Monday, June 18, 2012

Hak politik adalah amanah: Hadi


SHAH ALAM – PAS tidak akan mengizinkan musim haji menafikan hak rakyat untuk menunanaikan kewajipan berpolitik tanpa mengira menang atau kalah sekiranya parti itu diberikan kuasa untuk memerintah.
Presidennya,Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata,hak politik adalah amanah besar dalam ajaran Islam.
Beliau berkata,Rasulullah SAW bersabda,menghilangkan amanah ini menjadi salah satu sebab berlakunya kiamat yang menamatkan alam  dunia dengan kehancurannya.
“Pilihan raya adalah amalan politil yang menjadi hak memilih pemimpin dan kerajaan.Politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam walaupun pilihan raya itu dikatakan asalnya dari Barat.
“Pilihan raya adalah  cara memilih pemimpin dan kerajaan yang menjadi perkara wajib mengikut semua mazhab  Islam dengan nas dan ijmak kecuali mazhab sesat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kenyataan ketua penerangan PAS,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahlinya menangguhkan ibadat haji untuk memberi fokas kepada persediaan Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13)telah menimbulkan kontravesi.
Abdul Hadi berkata,susulan daripada kenyataan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi sasaran media Umno.
Menurutnya  Umno tidak mengambil kira musim haji atau musim puasa dan sebagainya kerana parti itu tidak menjadikan Islam itu dasar panduan perjuangannya.
Dalam kenyataan semalam Abdul Hadi berkata,beberapa surah dalam al-Quran menunjukkan memilih pemimpin dan kerajaan adalah perkara yang dihisab pada hari kiamat nanti.
“Amaran ini lebih banyak daripada ayat mengenai haji dan umrah.Pas tetap mendidik ahli dan penyokongnya bahawa politik tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam , seperti kepala dan badan,” katanya.
Abdul Hadi berkata,Imam Al-Ghazali seorang tokoh ulama tasawuf menegaskan agama adalah asas,kuasa pemerintahan (politik) adalah pengawas.Kalau tidak ada asas,ia akan runtuh dan jika tidak ada pengawas ia akan tercicir.
“Banyak hokum Islam dihilangkan kerana politik Islam ditinggalkan.Pas tetap berpegang kepada ajaran Islam yang tidak memisahkan politik daripada agama Islam walaupun politl tidak termasuk dalam rukun Islam dan rukun Iman,” katanya. (Sinar Harian Isnin 18 Jun 2012 ).

TAKLIMAT UNDANG - UNDANG PRU


Taklimat undang – undang pilihan Raya Umum.
Temerloh 17.6.2012 PAS Kawasan Temerloh telah mengadakan Taklimat undang –undang pilihan Raya umum dan  Hak Asasi Manusia ,disampaikan oleh Dr.Zulkornain Pengerusi JUHAM DUPP bertempat di Darul Amin Sg,Gau Temerloh,dengan dihadiri oleh Petugas – petugas  dari JprK , JPrDun dari DUN Lancang , DUN Mentakab , DUN Kuala Semantandan JPr Kawasan Kuala Krau- Taklimat yang berguna itu mengandugi peraturan – peraturan baru pilihan raya yang baru diluluskan di Parlimen dan juga Menyetuh  tentang udang –undang hak Asasi Manusia , kita   3 jam lebih taklimat tersebut disampaikan dengan keterangan yang jelas , serta menjawab beberapa soalan  yang dikemukan oleh peserta – peserta yang hadir .Taklimat dipengerusikan  oleh Us.Abi Hurairan Awang Chik Setiausaha baru Pas Kawasan Temerloh .
Di akhir taklimat iaitu kira – kira jam 12.00 TH , peserta  ditunjukkan  dengan cara amali , bagaimana petugas PAKA  dan Pegawai SPR ,KTM dalam tempat mengundi , kira –kira 1 jam AJK  dari JUHAM menunjukkan  amali tersebut. ( Lapuran Ustaz Zakaria Omar Ketua Penerangan Urusan Ulamak PAS Kawasan Temerloh ).





