Wednesday, November 09, 2011
MAJLIS KORBAN AIDILADHA
Sunday, October 30, 2011
PAS KAWASAN TEMERLOH BANTAH KONSERT GEGARIA HARIAN METRO (KGHM)

60 tahun PAS Peringkat Negeri Pahang
Saturday, October 29, 2011
PJ PAS Pahang lancar jentera Dun Mentakab

Wednesday, October 26, 2011
LAPORAN AUDIT : KPI RAKYAT TOLAK UMNO BN DI PAHANG JUGA
Thursday, September 08, 2011
MAJLIS RUMAH TERBUKA HARIRAYA AIDILFITRI PAS KAWASAN TEMERLOH
Wednesday, August 17, 2011
BM sudut pandangan Bukan Melayu
Ramai pelajar lemah bahasa MelayuOleh Teo Kok Seongteokok@ukm.my2011/08/17
YB & PAS KAWASAN TEMERLOH EDAR BUBUR LAMBUK
Thursday, August 04, 2011
Program Ramadhan PAS Temerloh padat
Saturday, July 30, 2011
PERUTUSAN RAMADHAN YANG DIPERTUA PAS TEMERLOH

Friday, July 29, 2011
MOH SAMA-SAMA SEMARAKKAN RAMADAN
Thursday, July 21, 2011
BERSIH 2.0 : Pandangan rakyat
Semarakkan Ramadhan Dengan Ibadat - Ust Mokhtar Senik
Umno adalah Pengkhianat - Hashim Abdullah
Tuesday, July 19, 2011
Tolak politik jijik dan bobrok negara ini - Dr Zulkifley

Sunday, July 17, 2011
Al Fatihah : Dr Lo Lo kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR, 18 Julai: PAS merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ke rahmahtullah malam tadi.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian beliau sangat dirasai oleh seluruh ahli PAS dan juga rakyat, terutamanya penduduk-penduduk kawasan Titiwangsa yang mengenali beliau, kerana beliau merupakan seorang pejuang yang sangat gigih dalam memperjuangkan cita-cita Islam.
Katanya, ketabahan beliau menghadapi penderitaan kanser yang dihadapinya amat dikagumi sehingga di saat himpunan Bersih 2.0 minggu yang lalu, beliau masih memberikan semangat agar semua turun bagi memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan bersih.
“Kita doakan agar Allah mencucuri rahmat dan inayah-Nya kepada beliau dan juga kesabaran kepada seluruh anak-anak dan keluarga beliau di atas pemergiannya,” ujarnya.
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamuha Dr Lo' Lo'.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, DMPP amat berasa kehilangan di atas pemergian allahyarhamah yang merupakan ahli Parlimen Titiwangsa itu.
"Bagi pihak Dewan Muslimat,kami amat sedih dengan pemergian allahyarhamah yang amat kami sayangi ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah," kata beliau yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang ketika ditemui di Masjid Al- Akram, Datuk Keramat awal pagi tadi.
Sementara itu, timbalannya, Dr. Siti Mariah Mahmud menyifatkan pemergian bekas ahli jawatankuasa DMPP dan PAS Pusat itu sebagai kehilangan besar dalam perjuangan.
"Saya kehilangan sahabat dan kakak yang saya sayangi dan hormati dalam perjuangan ini," katanya menahan sebak ketika ditemui dalam majlis yang sama.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi setelah bertahun-tahun menghidap kanser paru-paru.
Beberapa pimpinan PAS turut hadir menziarahi jenazah antaranya pengarah pilihan raya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai dan AJK DMPP, Mastura Mohammad.
Turut kelihatan aktivis Hishamuddin Rais.
AMAL TEMERLOH BERAMAL DI BERSIH 2.0
Jul 18, 11
10:54am
Abdul Razak Endut yang dilabelkan oleh akhbar arus perdana sebagai seorang peserta ganas pehimpunan BERSIH 2.0 tampil membuat penjelasan pada ceramah PAS di Kuala Lumpur Sabtu lalu.
Katanya, beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti yang didakwa oleh akhbar-akhbar milik Umno dan BN itu. Abdul Razak juga menafikan beliau membaling batu ke arah polis.
"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat katanya.Abdul Razak atau terkenal dengan nama Ajak adalah anggota Unit Amal PAS - pasukan sukarelawan yang ditubuhkan bagi mengawal orang ramai pada perhimpunan 9 Julai lalu berhampiran bangunan Maybank.
Akhbar Berita Minggu pada 10 Julai menyiarkan gambarnya dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis".
Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".
Berpakaian baju dan penutup mulut yang sama, Abdul Razak membuka lilitan kain hitam dan mendedahkan wajahnya sambil mendapat tepukan gemuruh mereka yang hadir.
Perisai manusia
Katanya, beliau menyertai rakan-rakannya membentuk perisai manusia bagi menghalang polis bergerak ke arah orang ramai yang cuba berhimpun secara aman.
"Bagaimanapun, FRU membawa meriam adil dan menembak ke arah kami. Apa yang patut saya buat untuk menghalang trak FRU? Saya minta bendera (Malaysia) daripada seorang peserta dan dia bagi saya. Saya kemudian berdfiri di hadapan dan disembur meriam air FRU.
"Harapan saya... peserta ini adalah rakyat Malaysia, orang kita sendiri, mengapa polis lakukan ini,” katanya dengan emosional.Gambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan olehReuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau.
"Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara),” katanya.
Pada 12 Julai lalu Pemuda PKR Pulau Pinang mendakwa gambar itu dipalsukan.

