKSANA DALAM KALANGAN KAUMNYA DAN DIPERLIHARA DARIPADA MELAKUKAN DOSA.
ADAPUN MEREKA YANG TIDAK MEMAHAMI DAN BUTA AL-QURAN TIDAK AKAN PERCAYA KEPADA PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ KERANA PADA MALAM ISRA’ DAN MIKRAJ,RASULULLAH S.A.W. DITEMUKAN DENGAN NABI – NABI DAN RASUL –RASUL KALANGAN BANI ISRAEL,NABI – NABI DAN RASUL –RASUL KALANGAN UMAT YANG LAIN, YANG CERITA MEREKA DISEBUT DALAM AL-QURAN, SEBUAH KITAB ALLAH YANG MASIH ADA SEHINGGA HARI INI. INI MENANDAKAN KEBENARAN AL-QURAN
KEBENARAN AL-QURAN BUKAN SAHAJA MENANDAKAN BETULNYA RASULULLAH S.A.W.,BAHKAN JUGA MENJADI PENGAJARAN KEPADA UMATNYA.SEMUA NABI MENGANUT AGAMA YANG SATU IAITU AGAMA ISLAM.SEMUA MEREKA BERSEMBAHYANG DALAM KEADAAN MENGHADAP ALLAH SWT DENGAN CARA – CARA SEMBAHYANG YANG DIAJAR OLEH ALLAH.
SEMUA NABI BERPEGANG DENGAN AQIDAH TAUHID
لا اله إلا الله
TIADA TUHAN YANG SEBENR MELAINKAN ALLAH. TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH KEPADANYA,TUHAN YANG MENJADIKAN DAN MENGURUSKAN ALAM INI.
ALAM INI TUNDUK DI BAWAH UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN ALLAH,MAKA WAJIB KEPADA MANUSIA HANYA TUNDUK KEPADA UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN ALLAH S.W.T.ITULAH AJARAN YANG DIBAWA OLEH NABI – NABI DAN RASUL – RASUL YANG TERPAKSA BERJUANG MENGHARUNG PERJUANGAN YANG PANJANG.
DALAM PERISTIWA ITU JUGA DITUNJUKKAN KEPADA RASULULLAH S.A.W RASUL YANG DISERTAI OLEH PENGIKUT YANG RAMAI.ADA RASUL YANG DISERTAI OLEH PENGIKUT YANG SEDIKIT , ADA YANG BERJALAN SEORANG DIRI,ADA NABI YANG DIBUNUH DAN ADA YANG DIPENJARA .ITULAH NABI-NABI DAN RASUL –RASUL YANG MEMBAWA AJARAN ALLAH YANG BERDEPAN DENGAN CABARAN GOLONGAN MANUSAI YANG MENJADI BALA TENTERA IBLIS SEHINGGA KIAMAT.
Sabda  Rasulullah SAW :
قَدْ كَانَ مَنْ قَبْلَكُمْ يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فَيُحْفَرُلَهُ  فِي الاَرْضِ ثُمَّ يُؤْتِي بِالْمِنْشَارِ فَيُجْعَلُ  عَلَي رَأْسِهِ فِرْقَتَيْنِ مَا يُصْرِفُهُ ذَلِكَ عَنْ دِيْنِهِ
وَيُمْشَطُ بِأَمْشَاطِ الْحَدِيْدِ  مَادُوْنَ عَظْمِهِ مِنْ لَحْمٍ  وَعَصَبٍ مَا يَصْرِفُهُ ذَلِكَ عَنْ دِيْنِهِ
Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kita diuji dan dicuba oleh Allah SWT, ada di antara mereka yang ditimbus hidup-hidup,dibelah tubuhnya dengan gergaji sehingga terbelah dua, tetapi mereka tetap tidak berganjak dari agamanya, dan ada di antara mereka yang disikat tubuhnya dengan sikat  besi sehingga luruh daging dan kulitnya,mereka juga tidak berganjak dari agamanya..
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ ADALAH BAGI MENINGGIKAN SEMANGAT RASULULLAH S.A.W SUPAYA JANGAN TAKUT DAN GENTAR DALAM PERJUANGAN ISLAM KERANA ISLAM YANG DIBAWA ITU IALAH AGAMA ALLAH S.W.T.SELURUH KUASA BESAR YANG ADA DALAM DUNIA ADALAH HABUK – HABUK YANG KECIL YANG BOLEH DITIUP ANGIN,BAHKAN IA LEBIH KECIL LAGI APABILA BERDEPAN DENGAN KETUHANAN ALLAH S.W.T PADA HARI KIAMAT.
SEORANG YANG MENGANUT ISLAM HENDAKLAH BERASA MULIA ,TINGGI DAN HEBAT DENGAN ISLAM, DENGAN SYARAT MEREKA BERPEGANG DENGAN ISLAM.ALLAH MEMULIAKAN UMAT INI DENGAN ISLAM .KEHINAAN YANG MENIMPA UMAT INI ADALAH APABILA MEREKA MENINGGALKAN ISLAM.DITUNJUKKAN PADA MALAM ISRA’ DAN MIRAJ ITU.ORANG YANG BERPEGANG DENGAN ISLAM MASUK SYURGA DAN YANG MENINGGALKAN ISLAM MASUK NERAKA.