Wednesday, April 04, 2012

Dato PJ Suntik Semangat Jentera Pilihanraya PAS

Umno Bn semakin terdesak, terhimpit, panik dan terjepit. Semua disebabkan bakal kehilangan kuasa. Umno akan bertindak dengan apa sahaja cara sekalipun bagi mengekalkan kuasa mereka. Mana ada orang yang sudah lama berkuasa sudah melebihi 52 tahun mahu kehilangan kuasa dalam sekelip mata. Justeru mereka akan melakukan apa sahaja.

Pilihanraya bakal diadakan pada bulan Jun ini. Najib sudahpun memberi kata dua kepada semua rakan parti komponen Bn. Tetapi masalah dalaman sesama mereka cukup kritikal. Umno dengan Umnonya, MCA dengan krisis MCA begitu juga MIC. Semua merayu agar PM jangan lagi membubarkan parlimen dalam masa terdekat.

Najib dan kerajaan kini menumpukan usaha memancing undi Melayu. Bantuan BR1M setiap orang dapat RM500 sedikit mengugat dan terkesan undi Melayu. Peneroka bakal dihadiahkan dengan 'durian runtuh' sedikit masa lagi.

Namun penyenaraian FGHV ke papan utama Bursa bakal berkubur kerana masalah teknikal kerana pajakan tanah 99 tahun, proses mohon ke setiap kerajaan negeri merencatkan usaha berkenaan. Dan ia gagal disempurnakan dalam masa terdekat.

Semua Dun di Malaysia dianugerahkan Najib RM1 juta bagi menjalankan projek-projek memancing pengundi. Ini lah wajah najib dan Umno Bn.

Muktahir ini kemuncak, manifestasi kekalutan itu adalah Umno mulai bertindak ganas. Cara keganasan itu terbukti semasa siri-siri ceramah yang dibuat oleh PR yang diganggu oleh samseng-samseng upahan Umno. Mereka merosak menakut-nakut rakyat dan sebagainya bagi menzahirkan perasaan cuak rakyat supaya tidak dekati ceramah-ceramah berkenaan. Walaupun di tempat berkenaan ada pihak berkuasa yang berkawal menjalankan tugas mereka. malangnya pihak berkuasa ini hanya memerhatikan sahaja. Semua sebab Umno.

Justeru, aspek keselamatan dan keganasan perlu ditingkatkan. Semua organ parti mesti utamakan aspek keselamatan. Pilihanraya kali ini adalah pilihanraya terganas buat kita semua.

Demikian penjelasan Dato Persuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man semasa berucap bertemu jentera pilihanraya PAS Temerloh di sini sebentar tadi.


Turut hadir semua anggota Dewan Harian PAS negeri, Hj Md Jusoh Darus YDP Temerloh, En Ahmad Zuber Omar, setiausaha PAS Kawasan , YB Syed Hamid Syed Mohamad selaku Adun Kuala Semantan, Sdr Hassan Omar pengarah Jentera Pilihanraya PAS temerloh, semua ajk PAS Temerloh , pemuda muslimat dan jentera di peringkat peti undi.

Oleh itu, semua yang hadir perlu bekerja kuat bagi mengekalkan kemenangan Dun Kuala Semantan yang merupakan satu-satunya Dun dalam sejarah pilihanraya dimenangi sebanyak dua kali.

Kita tidak mahu prestasi Dun Kuala Semantan sebaliknya. Ini kerana Dun ini mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan dari sudut taburan pengundi, komposisi kaum dan duduk dalam kawasan bandar.




Tuesday, April 03, 2012

Parlimen Dibubarkan Bermula di Dun Semantan

TEMERLOH: Jabatan Pilihanraya PAS Pahang (JPN) hari ini akan turun ke Dun Kuala Semantan bagi memperkemaskan jentera pilihanraya ke arah mengekalkan kemenangan PR di sini.

Program 100 hari menjelang parlimen dibubarkan. Adalah program lawatan kerja Dewan Harian negeri ke Dun sasaran PAS bagi PRU 13. Program ini menyasarkan pertemuan pimpinan negeri dengan para pengundi di kawasan Melayu. Selain untuk menyemarakkan tenaga kerja jentera parti agar terus bertahan dan lajukan stamina menjelang Pilihanraya yang semakin dekat ini.

Antara acara pengisian program adalah memberi pemantapan kerohanian, Selain acara-acara santai seperti Hi Tea, penyampaian bantuan sumbangan dan sukan  serta beberapa acara lain lagi bagi menyantuni rakyat di sini pada hari ini.

Kemuncak acara adalah persembahan dikir Barat di selangi seli dengan ceramah Dato Pesuruhjaya PAS Pahang pada sebelah malamnya bakal memeriahkan Program 100 hari menjelang Parlimen dibubarkan





Saturday, February 18, 2012

Politik samseng masih ada lagi zaman ini

Pemuda PAS kesal samseng politik berleluasa

Hazayani Zakaria,18 Feb 2012
KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan budaya samseng yang terus diamalkan pihak-pihak tertentu dalam politik.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata demikian sebagai mengulas insiden gangguan persiapan ceramah politik di Temerloh, Pahang awal minggu ini termasuk perbuatan mengoyak poster ceramah dan cubaan mencederakan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Shukri Shuib (gambar).

"Pemuda PAS sangat kesal dengan trend politik akhir-akhir ini yang dipenuhi dengan provokasi dan perbuatan pukul memukul," kata beliau kepada Harakahdaily, semalam.

Shukri yang dihubungi hari ini berkata, insiden itu berlaku Isnin lalu di Taman Sri Serinau, ketika beliau sedang menampal poster ceramah yang akan berlangsung pada malamnya.

Shukri yang sedang menampal poster di batang pokok seorang diri, disergah oleh seorang lelaki awal 40-an, dipercayai penduduk tempatan.

Beliau tidak menghiraukan sergahan itu sebaliknya bertindak berlalu dari tempat itu.

Namun lelaki tersebut yang tidak berpuas hati menghalang beliau daripada berlalu dan menumbuk ke arah mukanya sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, tumbukan itu tidak mengena mukanya kerana beliau memakai topi keledar.

"Pada mulanya saya cuba pergi dari situ sebab nak elakkan kejadian tak diingini. Tapi dia halang saya dan tumbuk dua kali tapi nasib baik saya pakai topi keledar, jadi tak kena mukalah," katanya.

Tambah Shukri, kejadian poster program PAS dikoyakkan sudah kerap kali berlaku di kawasan itu.

Perbuatan ini katanya sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehadiran di setiap ceramah yang dianjurkan PAS.

"Biasanya poster kita memang kena buang. Kalau tampal malam, paginya tak ada. Selalu sangat berlaku.

"Agak susahlah bagi PAS sebab kita memang bergantung pada poster. Nak gantung banner memang tak dapat.

"Lainlah kalau program Umno, memang boleh gantung banner, dan kita pun tak pernah kacau banner dan poster mereka," luahnya.

Sementara itu, Nasrudin meminta pihak yang berkenaan menghentikan perbuatan samseng sedemikian sebaliknya berpolitik secara matang.

"Kita minta mana-mana pihak khususnya pihak lawan tidak terus provok beginilah. Pihak berkuasa pun kena peka dengan kejadian sebegini," katanya.

Wednesday, February 15, 2012

MARILAH KITA SAMA-SAMA 


HADIR KE PROGRAM USTAZ 


AZHAR IDRUS 


PADA 25 FEBRUARI 2012 


HARI AHAD 


SEMPENA KARNIVAL 


MAHABBAH RASULULLAH 


S.A.W, BERTEMPAT DI TAMAN 


KUBANG GAJAH. TEMERLOH.