UMAR BIN ALKHATTAB BERKATA”KAMI ADALAH KAUM YANG DIMULIAKAN OLEH ALLAH DENGAN ISLAM.JIKA KITA  MENCARI KEMULIAAN (AGAMA) SELAIN DARINYA MAKA ALLAH AKAN MENGHINAKAN KITA.”
SEBAGAI MENGAKHIRI CERAMAH INI MARILAH KITA LIHAT PENGAJARAN YANG PALING PENTING DALAM ISRA’ DAN MIKRAJ IAITU NABI DIFERDUKAN SOLAT . KERANA SOLAT ITU ADALAH MERUPAKAN SEBESAR- BESAR AMALAN DALAM ISLAM.SESIAPA MEMELIHARANYA, MAKA AKAN MEMPEROLEHI KEBAHAGIAAN DAN KEUNTUNGAN .SESIAPA  YANG MENINGGALKANNYA MAKA DIA AKAN MEMPEROLEHI KECELAKAAN DAN KERUGIAN.
IA MERUPAKAN ASAS BAGI MENCAPAI KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.SABDA RASULULLAH SAW “AMALAN PERTAMA YANG DIHISAB BAGI HAMBA PADA HARI KIAMAT ADALAH SOLAT.SEKIRANYA SOLATNYA BAIK,MAKA BAIKLAH SEGALA AMALANNYA.SEKIRANYA SOLATNYA ROSAK, MAKA ROSAKLAH SEGALA AMALANNYA YANG LAIN.” (H.RIWAYAT AL TABRANI
SABDA RASULULLAH SAW “PERJANJIAN DI ANTARA KITA (NABI) DENGAN MEREKA (ORANG ISLAM) IALAH SEMBAHYANG, SESIAPA YANG MENINGGALKANNYA SESUNGGUHNYA IA MENJADI KAFIR “.
Balasan orang yang meninggalkan sembahyang .
Di dalam kitab “Tanbihul ghafilin” menyebutkan bahawa  15 azab bagi  mereka yang meninggalkan sembahyang :
6 azab di dunia:
         1.  Dihilangkan keberkatan umurnya
         2.  Terhapus tanda-tanda orang soleh
              dari wajahnya
         3.  Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
         4.  Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
         5.  Tiada doa daripada para solehin untuknya
         6.  Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman
3 azab ketika hampir mati:
         1.  Kematiannya penuh kehinaan
         2.  Kematiannya di dalam kelaparan yang amat hebat
         3.  Kematiannya di dalam kehausan yang amat dahsyat
3 azab ketika di dalam kubur
         1   Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya
         2.  Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikkan di atas api tersebut
         3   Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul Aqra’, suaranya laksana petir, ia berkata “Hai manusia!Sesungguhnya  aku diperintahkan menyiksa kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan fardhu Asar”,  begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat.
3 azab ketika bertemu Allah s.w.t:
       1.   Datanglah Malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya   kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
        2.  Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya
        3.  Baginya azab yang amat pedih
PENUTUP
MARILAH KITA MENGAMBIL PENGAJARAN DAN MENGHAYATI PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ,BUKAN HANYA KITA MENDENGAR CERITA YANG BERLAKU DI DALAMNYA,TETAPI YANG LEBIH PENTING ADALAH BAGI MENAMBAH IMAN KEPADA ALLAH,NABI MUHAMMAD SAW DAN AJARAN ISLAM UNTUK SEHIDUP SEMATI DENGAN ISLAM SEBAGAIMANA YANG DIPERINTAHKAN OLEH SWT.
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا   اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ  وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ .
Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar –benar taqwa, dan jangan sekali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam . ( Ali Imran :102)