SEBARKAN.

Monday, February 13, 2012

Sejadah rukuk dan sujud, kekayaan Tuhan



Meskipun pelbagai reaksi dirimbulkan berkaitan deretan sejadah yang seolah-olah rukuk dan sujud menghadap kiblat, namun tidak dapat dinafikan itulah kekayaan Allah SWT. Subhanallah!

Kejadian berlaku di Madrasah Darul Hijrah Paya Pasir, Maran, Pahang. Ia ditubuhkan oleh mantan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Alwi Abdul Hamid dan kini dipimpin pula oleh balunya mantan Ketua Muslimat PAS Pusat / Pahang Ustazah Azizah Khatib Mat.

Kejadian berlaku di surau lama (berusia hampir 70 tahun) kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.

Kejadian yang menggemparkan itu turut mendapat liputan media.

Seorang pelajar, Filza, bercerita begini, pada jam 6.45 petang sebelum kejadian, pengetua maahad itu meminta dia bersama tiga rakan lain, Badlishah Sadino, 11, Aiza Zamri, 10, dan Norsyamira Ismail, 13, mengangkat 45 sejadah yang dijemur di penyidai kerana hujan.

“Umi (Kak Zah) meminta kami mengangkat sejadah terbabit untuk dihamparkan di surau lama ini memandangkan semua sejadah masih lembap.

“Selesai solat Maghrib, saya bersama seorang rakan, Najwa Baderi, 14, naik ke tingkat itu untuk mengambil wuduk yang terbatal. Selepas mengambil wuduk dan melintasi bilik mengaji ini, saya terkejut apabila melihat sejadah di hadapan pintu berbentuk seakan sedang sujud menghadap kiblat.

Filza berkata, mereka segera ke tingkat bawah dan memaklumkan kepada pengetua maahad mengenai kejadian pelik itu.

Thursday, February 09, 2012

Semasa Bacaan Talkin dan Tahlil

 
 


Seluruh AJK PAS Kawasan Temerloh serta Ahli PAS 


mengucapkan salam takziah kepada keluarga abg Khalid 


(Ketua PAS Cawangan Bangau Tanjung) dikenanli khalid ikan 


patin di atas kematian anaknya mengalami accident serta 


rakannya dan berdoa agar kedua-dua arwah pemuda tersebut 


mendapat lindungan rahmat Allah. Al-Fatihah.

Monday, January 30, 2012



 Sila sebarkan dan berikan komitmen kepada Pakatan Rakyat Kawasan Temerloh

Sunday, January 22, 2012

YB Semantan Santuni Masyarakat Cina Sempena Tahun Baru Cina

TEMERLOH: YB Kuala Semantan YB Syed Hamid Syed Mohammad menyantuni masyarakat Tionghua dekat sini kelmarin.

Program turun padang beliau adalah sempena Perayaan  Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Dalam majlis berkenaan beliau dengan rombongan pejabat Adun pimpinan PAS Kawaasan , rakan Pakatan DAP berjalan dari kedai ke kedai sekitar bandar ini bagi menyampaikan cenderahati kepada masyarakat berketurunan Cina.

Ini adalah sebagai tanda terima kasih beliau atas sokongan masyarakat Cina terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Kekuatan Pakatan Rakyat diserlahkan  menerusi kerjasama erat dan sikap saling faham memahami dan hormat menghormati antara kaum dalam negara ini akan lebih membawa kemakmuran rakyat pada masa depan, ujar beliau kepada penulis selepas selesai program berkenaan.


Di majlis yang sama YB Syed Hamid mezahirkan rasa gembira dan optimis terhadap sambuatan yang diterima. Insyallah peluang Pakatan dalam PRU13 akan datang amat cerah beralih ke tangan Pakatan

Saturday, January 14, 2012

YB PAKATAN RAKYAT TURUN PADANG


TRIANG: ADUN DAP YB Leong Ngah Ngah adalah seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Ini tebukti dengan tindakan luarbiasanya mengikut sama kerja-kerja pengukuran tanah rakyat yang telah dijalankan oleh pihak yang berkenaan.

Turun padang YB Leong Ngah Ngah ini menyebabkan Dun Triang kekal bawahnya selama 4 penggal . Jika semua wakil rakyat menunjukkan sikap cakna seperti nya itu, maka banyaklah masalah rakyat dapat diselesaikan.

Seorang penduduk Triang yang ditemui melahirkan rasa bangga dengan sikap cakna beliau, jika sesuatau perkara dimaklumkan kepadanya. Beliau akan memmastikan bahawa masalah itu diselesaikan dengan kadar segera.


Beliau turun ke padang bersama-sama dengan isterinya ke dalam hutan bagi melihat sendiri kerja-kerja pengukuran sempadan dilakukan.

Friday, January 13, 2012

SYABAS SEMUA EXCO P. PINANG & WAKIL RAKYAT ISYTAIHAR HARTA

[SH] GEORGETOWN - Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh adalah Exco yang paling kaya berdasarkan borang perisytiharan harta Kerajaan Negeri semalam.

Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG. 

Boon Poh memiliki beberapa rumah dan tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta. 

Beliau juga memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu itu juga memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund. 

Ketua Menteri, Guan Eng berkata, perisytiharan itu dilakukan syarikat swasta untuk memastikan perisytiharan dilakukan dengan telus. 

“Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (termasuk ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-undang Negeri) sudah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. 

“Ini memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang,” katanya kepada media semalam. 

Guan Eng pula memiliki simpanan tetap RM298,785 serta saham amanah berjumlah RM25,989. Beliau juga memiliki dua rumah kedai di Melaka yang keseluruhannya bernilai RM965,000. 

Selain itu, beliau memiliki saham antaranya 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad dan 2,000 unit DRB-Hicom. 

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman pula memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Nibong berharga RM140,000 dan rumah flat di Teluk Kumbar berharga RM25,000. 

Mansor juga memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819 serta sebuah kereta Toyota Camry berharga RM140,000. 

Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy pula memiliki sebuah banglo di Semenyih, Selangor berharga RM328,000 serta tanah pusaka di Sitiawan. 

Beliau turut memiliki dua kereta iaitu Perodua Kelisa berharga RM36,000 dan Mercedes 230E berharga RM200,000. 

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow disenaraikan memiliki dua flat di Bukit Gambir dengan nilai RM196,000 serta sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM590,000. Beliau memiliki sebuah kereta Proton Waja berharga RM65,000. 

Kon Yeow juga memiliki saham yang disenaraikan antaranya 20,500 unit di Public China Select Fund, 21,000 unit di Public China Titans Fund serta 10,000 unit di Public Dividend Select Fund. 

Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim pula tidak mencatatkan sebarang harta miliknya melainkan Proton Tiara berharga RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000. 

Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng pula memiliki beberapa rumah antaranya di Seberang Jaya dan Vistana Perdana serta sebuah kilang di Permatang Pauh. 

Beliau juga memiliki saham di Kotindak dan Kojadi serta beberapa kereta antaranya Volvo 2406L berharga RM61,000 dan Honda CRV berharga RM104,000. 

Exco Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang pula memiliki sebuah kondominium di Island Glades yang berharga RM239,000 serta sebuah kereta Honda Civic 1.8 berharga RM114,000. 

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Air, Law Choo Kiang pula mempunyai sebuah rumah di Bandar Cassia berharga RM392,000 serta beberapa unit saham antaranya 100,000 unit di Ramunia, 100,000 unit di Poh Kong serta 100,000 unit di MNC. 

Manakala Exco Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai pula memiliki sebuah apartmen di Paya Terubong berharga RM97,000 dan sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM600,000.