Hak politik adalah amanah: Hadi


SHAH ALAM – PAS tidak akan mengizinkan musim haji menafikan hak rakyat untuk menunanaikan kewajipan berpolitik tanpa mengira menang atau kalah sekiranya parti itu diberikan kuasa untuk memerintah.
Presidennya,Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata,hak politik adalah amanah besar dalam ajaran Islam.
Beliau berkata,Rasulullah SAW bersabda,menghilangkan amanah ini menjadi salah satu sebab berlakunya kiamat yang menamatkan alam  dunia dengan kehancurannya.
“Pilihan raya adalah amalan politil yang menjadi hak memilih pemimpin dan kerajaan.Politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam walaupun pilihan raya itu dikatakan asalnya dari Barat.
“Pilihan raya adalah  cara memilih pemimpin dan kerajaan yang menjadi perkara wajib mengikut semua mazhab  Islam dengan nas dan ijmak kecuali mazhab sesat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kenyataan ketua penerangan PAS,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahlinya menangguhkan ibadat haji untuk memberi fokas kepada persediaan Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13)telah menimbulkan kontravesi.
Abdul Hadi berkata,susulan daripada kenyataan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi sasaran media Umno.
Menurutnya  Umno tidak mengambil kira musim haji atau musim puasa dan sebagainya kerana parti itu tidak menjadikan Islam itu dasar panduan perjuangannya.
Dalam kenyataan semalam Abdul Hadi berkata,beberapa surah dalam al-Quran menunjukkan memilih pemimpin dan kerajaan adalah perkara yang dihisab pada hari kiamat nanti.
“Amaran ini lebih banyak daripada ayat mengenai haji dan umrah.Pas tetap mendidik ahli dan penyokongnya bahawa politik tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam , seperti kepala dan badan,” katanya.
Abdul Hadi berkata,Imam Al-Ghazali seorang tokoh ulama tasawuf menegaskan agama adalah asas,kuasa pemerintahan (politik) adalah pengawas.Kalau tidak ada asas,ia akan runtuh dan jika tidak ada pengawas ia akan tercicir.
“Banyak hokum Islam dihilangkan kerana politik Islam ditinggalkan.Pas tetap berpegang kepada ajaran Islam yang tidak memisahkan politik daripada agama Islam walaupun politl tidak termasuk dalam rukun Islam dan rukun Iman,” katanya. (Sinar Harian Isnin 18 Jun 2012 ).

TAKLIMAT UNDANG - UNDANG PRU


Taklimat undang – undang pilihan Raya Umum.
Temerloh 17.6.2012 PAS Kawasan Temerloh telah mengadakan Taklimat undang –undang pilihan Raya umum dan  Hak Asasi Manusia ,disampaikan oleh Dr.Zulkornain Pengerusi JUHAM DUPP bertempat di Darul Amin Sg,Gau Temerloh,dengan dihadiri oleh Petugas – petugas  dari JprK , JPrDun dari DUN Lancang , DUN Mentakab , DUN Kuala Semantandan JPr Kawasan Kuala Krau- Taklimat yang berguna itu mengandugi peraturan – peraturan baru pilihan raya yang baru diluluskan di Parlimen dan juga Menyetuh  tentang udang –undang hak Asasi Manusia , kita   3 jam lebih taklimat tersebut disampaikan dengan keterangan yang jelas , serta menjawab beberapa soalan  yang dikemukan oleh peserta – peserta yang hadir .Taklimat dipengerusikan  oleh Us.Abi Hurairan Awang Chik Setiausaha baru Pas Kawasan Temerloh .
Di akhir taklimat iaitu kira – kira jam 12.00 TH , peserta  ditunjukkan  dengan cara amali , bagaimana petugas PAKA  dan Pegawai SPR ,KTM dalam tempat mengundi , kira –kira 1 jam AJK  dari JUHAM menunjukkan  amali tersebut. ( Lapuran Ustaz Zakaria Omar Ketua Penerangan Urusan Ulamak PAS Kawasan Temerloh ).





Wednesday, April 04, 2012

Dato PJ Suntik Semangat Jentera Pilihanraya PAS

Umno Bn semakin terdesak, terhimpit, panik dan terjepit. Semua disebabkan bakal kehilangan kuasa. Umno akan bertindak dengan apa sahaja cara sekalipun bagi mengekalkan kuasa mereka. Mana ada orang yang sudah lama berkuasa sudah melebihi 52 tahun mahu kehilangan kuasa dalam sekelip mata. Justeru mereka akan melakukan apa sahaja.

Pilihanraya bakal diadakan pada bulan Jun ini. Najib sudahpun memberi kata dua kepada semua rakan parti komponen Bn. Tetapi masalah dalaman sesama mereka cukup kritikal. Umno dengan Umnonya, MCA dengan krisis MCA begitu juga MIC. Semua merayu agar PM jangan lagi membubarkan parlimen dalam masa terdekat.

Najib dan kerajaan kini menumpukan usaha memancing undi Melayu. Bantuan BR1M setiap orang dapat RM500 sedikit mengugat dan terkesan undi Melayu. Peneroka bakal dihadiahkan dengan 'durian runtuh' sedikit masa lagi.

Namun penyenaraian FGHV ke papan utama Bursa bakal berkubur kerana masalah teknikal kerana pajakan tanah 99 tahun, proses mohon ke setiap kerajaan negeri merencatkan usaha berkenaan. Dan ia gagal disempurnakan dalam masa terdekat.

Semua Dun di Malaysia dianugerahkan Najib RM1 juta bagi menjalankan projek-projek memancing pengundi. Ini lah wajah najib dan Umno Bn.

Muktahir ini kemuncak, manifestasi kekalutan itu adalah Umno mulai bertindak ganas. Cara keganasan itu terbukti semasa siri-siri ceramah yang dibuat oleh PR yang diganggu oleh samseng-samseng upahan Umno. Mereka merosak menakut-nakut rakyat dan sebagainya bagi menzahirkan perasaan cuak rakyat supaya tidak dekati ceramah-ceramah berkenaan. Walaupun di tempat berkenaan ada pihak berkuasa yang berkawal menjalankan tugas mereka. malangnya pihak berkuasa ini hanya memerhatikan sahaja. Semua sebab Umno.

Justeru, aspek keselamatan dan keganasan perlu ditingkatkan. Semua organ parti mesti utamakan aspek keselamatan. Pilihanraya kali ini adalah pilihanraya terganas buat kita semua.

Demikian penjelasan Dato Persuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man semasa berucap bertemu jentera pilihanraya PAS Temerloh di sini sebentar tadi.


Turut hadir semua anggota Dewan Harian PAS negeri, Hj Md Jusoh Darus YDP Temerloh, En Ahmad Zuber Omar, setiausaha PAS Kawasan , YB Syed Hamid Syed Mohamad selaku Adun Kuala Semantan, Sdr Hassan Omar pengarah Jentera Pilihanraya PAS temerloh, semua ajk PAS Temerloh , pemuda muslimat dan jentera di peringkat peti undi.

Oleh itu, semua yang hadir perlu bekerja kuat bagi mengekalkan kemenangan Dun Kuala Semantan yang merupakan satu-satunya Dun dalam sejarah pilihanraya dimenangi sebanyak dua kali.

Kita tidak mahu prestasi Dun Kuala Semantan sebaliknya. Ini kerana Dun ini mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan dari sudut taburan pengundi, komposisi kaum dan duduk dalam kawasan bandar.




Tuesday, April 03, 2012

Parlimen Dibubarkan Bermula di Dun Semantan

TEMERLOH: Jabatan Pilihanraya PAS Pahang (JPN) hari ini akan turun ke Dun Kuala Semantan bagi memperkemaskan jentera pilihanraya ke arah mengekalkan kemenangan PR di sini.

Program 100 hari menjelang parlimen dibubarkan. Adalah program lawatan kerja Dewan Harian negeri ke Dun sasaran PAS bagi PRU 13. Program ini menyasarkan pertemuan pimpinan negeri dengan para pengundi di kawasan Melayu. Selain untuk menyemarakkan tenaga kerja jentera parti agar terus bertahan dan lajukan stamina menjelang Pilihanraya yang semakin dekat ini.

Antara acara pengisian program adalah memberi pemantapan kerohanian, Selain acara-acara santai seperti Hi Tea, penyampaian bantuan sumbangan dan sukan  serta beberapa acara lain lagi bagi menyantuni rakyat di sini pada hari ini.

Kemuncak acara adalah persembahan dikir Barat di selangi seli dengan ceramah Dato Pesuruhjaya PAS Pahang pada sebelah malamnya bakal memeriahkan Program 100 hari menjelang Parlimen dibubarkan